About Me





Saya adalah seorang wanita biasa yang sentiasa cuba berlari mengejar kejayaan dalam setiap 5 tahun fasa kehidupan.  Murni Zuriati dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kluang, Johor.  Berasal dari keluarga sederhana, menyebabkan saya sentiasa mencari-cari hala tuju saya dalam merubah status keluarga.

Alhamdulillah, pendidikan secukupnya disediakan oleh ibubapa tercinta.  Saya diterima masuk ke Sek. Men. Sains Kota Tinggi setelah menamatkan pendidikan awal di Sek. Keb. Kg. Melayu, Kluang, Johor.  Persamaan yang saya alami di sekolah rendah dan menengah adalah saya sentiasa menjadi antara 10 pelajar terbaik dalam setiap peperiksaan ('result oriented'), selalu menjadi ketua dan fasilitator, dan ada satu lagi sifat yang sentiasa ada pada diri saya, saya teruja untuk membela hak kaum wanita pada setiap masa.  Sebenarnya saya agak pelik bila memikirkan kenapa saya suka segalanya tentang menjadi wanita dan men'jadi'kan wanita lain sejak dulu.  Saya telahpun mendapat jawapannya ketika menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa oleh Dr Azizan Osman (DAO).  Ia sudahpun tertulis dalam tarikh lahir Murni Zuriati.  Suratan atau kebetulan?

Setelah itu, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Awam.  Bukan minat saya, tetapi niat di hati adalah untuk membantu ayah saya yang ketika itu seorang kontraktor pembinaan.  Kenapa saya memilih bidang tersebut walaupun bukan minat saya, kerana saya telah diprogramkan untuk menerima ijazah.  Tidak kira apa bidang yang diceburi, objektif utama adalah untuk memiliki segulung ijazah. Itulah kejayaan stereotaip yang disemai dalam kebanyakan minda anak melayu termasuklah Murni Zuriati bt Mohamed.

Sebelum majlis konvokesyen lagi, saya sudahpun diterima bekerja di Malaysia Marine & Heavy Engineering, sebuah syarikat 'Oil & Gas' di Pasir Gudang, Johor.  Bila di alam pekerjaan, bermulalah siri persoalan bila akan menamatkan zaman bujang.  Bila mula bekerja, barulah saya tahu, bahawa alam pekerjaan yang dibayangkan ketika belajar tidaklah seindah yang diimpikan.  Saya tidak berjaya membuat apa-apa simpanan yang tidak diusik ketika raya ataupun apa-apa acara, apatah lagi simpanan untuk berkahwin. 

Dek kerana keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan simpanan tetap, Allah pertemukan saya dengan mentor Norazlin Nordin yang juga felo saya ketika menetap di Kolej Tun Hussein Onn, UTM melalui tunang saya, Cikgu Apit, yang sedang mencari-cari peluang perniagaan ketika itu. Sesungguhnya aturan Allah adalah yang terbaik.  Beliau sangat berjaya dalam perniagaan sampingan yang beliau ceburi.  Dalam hati, saya sangat yakin beliau adalah insan yang paling tepat untuk membimbing saya ke arah kebebasan kewangan.  Ternyata, gerakan naluri saya benar.  Setelah hanya 3 bulan bersama perniagaan sampingan, saya telah dapat memiliki BMW 3 Series dan berkahwin awal setahun dari yang ditetapkan.  Alhamdulillah...

Kerana perniagaan ini juga saya yakin untuk meletakkan jawatan dari MMHE sementara mendapatkan pekerjaan dari syarikat lain dengan waktu kerja yang lebih sesuai dengan waktu kerja suami saya sebagai seorang guru.  Akhirnya, saya diterima bekerja di Lafarge Concrete (M) Sdn. Bhd. sebagai Traninee Manager.

Being in this group is such a blessing for me.  Kehidupan saya berubah sepenuhnya kerana saya merasakan saya kembali kepada naluri dan minat sebenar saya, iaitu berniaga.  Namun, saya sangat bertuah kerana ini bukan perniagaan biasa yang membiarkan saya jatuh dan bangun bersendirian.  Bukan juga perniagaan yang menuntut saya memberi perhatian sepenuh masa, meninggalkan kerja hakiki dan merisikokan kewangan keluarga.  

Tetapi inilah perniagaan yang mengizinkan saya lebih berjaya dari segi  kewangan, lebih berjaya dalam kerjaya dan lebih bahagia dalam keluarga.  Terasa Murni Zuriati kini lebih lengkap sebagai seorang wanita.  I love my life.  Hidup sangat indah bersama suami dan juga mentor saya, Hafiz Rithduan Malik, serta cahaya mata, Rayf Hezry dan Zaryf Miqael.  Terima kasih kepada Smart Tycoon Group yang menyediakan semua elemen perniagaan (menurut DAO) kepada saya, iaitu ILMU, MENTOR dan SISTEM. 



Berbekalkan ilmu MMR yang diberikan oleh STG, pencapaian saya dalam kerjaya boleh dikatakan luarbiasa. Setelah hanya 2 tahun bekerja di Lafarge Concrete, saya terus dinaikkan pangkat sebagai Southern Region QC Manager, yang mana rata-rata pekerja memerlukan 10 tahun untuk sampai ke tahap ini.  Namun, setelah hampir 2 tahun bergelar QCM, saya meletakkan jawatan setelah kuasa memilih berada di tangan saya.  Saya memilih untuk melakukan apa yang saya suka.  Saya berpegang kepada prinsip ' I get rich doing what I love'.  Saya memilih untuk 'retire young, retire rich'.

Saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.  Saya menjana pendapatan 6 angka setahun setelah saya melakukan apa yang saya suka.  Saya suka perniagaan dan saya suka membantu orang lain terutamanya wanita menjadi mereka yang lebih baik.  Saya telahpun berjaya membantu beberapa rakan lain untuk meningkatkan keyakinan dan taraf hidup mereka.  Dari pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi dan terbukti merubah hidup saya sendiri, saya kini lebih pakar dalam pengurusan kewangan dan 'people development'.

Secara peribadinya, saya bercita-cita untuk bergelar jutawan pada usia 32 tahun (2 tahun lagi) dan saya ingin melahirkan ramai jutawan muda di bawah bimbingan saya.  Inilah yang mampu saya lakukan sebagai sumbangan saya kepada masyarakat.

Terima kasih Allah, terima kasih mentor, terima kasih STG

3 comments:

  1. inspired!perniagaan apa ye...

    ReplyDelete
  2. Assamualaikum kak.. Sy nk tye, cmne nk apply keje kt lafarge ek? Sy dr pasir gudang

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum kak.. Sy nk tye, cmne nk apply keje kt lafarge ek? Sy dr pasir gudang

    ReplyDelete