Monday 22 February 2016

Moshi Moshi Osaka : Day 1


Teks: Murni Zuriati 

Hari pertama semua gadis STG bertudung merah...  

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Osaka mengambil masa 6 jam.  Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka pada jam 7 pagi.  Teruja pertama kali melihat landasan kapal terbang atas laut!  Negara Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi mereka dan sentiasa buat kita ternanti-nanti kelainan apa yang bakal mereka cipta untuk keluar dari kebiasaan. 



Pergi ke tandas lapangan terbang untuk bersiap-siap dengan pakaian musim sejuk, teruja sekali lagi melihat kebersihan  maksimum tandas di situ dan yang paling menarik perhatian saya ialah mangkuk tandas siap dengan pilihan bidet, suhu dan tekanan air boleh laras, tempat duduk tandas yang 'warm' dan siap boleh mainkan muzik! Kalau tandas selesa begini, nak tidur pun boleh! 



Seperti biasa, tour guide yang yang peramah dari Malaysia, Mr Lai (bersama kami dari Malaysia dan uruskan semua urusan check in kami) dan dari Jepun, Ms Shin sedia menanti.  Tapi yang lebih menarik perhatian ialah pemandu bas kami adalah seorang wanita!  Pemandu teksi dan bas di sini lengkap sengan uniform yang sangat kemas.  Teruja sekali lagi! 

Pemandu bas group A4 (CAT) 

Hari pertama ini kami bersiar-siar di daerah Kyoto.  Kyoto adalah bandar lama yang masih mengekalkan ketradision mereka.  Kelihatan ramai warga tua bersiar-siar samada berjalan kaki ataupun berbasikal dalam cuaca sejuk.  Sungai-sungai juga masih banyak dan terkejut kami bila melihat sungai-sungai di sama sangat jernih dan bersih! 

Kami di bawa terus ke destinasi lawatan pertama iaitu Nishijin Kimono Center.  Ini adalah gedung kimono terbesar sejak 1000 tahun dahulu.  Kami dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen kimono mewah. Memang sangat cantik dan elegan!  Membuatkan kami kagum kerana strata masyarakat juga boleh dibezakan melalui kualiti dan jenis kimono yang mereka gayakan.  Kimono yang sebenar sangat mahal dan biasanya harga bermula dari ¥100,000 atau lebih kurang RM 3700! 






Saya sempat membeli-belah dan  juga belajar cara mengenakan Yukata (kimono yang simple).  So exciting! Boleh pakai masa Gala Dinner Osaka nanti!  Untuk anak-anak pun Mummy beli juga sebab comel sangat! 

Setelah itu, kami dibawa makan tengahari di restoran halal yang baru sahaja 3 bulan dibuka di Kyoto, Restoran Wadihana yang mempunyai cawangan di Bangi.  


Bergambar di hadapan Restoran Wadihana


Bersama En Sabaruddin, pemilik Restoran Wadihana Kyoto yang sangat peramah 

Kenyang perut beralaskan masakan Malaysia, kami kemudian melawat kuil tertua di Kyoto yang terletak berhadapan dengan restoran tersebut.  Pemandangan yang sangat cantik, persekitaran yang terjaga dan memahami budaya masyarakat Jepun buat kami rasa lawatan ini sungguh menarik.



Kyoto sebuah daerah yang masih tradisional namun ada kemudahan keretapi.  Rasa comel pula daerah ini.  Tenang, tradisional namun berteknologi. 



Seterusnya kami ke kuil yang paling terkenal di Kyoto iaitu kuil lereng gunung, Kiyomizu Temple.  Kami perlu berjalan menaiki bukit melalui jalan kecil yang di penuhi pelawat, dan penuh dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya!  Ramai orang namun semuanya tetap teratur.  Tak perlu berebut-rebut.  Again, their discipline earns our respects!   Kuil ini terkenal kerana senibinanya yang menarik dan juga tidak menggunakan sebarang paku! 









Akhir sekali kami melawat Gion Street yang terkenal sebagai kawasan kesenian perempuan yang dipanggil Geisha.  Kami datang awal sekitar jam 4 petang.  Oleh itu, kami tak berkesempatan melihat Geisha yang biasanya mula ada sekitar jam 6 petang sehingga malam.  







Kami kemudiannya dihidangkan dengan makanan Jepun yang halal untuk makan malam.  Kami semua dapat merasa buat pertama kalinya juadah Duck Hot Pot (Kamo Nabe) yang sangat terkenal di sini.  






Setelah itu kami di bawa ke hotel 5 bintang Imperial Hotel Osaka untuk berehat dan bersedia untuk hari esok. 









HADIAH CDM 1 JUTA RINGGIT

Teks: Murni Zuriati




Alhamdulillah.... Bisnes kami semakin berkembang. Dulu rasa sales ratus ribu pun dh besar.  Bila CDM Norazlin, mentor saya capai RM 1 juta sales, saya terfikir sendiri bila pula giliran saya.  Bolehkah saya capai? 

Namun dalam bisnes network marketing, kerja kita tiru je.  Kerana itu saya percaya, kalau saya tiru gerak kerja mentor, saya juga akan tiru income beliau!  

Alhamdulillah, Cikgu Apit Team (CAT) mencapai RM 1 juta sebulan sales yang pertama pada bulan Januari 2015.  Cikgu Apit yang pertama menerima hadiah I-Phone 6 dari pengasas STG iaitu CDM Lin dan CDM Arifin. 

Tiba pula giliran saya, CDM CAT, mencapai sales RM 1 juta sebulan yang pertama pada bulan  2015.  Ketika itu saya sudahpun memiliki I-phone 6 (online  business is much more easier with Apples!).  Oleh kerana itu, CDM Lin beri saya kelonggaran untuk pilih hadiah lain.

So, I chose this seasonal Chanel necklace!  Mahal dari I-phone tapi tak kisah la...I want to keep this reward until I grow old.  This business is a walk to remember for me.  Thank you CDM Norazlin, yang telah menyebabkan saya bersama STG walaupun saya ni anti-MLM 8 tahun yang dulu. Thank you STG yang melatih kami dengan ilmu terbaik. Thank you Hai-O Marketing yang menyediakan sistem terhebat yang sentiasa memberikan pulangan setimpal dengan usaha. 

Terima kasih Ya Allah. Semua ini terlalu indah untukku...