Monday 11 August 2014

RAFA MEDYNA'S VERY FIRST DAY

Teks: Murni Zuriati

3 Syawal, 30 Julai 2014 - Mummy rasa 'contraction' yang agak kuat dari biasa.  So, Daddy terus bawa Mummy 'check up' di klinik dan niat asal untuk minta doktor awalkan tarikh untuk pembedahan yang sepatutnya pada 3 Ogos 2014.

Mummy dan Daddy tinggalkan Miqa dan Rayf pagi tu sebab ingatkan sekejap je.



Ketika di klinik, betul-betul sebelum masuk ke bilik doktor, Mummy turun tanda.  Kalau normal mesti sakit ni sebab bak kata orang tua-tua, kembar darah!   Apalagi, doktor terus suruh staff semua siapkan Mummy untuk pembedahan.  Cemas dan rasa tak bersedia.  Tapi demi Medyna, Mummy kuatkan semangat.

Mummy yang di dalam 'labour room' tu dah memang la gementar.  Selawat je banyak-banyak untuk tenangkan hati.  Tapi Daddy yang terpinga-pinga di luar lagi la kelakar.  Selepas beberapa minit Mummy disoring dengan kerusi roda ke labour room, nampak semua jururawat cemas.  Doktor yang bagi arahan untuk terus 'persiapkan' Mummy pula, berlari meluru masuk ke labour room.  Berderau darah Daddy tengok keadaan tu.  Bila ada peluang, Daddy terus tanya pada nurse yang lalu.  Phew!!!!  It's not me...!! Itu oranglain dengan kes kecemasan.  Alhamdulillah...

After almost 1 hour in the chaos, finally Medyna sees the world.  Apa yang seronok, pakar bius n nurses semua sporting tolong ambilkan gambar dalam 'Operation Theater' untuk kenangan kami. 


THESE ARE THE MOMENTS CAPTURED



Berdebar dalam OT!  Look how big my tummy was when she was inside...




Nurses yang cekap dan peramah




Her first cry... Welcome to the world




I am ready to see Mummy




Her first kiss




Meeting her 'boyfriend'


Saturday 9 August 2014

SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI (MMR) EDISI TERAKHIR 2014

Teks:  Murni Zuriati


Tahun 2014 semakin hampir ke penghujungnya.  Disebabkan jadual penceramah yang sangat padat, Seminar MMR sudahpun tiba ke EDISI TERAKHIR untuk tahun ini.  MMR akan diadakan di 2 lokasi sahaja iaitu Johor Bahru dan Kuala Lumpur


PILIH LOKASI ANDA DAN DAFTAR SEKARANG!!!



NEW YORK HOTEL, JOHOR BAHRU 
29 OGOS 2014 (JUMAAT)
8.00 PAGI - 6.00 PETANG




HOTEL FLAMINGO, AMPANG, KL
11 OKTOBER 2014 (SABTU)
9 PAGI - 6 PETANG