Showing posts with label Motivasi & Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi & Inspirasi. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

MY FIRST CHANEL HANDBAG: A DREAM CAME TRUE

Teks: Murni Zuriati 

Tiada apa yang mampu diungkapkan, hanyalah terima kasih Ya Allah untuk kasih sayang-Mu.  Satu persatu impian saya tercapai dan saya coretkan di sini agar 'energy' yang sama tersalur pada yang membaca.  

Beg tangan sememangnya minat saya sebagai seorang wanita.  Namun ia tersimpan sekian lama kerana kekangan ekonomi.  Tambahan pula dengan kecerewetan saya dalam memilih.  Namun, ingat lagi ketika berkunjung ke Paris pada tahun 2013, saya beranikan diri masuk ke butik Chanel.  Semuanya menarik perhatian saya dan menjawab segala kecerewetan saya. Tapi, bila saya tahu harganya, terus berfikir-fikir juga nak membeli.  Rasanya baik beli rumah,atau baik beli kereta!  Ketika itu pendapatan saya dan suami baru RM 20,000 sebulan. Tak mampu rasanya nak keluarkan duit pendapatan sebulan untuk membeli seutas beg tangan..  So, tersimpan balik impian tu.  Atas desakan suami, saya pun beli 'purse' Chanel Flora yang rupanya belum ada di Malaysia.   Seronoknya rasa dan sejak itu saya berazam, saya pasti akan beli juga handbag Chanel tu.




My first Chanel purse


Saya cabar diri dan saya anggap itu ukuran kejayaan saya.  Indahnya tentang bisnes, berapa jumlah yang kita idamkan,kita boleh dapatkan dengan syarat,usaha perlu setimpal.  Akhirnya, untuk menutup tahun 2014 yang indah, setelah membeli dan mengubahsuai rumah dan memiliki kereta idaman, seutas beg tangan Chanel Classic Black Caviar kini berada dalam genggaman saya. 




Layanan yang baik di Butik Chanel, KLCC, membuatkan impian saya ini lebih indah.  




Alhamdulillah.  Terima kasih Allah... Saya tak tahu bagi yang lain, tapi bagi saya, saya telah membeli satu lagi impian saya.  Semua itu berlaku dengan izin-Nya, dengan platform Projek STG.  Saya dah rasa indahnya membeli impian.  Saya nak bantu ramai-ramai lagi merasai perasaan itu.  Izinkanlah Ya Allah.  

Bagi yang mempunyai impian yang sama dengan saya, let's take a look at what I have in hand so that you could visualise your dream vividly.



Nice packaging




Menggigil nak buka



Dustbag warna putih.  Berbeza dengan dustbag untuk purse



Surprise to see Coco Chanel sketch and Karl Lagerfeld name on the dustbag



Here's the sweet darling!!!


Money has no value.  The value comes from the dreams money helps you achieved

- Robert Kyosaki

May all your dreams come true as well... Insyaallah. Percaya pada-Nya yang Maha Berkuasa.

Friday, 9 May 2014

HASIL MENIRU, MENIRU HASIL!!!!

Teks: Murni Zuriati

Alhamdulillah… Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi.  Impian dan matlamat saya dalam perniagaan ini semakin menampakkan hasil.  Impian saya adalah untuk melahirkan ramai generasi berstatus jutawan muda dalam rangkaian perniagaan saya.   Parameter awal pengukuran kejayaan rakan kongsi dalam bisnes saya ialah berapa ramai yang mampu memiliki apa yang saya miliki sekarang ini seperti kereta, rumah, simpanan dan sebagainya.  Prinsip kami, tiru sahaja komitmen kami, dan bersedialah untuk meniru hasilnya!


NEW BABY A4 DELIVERY

26 April 2014 yang lalu adalah tarikh keramat buat seorang lagi pemimpin di dalam rangkaian kami, DDM Siti Nurhafzan Mohamed yang juga adik saya sendiri.  Jutaan tahniah diucapkan atas ‘kelahiran’ kuda Jerman beliau SAMA SEPERTI SAYA iaitu Audi A4 Model 2014.   Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa bangganya kami dengan kejayaan beliau.  ‘Kelahiran baby A4’ yang baru ini diiringi bukan sahaja tangisan beliau dan suami, tapi juga tangisan kebanggaan kami sebagai mentor-mentor dan ahli keluarga.  Saya masih ingat ketika saya mula-mula memiliki Audi A4, anak DDM Siti, Irfan Harith yang sedang petah berkata-kata mula pandai meminta agar ibunya juga membeli sebuah Audi seperti 'Mak Ngah'.  Dengan STG, permintaan anak kecil ini pun tertunai dengan pantasnya.  Alhamdulillah...  Bayangkan pula jika hanya kami yang mampu memiliki kereta ini, dan adik-adik saya tidak mengambil apa-apa tindakan untuk turut mampu memilikinya, bagaimana perasaan anak kecil ini ketika sama-sama berkumpul dalam perjumpaan keluarga.  Mesti sedihkan... Kerana itu, business is not just about money.  It's about values, not just about ourselves, but it affects our whole generation!


BERMULA DENGAN ‘TAPPING ENERGY ‘

Keberanian membeli kenderaan bernilai suku juta ringgit hanya akan berlaku dengan POKET MINDA YANG BESAR!   Selain Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR), antara usaha yang kami lakukan untuk membantu membesarkan poket minda pemimpin-pemimpin dalam rangkaian kami ialah mengadakan program eksklusif untuk pemimpin bertaraf DSM dan ke atas dalam program yang dinamakan ‘DAZZLING DIAMOND TREAT’ (DDT).  Ketika DDT pada Januari 2014 yang lalu, beliau dan suami mengambil kesempatan memandu uji kereta kami dan beberapa kereta mewah milik mentor-mentor yang lain.  Hati mereka terus terpaut untuk memiliki Audi A4 seperti kami dan mereka ‘tap energy’ kejayaan tersebut.   BERMULALAH EPISOD MENIRU KOMITMEN DAN MENIRU CARA MEMBELI KERETA seperti yang diajar dalam MMR.


DDM Siti Nurhafzan (tengah) dan suami memandu uji Audi A4 di DDT, 11 Januari 2014



Ketika sessi pandu uji @ DDT 



MENIRU HASIL!!!

Satu sikap DDM Siti Nurhafzan yang saya kagumi adalah beliau seorang yang sedia membuang malu untuk bertanya tentang kejayaan seseorang, ‘tap energy’ dan terus bertindak meniru komitmen orang berjaya tersebut.  Hasilnya, pastilah beliau juga dapat MENIRU HASIL yang sama diperoleh oleh mereka yang telahpun berjaya tadi. 

Kejayaan luar biasa beliau yang saya kagumi ialah beliau mampu mencapai tahap kedua tertinggi dalam bisnes ini dalam masa hanya 10 bulan berniaga dengan perolehan bonus tertinggi bagi seorang DDM iaitu RM22,000 pada bulan tersebut.  Itu berlaku kerana beliau ‘tap energy’ dan terus bertindak untuk berjaya seperti saya dan kakak saya, CDM Murni Hayati yang telah jauh ke hadapan dalam bisnes.  Seterusnya beliau tap energy untuk memiliki kereta mewah seperti kami berdua dan terus bertindak. 



Saya dan suami bersama Audi A4 2013



Kakak saya CDM Murni Hayati bersama Mercedes C-Class AMG


HASILNYA, KERETA AUDI A4 2014 BELIAU LAHIR HANYA SELEPAS 8 BULAN KERETA AUDI A4 2013 SAYA LAHIR.  Walaupun beliau memulakan bisnes selepas 5 tahun saya memulakan bisnes, beliau mampu memiliki apa yang saya miliki.



DDM Siti Nurhafzan dan suami ketika penerimaan kereta Audi 2014 beliau di Audi Centre



2 buah kereta Audi A4 dalam The Mohamed's.
Beza umur hanya 8 bulan!


Inilah kejayaan besar bagi saya.  Inilah bukti PERNIAGAAN INI MENAWARKAN PELUANG SAMA RATA KEPADA SEMUA yang menyertainya tak kira bila pun kita bermula.  Dengan ilmu, mentor dan sistem yang disediakan, pasti semua boleh berjaya.  Mari kita ‘tap energy’ kejayaan DDM Siti Nurhafzan dan kita TERUS SUSULI DENGAN TINDAKAN.  Terus dapatkan mentor untuk membimbing kita dan terus bermula.  Pasti akan tiba masa untuk kita pula melakar cerita kejayaan kita sendiri.

TAK PANDAI DAN TAK TAHU CARA NAK ‘TAP ENERGY’?  ‘Terpaksalah’ anda hadir ke MMR untuk ilmu luarbiasa ini….



*** Hanya ilmu yang boleh merubah hidup kita.   For things to change, we must change first! ***







Wednesday, 12 March 2014

BOLEHKAH ADIK-BERADIK BERADA DALAM SATU BISNES YANG SAMA?

teks: Murni Zuriati

Alhamdulillah.  Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan kurniaan rezeki-Nya selama ini.  2013 yang lalu adalah tahun bertuah di mana akhirnya, kesemua adik-beradik saya sudahpun berada bersama-sama saya dalam perniagaan ini. 

Pencapaian ini luarbiasa bagi saya!  Mungkin ramai kawan-kawan yang pernah menjalankan apa jua jenis perniagaan terutama perniagaan rangkaian faham apa yang saya rasakan.  Mereka pasti tahu betapa sukarnya meyakinkan adik-beradik sendiri untuk bersama-sama menjalankan perniagaan dalam platform yang sama.  Untuk pengetahuan semua, saya telahpun berniaga bersama STG selam 6 tahun.  Saya fokus kepada satu jenis perniagaan sahaja kerana saya yakin pada kuasa istiqamah, saya tahu apayang bakal saya genggam dengan bersabar (berdasarkan apa yang dicapai oleh mentor-mentor) dan kerana saya bukan jenis yang mudah terlibat dengan apa jua jenis perniagaan.  Pada saya, sekali saya menjalankan sesuatu perniagaan, saya mesti menjadi jutawan dari perniagaan tersebut, barulah saya akan pelbagaikan jenis perniagaan.  

Dalam 6 tahun, jatuh bangun itu biasa.  3 tahun pertama saya berniaga tanpa penyertaan dan sokongan dari seorang pun ahli keluarga.  Namun, pada saya dan juga mentor-mentor lain di STG, kami ada ayat penyedap hati sendiri.

"Kalau adik-beradik dan kawan baik menolak ketika kita mula bisnes, itu perkara biasa.  Kalau ada antara mereka yang terus menyokong dan terus berjuang bersama kita, itu dipanggil 'KEAJAIBAN!' "

Oleh itu, bagi rakan-rakan yang sedang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, anda tidak perlu risau jika golongan di atas menolak kita di awal penglibatan kita dalam bisnes.  Kita kena terus fokus pada matlamat sebenar kita menjalankan perniagaan hingga kita mencapainya.  





Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips 

BAGAIMANA UNTUK MENANGANI GOLONGAN YANG KITA SAYANG INI:

1)  Cuba bentang pelan perniagaan anda kepada mereka tetapi bersedialah untuk BERPEGANG KEPADA AYAT PENYEDAP HATI yang saya berikan di atas tadi.  Mana tahu mungkin mereka tergolong dalam salah satu 'KEAJAIBAN' dalam perjalanan bisnes anda.

2)  Sekiranya mereka menolak, JANGAN 'APPROACH' MEREKA LAGI setiap kali berjumpa.  Jangan masukkan ceritera bisnes anda dalam perbualan dengan mereka.  Ini untuk menjaga kredibiliti anda.  Bertenang.  Tenang pasti menang.  JANGAN MERAYU pada mereka.  Jika anda terus menerus memujuk mereka, anda akn kelihatan sangat terdesak.  Orang terdesak berada dalam gelombang 'beta' dan pasti tidak akan berjaya.

3)  CIPTA PERASAAN INGIN TAHU dalam diri mereka terhadap bisnes anda secara tidak langsung.  Jalankan aktiviti bisnes seperti menjawab panggilan rakan kongsi seperti biasa di hadapan mereka ataupun jerit "Yes!!!" apabila anda berjaya mendapat sales secara online.  Anda juga boleh bercerita tentang perkembangan bisnes anda kepada ibubapa anda seperti layak menerima tiket pelancongan percuma ataupun anda boleh kongsi di Facebook anda tentang betapa seronoknya pelancongan percuma anda.  Percayalah! Pasti mereka akan menjerit-jerit di dalam hati untuk tahu bagaimana sebenarnya bisnes anda dijalankan.

4)  Guna produk anda secara konsisten supaya mereka boleh nampak sendiri kesannya.  Produk yang bagus pasti boleh 'bercakap sendiri'.

5)  Teruskan berjuang dalam bisnes.  Tetapkan matlamat tertinggi anda dalam bisnes.  BUKTIKAN PADA DIRI SENDIRI akan kemampuan anda.  Pasti oranglain akan terbuka hati untuk bersama anda

6)  JANGAN BEZAKAN LAYANAN pada ahli keluarga dengan layanan pada pelanggan atau rakan kongsi anda.  Jika mereka ingin guna produk, pastikan anda jual dan bukan beri percuma kepada mereka.  Dengan cara ini, anda bukan sahaja akan dapat adik-beradik yang menyertai bisnes anda, tetapi anda juga akan ada lebih ramai adik-beradik dalam keluarga besar rangkaian bisnes anda.  Perniagaan berasaskan silaturrahim yang sebenar pasti akan menyeronokkan dan sangat menampakkan hasil yang lumayan. 


Mungkin proses ini akan mengambil masa.  Bersabar dan terus istiqamah dalam berniaga.



The Mohamed's


Dalam kes saya sendiri, kakak kedua saya, Murni Hayati hanya terbuka hati untuk menyertai saya pada tahun ketiga saya berniaga.  2 tahun dahulu beliau hanyalah seorang jurutera IT yang sentiasa terhimpit dengan belenggu hutang dan tekanan tempat kerja.  Hubungan suami isteri yang keruh ekoran situasi tadi juga menambahkan sesak poket minda kecil beliau.  Walaupun ketika itu beliau menjalankan pelbagai jenis perniagaan sampingan, beliau sentiasa kekurangan duit setiap kali hujung bulan.  Alhamdulillah, dengan perniagaan ini saya dapat membantu beliau kerana  bisnes bukan sekadar bermotifkan duit semata-mata tapi nilai keseluruhan kita.  Kini beliau sudahpun mencapai pangkat tertinggi dalam bisnes iaitu CDM.  Beliau menggenggam pendapatan 5 angka sebulan, memandu Mercedes C-Class AMG dan beliau bersama suami sudahpun melepaskan jawatan kerja hakiki masing-masing.

Melihat kejayaan kami melancong percuma ke Vietnam (Mac 2012), Guangzhou (Julai 2012) dan London-Paris (Mac 2013), adik kami Siti Nurhafzan pula tak senang duduk.  Beliau yang 'gila kerja' hingga sentiasa mencapai 'top sales' setiap bulan untuk jualan kad kredit dan pinjaman ASB di Maybank, mula tergerak hati untuk menambah pendapatan dan melancong ke luar negara.  Setibanya saya di kampung, beliau sudah bersedia dengan sekeping kertas A4 meminta saya membentangkan pelan pemasaran yang banyak merubah hidup saya.  "How you do anything, is how you do everything!".  Bagaimana cemerlangnya beliau dalam kerjaya, begitulah cemerlangnya beliau dalam perniagaan.  Pada bulan kesepuluh berniaga beliau sudah mampu memperoleh pendapatan RM 22,000 sebulan! Kini, seperti saya dan kakak, beliau dan suami juga sudah meletakkan jawatan.  Beliau juga mampu memandu Audi A4 model 2014 seperti saya juga.  Alhamdulillah.  

Pada bulan September 2013, kami bertiga terbang bersama pasangan masing-masing ke Korea secara percuma.  Pengalaman melancong dengan VVIP trip ini menyebabkan adik bongsu kami, Siti Nurul Bahiyah turut ingin menyertai kami.  Beliau telahpun bermula dan berjaya mencapai pangkat ketiga hanya selepas 3 bulan berniaga.  Gembiranya saya apabila ketika pelancongan percuma ke Gold Coast, Australia bulan Februari yang lepas, kami dapat bergambar berempat.  Terima kasih Ya Allah.  Beliau juga sudah melepaskan jawatan sebagai jurutera di sebuah kilang barangan elektrik. 

Namun dalam kami berlima beradik, penyertaan yang paling mengejutkan adalah daripada kakak sulung kami, Husnahafiza.  Beliau sudah sangat stabil dengan pendapatan puluhan ribu ringgit sebagai General Manager sebuah syarikat swasta.  Beliau sudah berkemampuan untuk bebas berbelanja lebih awal dari kami.  Namun, beliau turut menyertai keluarga STG setelah terpikat dengan kehebatan produk.  Beliau menjadikan STG sebagai platform untuk membantu oranglain menambah pendapatan yang mana tidak boleh beliau lakukan dalam kerja hakiki.  Beliau juga sangat tertarik untuk mempunya pendapatan pasif yang lebih besar dari gaji sekarang untuk memastikan beliau mampu bersara awal.

Kerana itu dalam bisnes, utamakan diri kita dahulu.  Sentiasa ingat mengapa kita memulakan sesuatu perniagaan dan ke mana seharusnya hala tuju perniagaan tersebut.  Siapa yang bakal bersama-sama kita dalam perniagaan tersebut, biarlah Allah yang menentukan seiring dengan usaha yang kita pamerkan.  

Teringat kata-kata seorang Mentor iaitu CDM Hamdan, 

"Ketika Rasulullah berdakwah dahulu, ramai orang yang memeluk Islam bukan kerana tertarik dengan Islam itu, tetapi mereka tertarik kepada peribadi Rasulullah terlebih dahulu, barulah agamanya."

Thursday, 23 January 2014

VIDEO KLIP CDM MURNI ZURIATI - INSPIRASI KEJAYAAN WANITA

Teks:  Murni Zuriati


Alhamdulillah.  Akhirnya siap juga video klip saya sekitar Majlis Anugerah CDM 2013.  Anugerah CDM adalah hari anugerah yang paling ditunggu-tunggu setiap penghujung tahun.  Majlis ini menobatkan Crown Diamond Manager (CDM) yang dilahirkan sepanjang tahun tersebut.  Luckily, for 2013,  I was one of the CDMs.  Proud to be one of them.  CDM adalah pangkat tertinggi dalam hirarki rangkaian perniagaan kami, juga kami gelar sebagai gerbang pendapatan pasif.  Tiada lagi pangkat untuk dikejar, hanya berapa pendapatan bulanan yang ingin dilakarkan selepas itu. 

Konsep video klip ini adalah Inspirasi Kejayaan Wanita.  Diharapkan video ini dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk bangkit dan lebih berdaya saing.  Kejayaan saya bukannya besar, tp sekurang-kurangnya berubah menjadi saya yang lebih baik dari sebelumnya.  Alhamdulillah atas rezeki dan kesempatan ini.



DI SEBALIK TABIR


Penggambaran video ini diambil di dua tempat berasingan iaitu di Pullman Hotel, Putrajaya dan MIECC, The Mines (lokasi penganugerahan CDM).  Terima kasih kepada videographer hebat, Rizuan Azizah dan team atas komitmen terbaik anda.   Kenangan buat penggambaran ini sememangnya menyeronokkan.  Susah rupanya bercakap depan kamera, apatah lagi tanpa skrip.  Untuk bergambar pun sukar sebab memang tiada bakat untuk 'modelling'..  Namun, demi rakan kongsi dan untuk inspirasi yang lain, saya usahakan juga.  Sampai ada yang ingat saya model baju!  (Ada pula model tinggi 5' sahaja).  Apapun, segalanya indah bagi saya.  Terima kasih Allah atas skrip-skrip indah yang diturunkan untuk saya.


Sessi temuramah CDM Cik Mun dan CDM Cikgu Apit




Persediaan sebelum penggambaran





The Mohamed's turut penyertai penggambaran.  Thank you sisters!




Bergambar selepas penggambaran video




Bersama rakan-rakan kongsi sebelum majlis bermula di MIECC




SEKALUNG PENGHARGAAN


Buat rakan kongsi terdekat dengan saya, juga mentor saya, iaitu suami saya CDM Hafiz Rithduan Malik, terima kasih kerana sudi berkongsi perjalanan ini dengan saya.  Jutaan terima kasih kepada mentor-mentor STG, Mentor CDM Norazlin Nordin dan Mentor CDM Arifin Shah yang setia membimbing saya sehingga kini.  Terima kasih kerana sentiasa membantu membesarkan impian saya dan menunjukkan jalan mudah untuk mencapainya.  Untuk wali-wali keramat kami, ibu bapa, ibu bapa mertua, sokongan kalian mengangkat saya untuk berada di tahap ini.  Tanpa restu dan doa kalian, tak mungkin kaki bisa berpijak seteguh ini.  Salam kasih dan sayang yang sangat mendalam saya tujukan khas buat rakan-rakan kongsi dalam rangkaian Cikgu Apit Team (CATs) yang banyak memberikan saya erti bahagia sebuah keluarga besar, mengajar saya erti penghargaan dari hati yang paling dalam dan memberi saya kemanisan kejayaan yang boleh dikongsi bersama. 


Terimalah video klip saya, CDM Murni Zuriati - Inspirasi Kejayaan Wanita. Dari wanita untuk wanita. Semoga bermanfaat untuk semua




Wednesday, 13 November 2013

Nurul Hidayah Khairuddin

Teks: Murni Zuriati



Perjalanan singkat wanita ini dalam rangkaian kami amat menarik perhatian saya.  Nurul Hidayah Khairuddin baru sahaja manjadi sebahagian keluarga besar STG bulan Julai yang lalu.  Beliau mula menggunakan produk-produk hebat daripada STG dan mula rasa suka untuk berkongsi kehebatannya dengan rakan-rakan.




Dalam kesibukan sebagai pegawai di Pejabat Agama Kluang, guru kelas mengaji dan ketua kumpulan Yassin, beliau telahpun mencapai hasil jualan sebanyak RM 17,000 pada bulan Ogos. Itupun hanya melalui perkongsian cerita tentang kehebatan produk dengan rakan-rakan.  Mudah betul bila produk yang diniagakan sangat berkualiti dan 'boleh bercakap sendiri'.




Keterujaan beliau terhadap potensi perniagaan ini semakin meningkat dek pencapaian bulanan yang diluar jangkaan.  Beliau lebih berani dan yakin untuk terus berjaya dengan perniagaan ini.  Pada bulan September pula, beliau bersinar dengan kejutan hebat buat CAT dan STG.  Beliau terus mencecah pangkat kedua iaitu Senior Sales Manager (SSM - jumlah jualan rm60,000) tanpa sempat merasa berada di pangkat pertama iaitu SM!  Bulan Oktober yang lalu beliau semakin hampir mencapai pangkat ketiga iaitu Diamond Sales Manager (DSM) dan yang paling indah ialah beliau juga layak mendapat tiket percutian percuma 5 bintang ke Gold Coast, Australia!!!!

Pada saya, inilah hasil keinginan yang sangat-sangat kuat, fokus pada matlamat, komitmen yang tinggi dan berpaut teguh pada nasihat mentor.  Beliau juga ada suami, ada anak kecil, ada kerjaya, namun semua itu tidak menjadi pencuri impian beliau.  Malah , itu semualah alasan terbesar kenapa beliau perlu berjaya!   Betul, bukan senang untuk berjaya.  Ada pengorbanan yang perlu dibayar untuk merasai kemanisan setiap kejayaan.  Namun, perjalanan ke puncak kejayaan lebih mudah bila ada tangan yang sentiasa sudi menghulurkan bantuan dan ada hati yang betul-betul tahu apa yang kita mahukan.



Setinggi-tinggi tahniah juga untuk 'leader' beliau, DDM Siti Nurhafzan kerana berjaya bersama 'team'.  Inilah budaya STG.  Kita berjaya dan kita heret sekali rakan kongsi untuk berjaya bersama....

Let's be with CAT-STG. Your achievable dreams are unlimited!  Jangan malu-malu untuk bertanya.  Jangan ragu-ragu untuk bermula.  

Thursday, 3 October 2013

CATs August Achievement - MAC Lipglass

Teks: Murni Zuriati

STG is doing real networking business... Gembira sangat. Setiap bulan ada sahaja cerita dan pencapaian yang menarik.  Pada saya, perniagaan bersama STG sangat stabil.  Saya sendiri pun betul-betul tidak menyangka kami sehebat ini.  Seperti yang semua tahu, Hari Raya disambut pada bulan Ogos.  Oleh itu, pihak syarikat menjangkakan ada penurunan jumlah jualan pada bulan Julai (Ramadhan) dan Ogos.  But guess what?  That did not happened in STG.  

Pada bulan Ramadhan sales CAT sahaja mencecah RM510, 000, meningkat RM 150,000 dari bulan sebelumnya.  Pada bulan perayaan pula iaitu bulan Ogos, pencapaian jualan CAT ialah RM430, 000.  Turun sedikit sahaja dari Julai dan itu hanyalah hasil kerja untuk 2 minggu!!!!  Oleh itu, seharusnyalah CAT members yang menyerlah diberi penghargaan.  

Hadiah pencapaian dari CAT pada bulan Ogos ialah lipglass (lipstick + lipgloss) dari M.A.C.  Hadiah ini diberikan kepada SSM ke bawah yang mencapai jualan kumpulan RM15,000 ke atas dan kepada DSM ke atas yang mencapai jualan kumpulan RM30,000 ke atas (bersesuaian untuk tempoh 2 minggu bekerja).


Setinggi-tinggi tahniah kepada



1)  SSM Hasliza Jamil (Pekerja swasta, JB)




2)  SSM Yusliza Tajuddin (Surirumah, KL)




3)  SSM Fauziah Abdullah (Penjawat awam, Putrajaya)




4)  SSM Norfaizirin Elias (Pegawai bank, Kluang)




5)  SSM Syahidah Hassan (Ustazah, Kluang)




6)  DSM Kintan Salleh (Guru, JB)




7)  DSM Mazliana Mohd Dom (Pensyarah, Batu Pahat)




8)  DDM Siti Fathimah Shahimi (Surirumah, Pahang)

Tahniah juga kerana naik ke pangkat DDM pada bulan Ogos yang lalu.  Double happiness!! One more step towards passive income! 



Go Go CATs!!! Together to the top!! Winning is teamwork!  Bisnes mesti happy maa...!!


Kalau anda lihat, mereka datang dari pelbagai latarbelakang.  Ada yang berniaga bersama STG secara sambilan dan ada yang sepenuh masa.  Kerana itulah saya katakan, orang yang layak berniaga bersama kami adalah MEREKA YANG NAK dan SEDIA DICOACH!  Let's be with us...





Friday, 6 September 2013

DSM Intan Diana : Semakin Mendapat Wajah Wanita Kaya

Teks: Murni Zuriati


Seorang lagi leader CAT yg semakin menyinar ialah DSM Intan Diana Roslan.  Beliau merupakan salah seorang ‘leader’ di bawah bimbingan DDM Naura Auni.  Pertama kali berjumpa dengan beliau, saya seakan sudah boleh membaca beliau akan pergi sejauh ini.  Beliau seorang yang sangat berkeyakinan, ceria dan positif.  Dek kerana itulah beliau cemerlang dalam setiap bidang yang beliau ceburi. Tambahan pula dengan ilmu MMR yang diperolehi daripada STG.  Beliau kini berada di tahap ketiga dalam bisnes STG dan lebih hebat dengan kenaikan pangkat dalam kerja hakiki sebagai Pengurus di RHB Bank seawal usia 31 tahun.


Bahagia menjadi 'angsa emas gemuk' suami


Sikap beliau yang paling saya kagumi adalah ‘fighter’.  Beliau pejuang hebat dan nekad untuk mendapatkan apa sahaja yang beliau idamkan.  Inilah sifat yang perlu ada pada setiap wanita.  Suatu ketika beliau pernah cuba didekati oleh kumpulan-kumpulan lain dalam ‘networking business’.  Namun, jiwa beliau yang praktikal dan ingin cepat mencipta kekayaan membuatkan beliau memilih untuk berniaga dan Berjaya bersama STG. 

Hasilnya, pada ketika bergelar DSM lagi, beliau sudah mampu memiliki sebuah BMW 320i, tentunya 'ditaja' sepenuhnya oleh pendapatan sampingan 4 angka gemuk beliau setiap bulan.  Aidilfitri yang lepas meriah dengan kereta baru rakan-rakan kongsi saya, dan beliau merupakan salah seorang daripadanya. 

Melihat beliau berdiri di sebelah kereta idamannya, saya nampak wajah wanita kaya terbias di wajahnya… Inilah leader kelahiran STG.  Inilah leader kelahiran CAT.  Saya bangga menjadi sebahagian daripada cerita kejayaannya.  Semoga terus berjaya dan menjadi kebanggaan STG.  Lahirkan lebih ramai usahawan berkualiti kerana itulah prinsip STG.  

DDM Naura Auni dan DSM Intan Diana... Berjaya bersama...

Cik Mun, Naura Auni dan Intan Diana.
We are the CAT Anchors! Let's join us!!!


Monday, 2 September 2013

DDM Murni Hayati & Her Dream Car


"Banyak hutang! Stress kerja!! Takde masa untuk diri sendiri! Penat! Takde duit!! "

Inilah kata-kata yg sering terpacul dari mulut kakak saya yang seorang ini kurang 2 tahun dulu.  Beliau sering tertekan dengan bebanan kerja sebagai jurutera IT.  Ditambah pula dengan bebanan hutang terutama kredit kad ekoran sikap beliau yang suka berbelanja dan makan bila menghadapi tekanan.  Dengan segala bebanan tersebut, tekanan dibawa pulang ke rumah dan selalunya suasana tegang timbul bila isu hutang keliling pinggang mula bangkit.  

Kami ni memang 2 beradik yang rapat dari kecil.  Segala masalah dan kegembiraan sering dikongsi bersama.  Sampai satu tahap saya rasa sampai bila saya nak biarkan kakak saya terus berada dalam situasi begitu padahal saya ada jalan penyelesaian untuk segala masalah tersebut.  Pada ketika itu, saya sudahpun berniaga dengan STG.  Saya pula melihat, beliau bukan tidak mahu berusaha langsung untuk meningkatkan ekonomi sendiri.   Macam-macam perniagaan yang beliau buat.  Beliau jual maajun, jual juga baju raya, kuih raya, tupperware dan macam-macam lagilah.  Tapi kesemuanya tak menampakkan hasil yang lumayan walaupun dari segi kemahiran menjual, beliau jauh lebih hebat berbanding saya.  Kenapa?  Sudah tentulah tak fokus dan tiada ilmu, mentor dan sistem. 

Melihatkan keadaan ekonomi yang mendesak dan potensi yang beliau ada sebenarnya, saya 'paksa' beliau memulakan bisnes bersama saya dengan STG bermula dengan saya 'paksa' beliau menggunakan produk.  Mula jatuh hati dengan produk, beliau mula mengorak langkah sebagai jurujual secara online. Tak lama pun beliau bertatih, terus berlari... Bulan ke 9 berniaga, beliau sudahpun mencapai pangkat kedua tertinggi iaitu Double Diamond Manager, DDM.  Seiring kemahiran membina rangkaian yang semakin beliau genggam, pendapatan beliau semakin meningkat dan kini beliau merupakan 'orang kuat' saya dalam STG.   


Sikap beliau yang sentiasa merendah diri, sanggup buka hati dan kosongkan cawan minda untuk belajar dan dibimbing, membawa beliau ke tempat di mana beliau berdiri sekarang.  Kini beliau telahpun melepaskan jawatan dan memilih untuk berniaga sepenuh masa bersama STG.  Pendapatan 5 angka yang dijana setiap bulan bukti kesungguhan dan komitmen beliau dalam networking business ini.   Rasa bangga seringkali terdetik dalam hati saya setiap kali saya melihat kejayaan beliau.

Lebih bangga dan gembira apabila beliau kini mampu memandu kereta idaman beliau, Mercedes Benz AMG.  Kejayaan itu semakin manis bila kereta beliau itu berjaya dimiliki selepas hanya 2 minggu saya memiliki kereta idaman saya.  Kami susah bersama, penat bersama dan kini kami berjaya bersama.   Pastinya yang paling bangga di sebalik kejayaan ini adalah ibu kami, bila melihat kereta-kereta mewah anak-anaknya bersusun depan rumah ketika Hari Raya tempoh hari.  Suami beliau juga sudah meletakkan jawatan dan kini mereka bebas bersama-sama ke mana sahaja bersama.  Inilah kebahagiaan yang beliau 'beli'..... Inilah yang saya ingin semua konsultan di bawah saya rasakan.

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada leader hebat dalam CAT -STG, DDM Murni Hayati Mohamed.  Semoga terus cemerlang dan bergelar CDM pada bulan ini juga.  Semoga terus gigih melahirkan lebih ramai usahawan bertaraf jutawan di bawah bimbingan anda kerana inilah prinsip STG, 

"kayakan rakan kongsi kita, pasti kita terpaksa kaya-raya!" 






Monday, 24 June 2013

Kenali Murni Zuriati




Teks: Saya adalah seorang wanita biasa yang sentiasa cuba berlari mengejar kejayaan dalam setiap 5 tahun fasa kehidupan.  Murni Zuriati dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kluang, Johor.  Berasal dari keluarga sederhana, menyebabkan saya sentiasa mencari-cari hala tuju saya dalam merubah status keluarga.

Alhamdulillah, pendidikan secukupnya disediakan oleh ibubapa tercinta.  Saya diterima masuk ke Sek. Men. Sains Kota Tinggi setelah menamatkan pendidikan awal di Sek. Keb. Kg. Melayu, Kluang, Johor.  Persamaan yang saya alami di sekolah rendah dan menengah adalah saya sentiasa menjadi antara 10 pelajar terbaik dalam setiap peperiksaan ('result oriented'), selalu menjadi ketua dan fasilitator, dan ada satu lagi sifat yang sentiasa ada pada diri saya, saya teruja untuk membela hak kaum wanita pada setiap masa.  Sebenarnya saya agak pelik bila memikirkan kenapa saya suka segalanya tentang menjadi wanita dan men'jadi'kan wanita lain sejak dulu.  Saya telahpun mendapat jawapannya ketika menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa oleh Dr Azizan Osman (DAO).  Ia sudahpun tertulis dalam tarikh lahir Murni Zuriati.  Suratan atau kebetulan?

Setelah itu, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Awam.  Bukan minat saya, tetapi niat di hati adalah untuk membantu ayah saya yang ketika itu seorang kontraktor pembinaan.  Kenapa saya memilih bidang tersebut walaupun bukan minat saya, kerana saya telah diprogramkan untuk menerima ijazah.  Tidak kira apa bidang yang diceburi, objektif utama adalah untuk memiliki segulung ijazah. Itulah kejayaan stereotaip yang disemai dalam kebanyakan minda anak melayu termasuklah Murni Zuriati bt Mohamed.

Sebelum majlis konvokesyen lagi, saya sudahpun diterima bekerja di Malaysia Marine & Heavy Engineering, sebuah syarikat 'Oil & Gas' di Pasir Gudang, Johor.  Bila di alam pekerjaan, bermulalah siri persoalan bila akan menamatkan zaman bujang.  Bila mula bekerja, barulah saya tahu, bahawa alam pekerjaan yang dibayangkan ketika belajar tidaklah seindah yang diimpikan.  Saya tidak berjaya membuat apa-apa simpanan yang tidak diusik ketika raya ataupun apa-apa acara, apatah lagi simpanan untuk berkahwin. 

Dek kerana keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan simpanan tetap, Allah pertemukan saya dengan mentor Norazlin Nordin yang juga felo saya ketika menetap di Kolej Tun Hussein Onn, UTM melalui tunang saya, Cikgu Apit, yang sedang mencari-cari peluang perniagaan ketika itu. Sesungguhnya aturan Allah adalah yang terbaik.  Beliau sangat berjaya dalam perniagaan sampingan yang beliau ceburi.  Dalam hati, saya sangat yakin beliau adalah insan yang paling tepat untuk membimbing saya ke arah kebebasan kewangan.  Ternyata, gerakan naluri saya benar.  Setelah hanya 3 bulan bersama perniagaan sampingan, saya telah dapat memiliki BMW 3 Series dan berkahwin awal setahun dari yang ditetapkan.  Alhamdulillah...

Kerana perniagaan ini juga saya yakin untuk meletakkan jawatan dari MMHE sementara mendapatkan pekerjaan dari syarikat lain dengan waktu kerja yang lebih sesuai dengan waktu kerja suami saya sebagai seorang guru.  Akhirnya, saya diterima bekerja di Lafarge Concrete (M) Sdn. Bhd. sebagai Traninee Manager.

Being in this group is such a blessing for me.  Kehidupan saya berubah sepenuhnya kerana saya merasakan saya kembali kepada naluri dan minat sebenar saya, iaitu berniaga.  Namun, saya sangat bertuah kerana ini bukan perniagaan biasa yang membiarkan saya jatuh dan bangun bersendirian.  Bukan juga perniagaan yang menuntut saya memberi perhatian sepenuh masa, meninggalkan kerja hakiki dan merisikokan kewangan keluarga.  

Tetapi inilah perniagaan yang mengizinkan saya lebih berjaya dari segi  kewangan, lebih berjaya dalam kerjaya dan lebih bahagia dalam keluarga.  Terasa Murni Zuriati kini lebih lengkap sebagai seorang wanita.  I love my life.  Hidup sangat indah bersama suami dan juga mentor saya, Hafiz Rithduan Malik, serta cahaya mata, Rayf Hezry dan Zaryf Miqael.  Terima kasih kepada Smart Tycoon Group yang menyediakan semua elemen perniagaan (menurut DAO) kepada saya, iaitu ILMU, MENTOR dan SISTEM. 



Berbekalkan ilmu MMR yang diberikan oleh STG, pencapaian saya dalam kerjaya boleh dikatakan luarbiasa. Setelah hanya 2 tahun bekerja di Lafarge Concrete, saya terus dinaikkan pangkat sebagai Southern Region QC Manager, yang mana rata-rata pekerja memerlukan 10 tahun untuk sampai ke tahap ini.  Namun, setelah hampir 2 tahun bergelar QCM, saya meletakkan jawatan setelah kuasa memilih berada di tangan saya.  Saya memilih untuk melakukan apa yang saya suka.  Saya berpegang kepada prinsip ' I get rich doing what I love'.  Saya memilih untuk 'retire young, retire rich'.

Saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.  Saya menjana pendapatan 6 angka setahun setelah saya melakukan apa yang saya suka.  Saya suka perniagaan dan saya suka membantu orang lain terutamanya wanita menjadi mereka yang lebih baik.  Saya telahpun berjaya membantu beberapa rakan lain untuk meningkatkan keyakinan dan taraf hidup mereka.  Dari pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi dan terbukti merubah hidup saya sendiri, saya kini lebih pakar dalam pengurusan kewangan dan 'people development'.

Secara peribadinya, saya bercita-cita untuk bergelar jutawan pada usia 32 tahun (2 tahun lagi) dan saya ingin melahirkan ramai jutawan muda di bawah bimbingan saya.  Inilah yang mampu saya lakukan sebagai sumbangan saya kepada masyarakat.

Terima kasih Allah, terima kasih mentor, terima kasih STG