Showing posts with label Beli Impian. Show all posts
Showing posts with label Beli Impian. Show all posts

Friday, 19 August 2016

MY FIRST BUSINESS CLASS FLIGHT EXPERIENCE

Teks: Murni Zuriati

Salah satu impian saya adalah untuk terbang dengan Business Class tak kira la ke mana pun.

Selama ni saya berpeluang travel dengan Economy Class pun dah sangat bersyukur.  Kali ni ke Kota Kinabalu, kebetulan saya terbang dari Kuala Lumpur.  So dapatlah peluang travel dengan Business Class MAS.  Kalau dari Johor Bahru, hanya penerbangan Air Asia sahaja yang ada untuk ke Kota Kinabalu. 



Walaupun ini flight yang kecil, perjalanan 2 jam rasa berbaloi sangat!!! Kami masuk ke perut kapal paling awal.  Duduk sahaja di tempat duduk, kami dihidangkan dengan jus buah-buahan dan tuala basah untuk refreshing sementara menunggu semua penumpang selesai duduk di tempat masing-masing.  








Tempat duduk sangat selesa.  Ruang kaki luas dengan tempat letak kaki dan kerusi yang empuk dan boleh dibaringkan tanpa risau mengganggu penumpang yang duduk di bahagian belakang.  5 jam pun tak terasa kalau macam ni. 




Kami kemudiannya dihidangkan dengan makan tengahari yang sangat sedap.  3 hidangan makanan untuk dipilih dan semuanya dihidangkan dalam set pinggan mangkuk kaca.  Peramugari akan membacakan pilihan menu untuk setiap penumpang Business Class dan bukakan penutup aluminium makanan.  First class servis dia...! 

Saya memilih beef tenderloin steak.  That piece of bun is my all time favourite and here in Business Class they serve it hot.  Sangat fresh dan menyelerakan. 




Cikgu Apit pula memilih nasi dengan kari kambing. Pun sangat sedap!




Winning menu is this marvellous dessert.  Kek gula hangus dengan sos perasa kopi.  Brilliant combination!




Selesai makan tengahari kami dihidangkan dengan minuman panas pilihan.  Black coffee, white coffee, tea and even milo.  Pilih je.  i chose white coffee sambil menonton romantic comedy Philippines movie, Always be my Maybe.  Heaven sangat!  Kami kemudiannya ditinggalkan untuk berehat and have our own privacy.  








Headphone ni hanya diambil betul-betul sebelum kami mendarat walaupun pengumuman pemulangan headphone sudahpun dibuat setengah jam sebelum mula mendarat.  Kalau di Economy Class, pasti headphone ni dah diambil lebih awal.  Dapatlah tengok movie tu sampai habis!  I was having a great time. 

Orang demam ni pula dapat berehat dengan tenang sepanjang perjalanan. Panadol pun saya minta dari pramugari je.  Siap semua!




It's  a great experience travelling with Malaysia Airlines.  I am looking forward for my next Business Class trip.  Nak cuba untuk destinasi mana?  akan difikirkan.... 

Apapun CM nak kata, kalau mampu travel dengan Business Class, just go for it!  Memang berbaloi.  it worth every penny.  Jauh beza dengan Economy Class.   Kalau belum mampu, jom kita usaha sampai mampu.  If you can dream it, you can achieve it! 


Tuesday, 24 May 2016

DINNER IN THE SKY

Teks: Murni Zuriati

24 MAY 2016   Pengalaman baru lagi.... 

Kami berpeluang makan malam pada ketinggian 45m dengan Dinner in the Sky.        Istimewa untuk sambutan Hari Ibu kata Cikgu Apit.  Sebelum in DITS ada di Kuala Lumpur.  Tiket macam pisang goreng panas.  Kami terlepas peluang.  Kerana itu kami teruja nak pergi bila DITS diadakan di Puteri Harbour, Nusajaya. 




Sesampainya di sana, kami terus dibawa ke meja makan dan dipasangkan dgn tali pinggang keselamatan.  Meja makan nampak mewah dengan hiasan ringkas. 22 tetamu duduk mengelilingi meja persediaan chef di tengah-tengahnya. 



Kami kemudiannya diangkat perlahan-lahan. Kerusi sungguh selesa dan 'memegang' badan, meja juga dan khemah sungguh stabil, kmi tak perasan yang kami sudah pun jauh dari tanah.  Rules bila berada di tempat tinggi is 'JANGAN TENGOK BAWAH!' but that's what I did! Huh!!! 




Mula la rasa gayat.  Lagi-lagi CM bukan adventurous type of girl.  Tetapi bila chef dan krew entertain kami dan tengok pula pemandangan Puteri Harbour yang indah, I was getting more comfortable and started to enjoy the dinner. 








Makanan yang disediakan pun sedap dengan rasa mewah.  










Memang terasa suasana makan malam yang berbeza.  Kegelapan malam membantu sangat bagi orang yang takut ketinggian macam saya.  I end up enjoy the dinner.  Siap ada yang melamar girlfriend dia malam tadi. Yang paling kelakar chef annouced ada 2 orang birthday boy.  Rupanya salah seorang tu Cikgu Apit yang birthday dia dah 3 bulan berlalu! Adui! Wrong info.  Sebab CM add on chocholate truffle cake, so mungkin kat situ la mereka confuse! Hahahaha...




RM 599 seorang for me is not only for the meal, but the feelings and most importantly an investment to never grow old as I do new things and insert excitement into my life.  Alhamdulillah...





Saturday, 29 August 2015

MY SECOND CHANEL HANDBAG

Teks: Murni Zuriati 

My first Chanel was the black Classic Jumbo Caviar handbag.  The moment I put it on my shoulder, I felt that I've become another person.  I could feel a new version of me with greater energy. 

Berkenan pada beg tangan saya, CDM Naura Auni dan mentor saya CDM Norazlin Nordin pun nak juga memiliki beg tangan Chanel. So, when we were in Vienna, we went to Chanel boutique to get their first Chanel.  Stocks were quite limited at that time and there was not much choice.  Naura Auni grabbed a black Medium Classic Lambskin Chanel and CDM Norazlin bought a sexy red maxi classic lambskin handbag for themselves.  Me, who was intended to only accompany, eventually get one for myself. 

It's a red Chanel Boy in calf skin with unique grey hardware!!! OMG! I just couldn't take my eyes off it.  Once I looked at myself in the mirror carrying the  red baby, I straight away said, "I take this!"

Here she is...!!! So beautiful and sexy.  I am sharing pictures of her at day 1 in my hands for whoever loves Chanel as well. 

















Wednesday, 21 January 2015

MY FIRST CHANEL HANDBAG: A DREAM CAME TRUE

Teks: Murni Zuriati 

Tiada apa yang mampu diungkapkan, hanyalah terima kasih Ya Allah untuk kasih sayang-Mu.  Satu persatu impian saya tercapai dan saya coretkan di sini agar 'energy' yang sama tersalur pada yang membaca.  

Beg tangan sememangnya minat saya sebagai seorang wanita.  Namun ia tersimpan sekian lama kerana kekangan ekonomi.  Tambahan pula dengan kecerewetan saya dalam memilih.  Namun, ingat lagi ketika berkunjung ke Paris pada tahun 2013, saya beranikan diri masuk ke butik Chanel.  Semuanya menarik perhatian saya dan menjawab segala kecerewetan saya. Tapi, bila saya tahu harganya, terus berfikir-fikir juga nak membeli.  Rasanya baik beli rumah,atau baik beli kereta!  Ketika itu pendapatan saya dan suami baru RM 20,000 sebulan. Tak mampu rasanya nak keluarkan duit pendapatan sebulan untuk membeli seutas beg tangan..  So, tersimpan balik impian tu.  Atas desakan suami, saya pun beli 'purse' Chanel Flora yang rupanya belum ada di Malaysia.   Seronoknya rasa dan sejak itu saya berazam, saya pasti akan beli juga handbag Chanel tu.




My first Chanel purse


Saya cabar diri dan saya anggap itu ukuran kejayaan saya.  Indahnya tentang bisnes, berapa jumlah yang kita idamkan,kita boleh dapatkan dengan syarat,usaha perlu setimpal.  Akhirnya, untuk menutup tahun 2014 yang indah, setelah membeli dan mengubahsuai rumah dan memiliki kereta idaman, seutas beg tangan Chanel Classic Black Caviar kini berada dalam genggaman saya. 




Layanan yang baik di Butik Chanel, KLCC, membuatkan impian saya ini lebih indah.  




Alhamdulillah.  Terima kasih Allah... Saya tak tahu bagi yang lain, tapi bagi saya, saya telah membeli satu lagi impian saya.  Semua itu berlaku dengan izin-Nya, dengan platform Projek STG.  Saya dah rasa indahnya membeli impian.  Saya nak bantu ramai-ramai lagi merasai perasaan itu.  Izinkanlah Ya Allah.  

Bagi yang mempunyai impian yang sama dengan saya, let's take a look at what I have in hand so that you could visualise your dream vividly.



Nice packaging




Menggigil nak buka



Dustbag warna putih.  Berbeza dengan dustbag untuk purse



Surprise to see Coco Chanel sketch and Karl Lagerfeld name on the dustbag



Here's the sweet darling!!!


Money has no value.  The value comes from the dreams money helps you achieved

- Robert Kyosaki

May all your dreams come true as well... Insyaallah. Percaya pada-Nya yang Maha Berkuasa.