Wednesday, 12 March 2014

BOLEHKAH ADIK-BERADIK BERADA DALAM SATU BISNES YANG SAMA?

teks: Murni Zuriati

Alhamdulillah.  Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan kurniaan rezeki-Nya selama ini.  2013 yang lalu adalah tahun bertuah di mana akhirnya, kesemua adik-beradik saya sudahpun berada bersama-sama saya dalam perniagaan ini. 

Pencapaian ini luarbiasa bagi saya!  Mungkin ramai kawan-kawan yang pernah menjalankan apa jua jenis perniagaan terutama perniagaan rangkaian faham apa yang saya rasakan.  Mereka pasti tahu betapa sukarnya meyakinkan adik-beradik sendiri untuk bersama-sama menjalankan perniagaan dalam platform yang sama.  Untuk pengetahuan semua, saya telahpun berniaga bersama STG selam 6 tahun.  Saya fokus kepada satu jenis perniagaan sahaja kerana saya yakin pada kuasa istiqamah, saya tahu apayang bakal saya genggam dengan bersabar (berdasarkan apa yang dicapai oleh mentor-mentor) dan kerana saya bukan jenis yang mudah terlibat dengan apa jua jenis perniagaan.  Pada saya, sekali saya menjalankan sesuatu perniagaan, saya mesti menjadi jutawan dari perniagaan tersebut, barulah saya akan pelbagaikan jenis perniagaan.  

Dalam 6 tahun, jatuh bangun itu biasa.  3 tahun pertama saya berniaga tanpa penyertaan dan sokongan dari seorang pun ahli keluarga.  Namun, pada saya dan juga mentor-mentor lain di STG, kami ada ayat penyedap hati sendiri.

"Kalau adik-beradik dan kawan baik menolak ketika kita mula bisnes, itu perkara biasa.  Kalau ada antara mereka yang terus menyokong dan terus berjuang bersama kita, itu dipanggil 'KEAJAIBAN!' "

Oleh itu, bagi rakan-rakan yang sedang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, anda tidak perlu risau jika golongan di atas menolak kita di awal penglibatan kita dalam bisnes.  Kita kena terus fokus pada matlamat sebenar kita menjalankan perniagaan hingga kita mencapainya.  





Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips 

BAGAIMANA UNTUK MENANGANI GOLONGAN YANG KITA SAYANG INI:

1)  Cuba bentang pelan perniagaan anda kepada mereka tetapi bersedialah untuk BERPEGANG KEPADA AYAT PENYEDAP HATI yang saya berikan di atas tadi.  Mana tahu mungkin mereka tergolong dalam salah satu 'KEAJAIBAN' dalam perjalanan bisnes anda.

2)  Sekiranya mereka menolak, JANGAN 'APPROACH' MEREKA LAGI setiap kali berjumpa.  Jangan masukkan ceritera bisnes anda dalam perbualan dengan mereka.  Ini untuk menjaga kredibiliti anda.  Bertenang.  Tenang pasti menang.  JANGAN MERAYU pada mereka.  Jika anda terus menerus memujuk mereka, anda akn kelihatan sangat terdesak.  Orang terdesak berada dalam gelombang 'beta' dan pasti tidak akan berjaya.

3)  CIPTA PERASAAN INGIN TAHU dalam diri mereka terhadap bisnes anda secara tidak langsung.  Jalankan aktiviti bisnes seperti menjawab panggilan rakan kongsi seperti biasa di hadapan mereka ataupun jerit "Yes!!!" apabila anda berjaya mendapat sales secara online.  Anda juga boleh bercerita tentang perkembangan bisnes anda kepada ibubapa anda seperti layak menerima tiket pelancongan percuma ataupun anda boleh kongsi di Facebook anda tentang betapa seronoknya pelancongan percuma anda.  Percayalah! Pasti mereka akan menjerit-jerit di dalam hati untuk tahu bagaimana sebenarnya bisnes anda dijalankan.

4)  Guna produk anda secara konsisten supaya mereka boleh nampak sendiri kesannya.  Produk yang bagus pasti boleh 'bercakap sendiri'.

5)  Teruskan berjuang dalam bisnes.  Tetapkan matlamat tertinggi anda dalam bisnes.  BUKTIKAN PADA DIRI SENDIRI akan kemampuan anda.  Pasti oranglain akan terbuka hati untuk bersama anda

6)  JANGAN BEZAKAN LAYANAN pada ahli keluarga dengan layanan pada pelanggan atau rakan kongsi anda.  Jika mereka ingin guna produk, pastikan anda jual dan bukan beri percuma kepada mereka.  Dengan cara ini, anda bukan sahaja akan dapat adik-beradik yang menyertai bisnes anda, tetapi anda juga akan ada lebih ramai adik-beradik dalam keluarga besar rangkaian bisnes anda.  Perniagaan berasaskan silaturrahim yang sebenar pasti akan menyeronokkan dan sangat menampakkan hasil yang lumayan. 


Mungkin proses ini akan mengambil masa.  Bersabar dan terus istiqamah dalam berniaga.



The Mohamed's


Dalam kes saya sendiri, kakak kedua saya, Murni Hayati hanya terbuka hati untuk menyertai saya pada tahun ketiga saya berniaga.  2 tahun dahulu beliau hanyalah seorang jurutera IT yang sentiasa terhimpit dengan belenggu hutang dan tekanan tempat kerja.  Hubungan suami isteri yang keruh ekoran situasi tadi juga menambahkan sesak poket minda kecil beliau.  Walaupun ketika itu beliau menjalankan pelbagai jenis perniagaan sampingan, beliau sentiasa kekurangan duit setiap kali hujung bulan.  Alhamdulillah, dengan perniagaan ini saya dapat membantu beliau kerana  bisnes bukan sekadar bermotifkan duit semata-mata tapi nilai keseluruhan kita.  Kini beliau sudahpun mencapai pangkat tertinggi dalam bisnes iaitu CDM.  Beliau menggenggam pendapatan 5 angka sebulan, memandu Mercedes C-Class AMG dan beliau bersama suami sudahpun melepaskan jawatan kerja hakiki masing-masing.

Melihat kejayaan kami melancong percuma ke Vietnam (Mac 2012), Guangzhou (Julai 2012) dan London-Paris (Mac 2013), adik kami Siti Nurhafzan pula tak senang duduk.  Beliau yang 'gila kerja' hingga sentiasa mencapai 'top sales' setiap bulan untuk jualan kad kredit dan pinjaman ASB di Maybank, mula tergerak hati untuk menambah pendapatan dan melancong ke luar negara.  Setibanya saya di kampung, beliau sudah bersedia dengan sekeping kertas A4 meminta saya membentangkan pelan pemasaran yang banyak merubah hidup saya.  "How you do anything, is how you do everything!".  Bagaimana cemerlangnya beliau dalam kerjaya, begitulah cemerlangnya beliau dalam perniagaan.  Pada bulan kesepuluh berniaga beliau sudah mampu memperoleh pendapatan RM 22,000 sebulan! Kini, seperti saya dan kakak, beliau dan suami juga sudah meletakkan jawatan.  Beliau juga mampu memandu Audi A4 model 2014 seperti saya juga.  Alhamdulillah.  

Pada bulan September 2013, kami bertiga terbang bersama pasangan masing-masing ke Korea secara percuma.  Pengalaman melancong dengan VVIP trip ini menyebabkan adik bongsu kami, Siti Nurul Bahiyah turut ingin menyertai kami.  Beliau telahpun bermula dan berjaya mencapai pangkat ketiga hanya selepas 3 bulan berniaga.  Gembiranya saya apabila ketika pelancongan percuma ke Gold Coast, Australia bulan Februari yang lepas, kami dapat bergambar berempat.  Terima kasih Ya Allah.  Beliau juga sudah melepaskan jawatan sebagai jurutera di sebuah kilang barangan elektrik. 

Namun dalam kami berlima beradik, penyertaan yang paling mengejutkan adalah daripada kakak sulung kami, Husnahafiza.  Beliau sudah sangat stabil dengan pendapatan puluhan ribu ringgit sebagai General Manager sebuah syarikat swasta.  Beliau sudah berkemampuan untuk bebas berbelanja lebih awal dari kami.  Namun, beliau turut menyertai keluarga STG setelah terpikat dengan kehebatan produk.  Beliau menjadikan STG sebagai platform untuk membantu oranglain menambah pendapatan yang mana tidak boleh beliau lakukan dalam kerja hakiki.  Beliau juga sangat tertarik untuk mempunya pendapatan pasif yang lebih besar dari gaji sekarang untuk memastikan beliau mampu bersara awal.

Kerana itu dalam bisnes, utamakan diri kita dahulu.  Sentiasa ingat mengapa kita memulakan sesuatu perniagaan dan ke mana seharusnya hala tuju perniagaan tersebut.  Siapa yang bakal bersama-sama kita dalam perniagaan tersebut, biarlah Allah yang menentukan seiring dengan usaha yang kita pamerkan.  

Teringat kata-kata seorang Mentor iaitu CDM Hamdan, 

"Ketika Rasulullah berdakwah dahulu, ramai orang yang memeluk Islam bukan kerana tertarik dengan Islam itu, tetapi mereka tertarik kepada peribadi Rasulullah terlebih dahulu, barulah agamanya."

3 comments:

  1. nice info. thank you for sharing

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih dengan perkongsian ini. Sangat bermanfaat buat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for you kind words. so pleased to hear that

      Delete