Sunday, 28 July 2013

Pengalaman Pertama Meraikan Anak Yatim

Teks:  Ramadhan kali ini sangat meyentuh jiwa.  Sangat syahdu.. I don't why.  Terasa sangat kemeriahannya.   Credit to Wardina Safiyyah.  I came across her video about Ramadhan.  Sangat tersentuh dan terinspirasi.  Terasa sangat kerdil dan jahilnya diri ini.  She melt my heart...

Anda boleh tengok video Wardina ini   Erti Sebuah Ramadhan

Majlis Iftar CDM yang lepas sangat bermakna buat saya.  Saya dapat bertemu insan-insan hebat.  Berada di kalangan insan-insan hebat.  Tapi yang lebih menyentuh jiwa ialah saya dapat merasai pengalaman meraikan anak yatim dalam majlis berbuka.  Dapat bertentang mata dengan mereka.  Dapat mendengar tawa riang dan gurau senda mereka.  Mereka sedikit pun tak menangis atau tunjukkan reaksi sedih, tapi kenapa saya menitiskan air mata?  Hati saya sebak melihat mereka.  

Sebak bila memikirkan mereka telahpun hidup keseorangan tanpa ayah dan ibu di sisi walaupun masih kecil.  Sebak bila memikirkan mereka hanya bergembira dan tidak meratapi hidup.  Sebak bila melihat betapa mereka bersyukur ada pihak yang meraikan mereka.  Sebak bila melihat mereka gembira dengan sedikit sumbangan yang tak seberapa pada pandangan kita.  Sebak... Sayu... Pilu..

Sebahagian mereka mempersembahkan lagu Nora, Tuhan Berikan Pedoman dan Insyaallah by Maher Zain.. Adui...  Berderai airmata kebanyakan kami pada ketika ini.  Sedikit video yang sempat saya rakam sebelum nangis.....

   Touching!  Dari Anak-anak Yatim

Hati saya betul-betul tersentuh.  Saya teringat kata-kata Wardina Safiyyah dalam video beliau, Allah tak perlukan puasa kita.  We are the one who really need Ramadhan.  Betul.. Terima kasih kepada anak-anak kecil tersebut.  Rasa seperti Allah sedang memberikan peringatan, cukup bersyukurkah kita dengan nikmat yang telah Dia berikan selama ini?  Nikmat keluarga yang sentiasa berada di sisi.  Nikmat harta yang boleh dikongsi bersama.  Nikmat kesihatan yang sempurna.  Nikmat! Nikmat! Nikmat! Banyak yang dipinjamkan oleh Dia.

Now I know why most of the rich people, suka sangat melakukan kerja-kerja kebajikan.  Dan saya juga sangat sedar kenapa kita perlu maju dalam bidang ekonomi.  Dan saya lebih faham makna zakat.  Dan saya lebih tahu kenapa Allah sangat menjaga kebajikan anak yatim.  Saya sangat berharap selepas ini saya mampu membayar zakat sebanyak mungkin.  Saya betul-betul berharap saya mampu menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim pada setiap bulan, bukan ketika Ramadhan sahaja.  

Ya Allah, sucikan rezeki kami.  Tambahkan keberkatan padanya agar kami boleh melakukan lebih banyak bakti, agar kami boleh lebih dekat di sisi Mu... Izinkanlah Ya Allah....

Warga STG bergambar dengan sebahagian anak yatim yang diraikan


Beratur menerima sumbangan Hari Raya





1 comment:

  1. Balik ke KL, Jumaat nanti kami sekeluarga bercadang hendak masak2 sedikit dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim berdekatan rumah kami. Berdebar juga, pertama kali hendak buat begini. Masih memikirkan selain makanan dan pakaian, apa lagi yang boleh dibuat untuk membuatkan mereka gembira?

    http://mariatulqiptiyah.blogspot.com

    ReplyDelete