Sunday, 23 March 2014

APA ITU KEBEBASAN KEWANGAN?

Teks:  Murni Zuriati

Ramai yang berkata saya ingin jadi kaya.  Saya ingin bebas berbelanja.  Saya ingin jadi jutawan!  Saya ingin bersara awal!  Jadi, apakah target kewangan anda sebenarnya?  Kaya? Bebas berbelanja? atau Jutawan?  Bagaimana dan bilakah masa yang sesuai untuk anda bersara awal? 

Dalam usaha kita untuk mencapai sesuatu, perkara pertama yang kita perlu tahu ialah menetapkan matlamat.  Untuk menetapkan matlamat, kita perlulah tahu apakah matlamat itu sebenarnya.  Jika kita ingin kaya, apakah definisi kaya pada kita sebenarnya.  Kita mungkin ingin menjadi jutawan, tapi jika kita tidak tahu langkah-langkah yang perlu untuk bergelar jutawan, kita pasti merasakn matlamat tersebut sangat sukar dicapai. 

Oleh itu, dalam entri kali ini ingin saya kongsikan apakah definisi sebenar kebebasan kewangan dan apakah langkah-langkah yang perlu kita lalui sebelum bergelar seorang jutawan yang mampu bertahan lama.  Tips-tips ini saya perolehi dari mentor-mentor kewangan saya terutama mentor Arifin Shah yang juga mentor STG. 




Jika kita ingin mempunyai lebih pilihan dalam hidup, kita perlulah berada pada tahap bebas kewangan. Apakah yang dimaksudkan dengan bebas kewangan?  Ada yang fikir bebas kewangan ialah apabila kita bebas hutang.  Oleh itu, ada yang sanggup melupakan impian untuk memiliki gaya hidup yang mereka inginkan kerana ingin membeli kenderaan atau rumah secara tunai.  Mungkin anda akan bebas hutang, tetapi hakikatnya dalam jiwa anda akan memberontak.  Ketidakseimbangan ini adalah tidak bagus.  Kerana itu kita perlu faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bebas kewangan.  Penulis buku Rich Dad, Poor Dad iaitu Robert T. Kyosaki telah mendefinisikan bebas kewangan seperti berikut.


KEBEBASAN KEWANGAN   =   PENDAPATAN PASIF  >  JUMLAH PERBELANJAAN (FINANCIAL FREEDOM)            (PASSIVE INCOME)                 (TOTAL EXPENSES)


Anda akan dikatakan mencapai kebebasan kewangan apabila anda mempunyai pendapatan pasif yang melebihi jumlah perbelanjaan bulanan anda.  Pendapatan pasif ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan tanpa perlu bekerja untuk mendapatkannya contohnya anda ada rumah yang disewakan, ada pelaburan yang mendatangkan keuntungan, anda berniaga perniagaan rangkaian dan sebagainya. 

Sebagai contoh, sekiranya anda sekarang sedang bekerja dengan pendapatan bulanan RM 2,000.  Jumlah perbelanjaan bulanan pula ialah RM1,500.  Bilakah anda boleh membuat pilihan untuk terus bekerja atau meletakkan jawatan?  Jawapannya ialah apabila anda mempunyai pendapatan pasif yang melebihi RM 1,500 sebulan.  Sekiranya anda ialah seorang surirumah, anda boleh mengambil kira jumlah perbelanjaan bulanan yang perlu ditanggung oleh suami sebagai penanda aras samada anda telah mencapai kebebasan kewangan ataupun tidak.  Sekiranya anda ingin gaya hidup mewah yang anda inginkan, kira berapa jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan untuk gaya hidup tersebut dan bersedialah untuk BERSARA AWAL!!!! 

Robert T. Kyosaki telah menggambarkan dengan jelas dalam permainan Cash Flow yang diciptanya, sekiranya seseorang itu hanya bergantung kepada pendapatan aktif, mereka dikatakan masih berada di dalam 'Rat Race'.  Sekiranya anda berpeluang bermain permainan ini, anda akan faham apa rasanya berlari dalam kitaran 'Rat Race', menunggu gaji bulanan yang sukar untuk meningkat tetapi perlu membayar jumlah perbelanjaan yang boleh meningkat dari bulan ke bulan.  Bagaimana laju pun anda berlari, kadangkala duit sentiasa tidak mencukupi sehingga mungkin tiada peruntukan yang mencukupi untuk melakukan kerja kebajikan.  Namun, dengan pengurusan kewangan yang betul, anda mampu untuk keluar dari kitaran 'Rat Race' tersebut walau berapa pun gaji bulanan anda.  Apabila anda sudahpun mempunyai pendapatan pasif yang mencukupi, anda akan keluar dari 'Rat Race' dan mula merasai nikmat mencapai kebebasan kewangan. 






FORMULA KEBEBASAN KEWANGAN





Semoga tips ini membantu rakan-rakan bekerjaya yang sering terfikir-fikir bilakah mereka boleh bersara awal.  Saya sudahpun bersara awal dengan mengamalkan formula ini.  Jangan segan-silu untuk bertanya saya bagaimana perniagaan rangkaian boleh menjadi salah satu cabang termudah untuk mencapai pendapatan pasif.  Semoga kita semua menjadi Muslim yang bijak ekonomi dan menguasai ekonomi.  Insyaallah.

2 comments: