24 MAY 2016 Pengalaman baru lagi....
Kami berpeluang makan malam pada ketinggian 45m dengan Dinner in the Sky. Istimewa untuk sambutan Hari Ibu kata Cikgu Apit. Sebelum in DITS ada di Kuala Lumpur. Tiket macam pisang goreng panas. Kami terlepas peluang. Kerana itu kami teruja nak pergi bila DITS diadakan di Puteri Harbour, Nusajaya.
Sesampainya di sana, kami terus dibawa ke meja makan dan dipasangkan dgn tali pinggang keselamatan. Meja makan nampak mewah dengan hiasan ringkas. 22 tetamu duduk mengelilingi meja persediaan chef di tengah-tengahnya.
Kami kemudiannya diangkat perlahan-lahan. Kerusi sungguh selesa dan 'memegang' badan, meja juga dan khemah sungguh stabil, kmi tak perasan yang kami sudah pun jauh dari tanah. Rules bila berada di tempat tinggi is 'JANGAN TENGOK BAWAH!' but that's what I did! Huh!!!
Mula la rasa gayat. Lagi-lagi CM bukan adventurous type of girl. Tetapi bila chef dan krew entertain kami dan tengok pula pemandangan Puteri Harbour yang indah, I was getting more comfortable and started to enjoy the dinner.
Makanan yang disediakan pun sedap dengan rasa mewah.
Memang terasa suasana makan malam yang berbeza. Kegelapan malam membantu sangat bagi orang yang takut ketinggian macam saya. I end up enjoy the dinner. Siap ada yang melamar girlfriend dia malam tadi. Yang paling kelakar chef annouced ada 2 orang birthday boy. Rupanya salah seorang tu Cikgu Apit yang birthday dia dah 3 bulan berlalu! Adui! Wrong info. Sebab CM add on chocholate truffle cake, so mungkin kat situ la mereka confuse! Hahahaha...
RM 599 seorang for me is not only for the meal, but the feelings and most importantly an investment to never grow old as I do new things and insert excitement into my life. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment