Saturday 29 June 2013

Kelas Asas Blog - I am Blessed!!

Teks: Alhamdulillah...  Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi... 

2013 ialah tahun kelima saya dalam bisnes.  Tahun gilang - gemilang secara peribadinya buat saya.  3 tahun pertama saya bertapak dan membina momentum bersama suami.  Pelbagai dugaan hebat harus kami tempuhi kerana pada waktu itu kerana segalanya bergantung kepada temujanji.  Semuanya 'offline'.  Pernah kami pergi ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru untuk memenuhi permintaan seorang rakan yang ingin mendapat penerangan tentang bisnes.  Namun, setibanya di sana, beliau sendiri membatalkan temujanji atas alasan banyak kerja sekolah hendak disiapkan.  Kadangkala terpaksa juga kami redah saja untuk berjumpa dengan teman-teman lama.  Terpaksalah berbual dalam 2 ke 3 jam sebelum bercerita tentang hajat sebenar (yang belum tentu diterima).  Segalanya menuntut masa dan kos.  Apatah lagi ketika itu saya masih lagi bekerja.  Bil telefon mencecah hingga RM300 sebulan, duit minyak lagi, duit belanja prospek makan lagi, tapi bonus??? RM 2000 ke RM 4000 sahaja.

Tahun ke 4 (2012) berniaga, segalanya sudah menjadi lebih mudah.  Media sosial 'Facebook' telah wujud.  Dalam Smart Tycoon Group (STG) pula kami diajar mengenai teknik 'online' bisnes yang luarbiasa hebat iaitu 'Spiritual Online Marketing'.  Pada tahun itulah rangkaian kami mula berkembang. Jumlah jualan kumpulan kami (CAT) telah meningkat mendadak dari RM150, 000 setahun kepada RM2.4 juta!!! Pendapatan tahunan pula meningkat 6 kali ganda dari tahun sebelumnya. Yang paling saya suka, kami dapat semua itu dengan kos yang jauh lebih rendah!!!  Bil telefon? Tidak mencecah RM100 pun.... 


Sebahagian Diamond Leaders yang Lahir dari CAT, STG @ Diamond Night 2013


Benarlah kata mentor saya, mentor Ariffin Shah,

" Ilmu itu hanya akan datang kepada kita apabila kita bersedia untuk menerimanya"

Tahun 2013 ini, saya pasti kerjaya saya ini akan lebih bersinar.  Setelah saya membina rangkaian perniagaan, Allah datangkan 2 orang guru lagi kepada saya, Cikgu Khairunnisa Hamzah dan Sifu Masayu Ahmad.  Dua insan ini bersedia berkongsi ilmu yang sangat mahal mengenai asas blog secara percuma kepada saya!! Terima kasih Allah.  Siapakah mereka ini?  

Pn Khairunnisa adalah seorang rakan saya, yang dulunya seorang arkitek di jabatan kerajaan.  Kini, beliau sudah boleh memilih untuk berkarya dari rumah, bergerak sebagai arkitek secara 'free lance' dan pada masa yang sama menulis blog untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan lain.  Sifu Masayu Ahmad pula, bekas wartawan Karangkraf dan kini bergiat sebagai penulis bebas sepenuh masa.  Setiap komen dari beliau jelas menampakkan profesionalisme beliau.  I can't explain how blessed I am to be guided by them. 

Saya sebenarnya kurang mahir dan kurang minat mengenai ilmu 'online'.  Namun, saya tiada pilihan lain selain melangkah ke dunia tanpa sempadan sekiranya saya ingin berkongsi dengan lebih ramai orang yang mempunyai impian untuk berjaya.  Melalui Kelas Asas Blog, laluan terbuka luas untuk saya meneroka lebih banyak peluang dalam dunia online dan yang beruntungnya saya, saya tidak perlu 'google' sendiri (memang saya tidak akan buat!) untuk menghasilkan blog, tetapi saya ada guru yang sedia menunjukkan jalan.  

Selain guru, saya dapat berkenalan dengan lebih ramai personaliti usahawan lain.  Bukan calang-calang orang, tapi sanggup merendahkan diri dan mengosongkan cawan minda untuk menerima ilmu asas ini.  Bila kenal lebih ramai orang, minda saya jadi lebih terbuka.  Lebih segar dengan idea-idea baru.  I feel like I have been lifted to the next level!!  Saya kini boleh merangka hala tuju yang lebih maksima saya dan rakan niaga dalam rangkaian saya.  Again, thank you Allah.



Terima kasih Kelas Asas Blog kerana memberikan saya ilmu dan pengalaman yang membantu saya pergi lebih jauh, terbang lebih tinggi....  


Monday 24 June 2013

Kenali Murni Zuriati




Teks: Saya adalah seorang wanita biasa yang sentiasa cuba berlari mengejar kejayaan dalam setiap 5 tahun fasa kehidupan.  Murni Zuriati dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kluang, Johor.  Berasal dari keluarga sederhana, menyebabkan saya sentiasa mencari-cari hala tuju saya dalam merubah status keluarga.

Alhamdulillah, pendidikan secukupnya disediakan oleh ibubapa tercinta.  Saya diterima masuk ke Sek. Men. Sains Kota Tinggi setelah menamatkan pendidikan awal di Sek. Keb. Kg. Melayu, Kluang, Johor.  Persamaan yang saya alami di sekolah rendah dan menengah adalah saya sentiasa menjadi antara 10 pelajar terbaik dalam setiap peperiksaan ('result oriented'), selalu menjadi ketua dan fasilitator, dan ada satu lagi sifat yang sentiasa ada pada diri saya, saya teruja untuk membela hak kaum wanita pada setiap masa.  Sebenarnya saya agak pelik bila memikirkan kenapa saya suka segalanya tentang menjadi wanita dan men'jadi'kan wanita lain sejak dulu.  Saya telahpun mendapat jawapannya ketika menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa oleh Dr Azizan Osman (DAO).  Ia sudahpun tertulis dalam tarikh lahir Murni Zuriati.  Suratan atau kebetulan?

Setelah itu, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Awam.  Bukan minat saya, tetapi niat di hati adalah untuk membantu ayah saya yang ketika itu seorang kontraktor pembinaan.  Kenapa saya memilih bidang tersebut walaupun bukan minat saya, kerana saya telah diprogramkan untuk menerima ijazah.  Tidak kira apa bidang yang diceburi, objektif utama adalah untuk memiliki segulung ijazah. Itulah kejayaan stereotaip yang disemai dalam kebanyakan minda anak melayu termasuklah Murni Zuriati bt Mohamed.

Sebelum majlis konvokesyen lagi, saya sudahpun diterima bekerja di Malaysia Marine & Heavy Engineering, sebuah syarikat 'Oil & Gas' di Pasir Gudang, Johor.  Bila di alam pekerjaan, bermulalah siri persoalan bila akan menamatkan zaman bujang.  Bila mula bekerja, barulah saya tahu, bahawa alam pekerjaan yang dibayangkan ketika belajar tidaklah seindah yang diimpikan.  Saya tidak berjaya membuat apa-apa simpanan yang tidak diusik ketika raya ataupun apa-apa acara, apatah lagi simpanan untuk berkahwin. 

Dek kerana keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan simpanan tetap, Allah pertemukan saya dengan mentor Norazlin Nordin yang juga felo saya ketika menetap di Kolej Tun Hussein Onn, UTM melalui tunang saya, Cikgu Apit, yang sedang mencari-cari peluang perniagaan ketika itu. Sesungguhnya aturan Allah adalah yang terbaik.  Beliau sangat berjaya dalam perniagaan sampingan yang beliau ceburi.  Dalam hati, saya sangat yakin beliau adalah insan yang paling tepat untuk membimbing saya ke arah kebebasan kewangan.  Ternyata, gerakan naluri saya benar.  Setelah hanya 3 bulan bersama perniagaan sampingan, saya telah dapat memiliki BMW 3 Series dan berkahwin awal setahun dari yang ditetapkan.  Alhamdulillah...

Kerana perniagaan ini juga saya yakin untuk meletakkan jawatan dari MMHE sementara mendapatkan pekerjaan dari syarikat lain dengan waktu kerja yang lebih sesuai dengan waktu kerja suami saya sebagai seorang guru.  Akhirnya, saya diterima bekerja di Lafarge Concrete (M) Sdn. Bhd. sebagai Traninee Manager.

Being in this group is such a blessing for me.  Kehidupan saya berubah sepenuhnya kerana saya merasakan saya kembali kepada naluri dan minat sebenar saya, iaitu berniaga.  Namun, saya sangat bertuah kerana ini bukan perniagaan biasa yang membiarkan saya jatuh dan bangun bersendirian.  Bukan juga perniagaan yang menuntut saya memberi perhatian sepenuh masa, meninggalkan kerja hakiki dan merisikokan kewangan keluarga.  

Tetapi inilah perniagaan yang mengizinkan saya lebih berjaya dari segi  kewangan, lebih berjaya dalam kerjaya dan lebih bahagia dalam keluarga.  Terasa Murni Zuriati kini lebih lengkap sebagai seorang wanita.  I love my life.  Hidup sangat indah bersama suami dan juga mentor saya, Hafiz Rithduan Malik, serta cahaya mata, Rayf Hezry dan Zaryf Miqael.  Terima kasih kepada Smart Tycoon Group yang menyediakan semua elemen perniagaan (menurut DAO) kepada saya, iaitu ILMU, MENTOR dan SISTEM. 



Berbekalkan ilmu MMR yang diberikan oleh STG, pencapaian saya dalam kerjaya boleh dikatakan luarbiasa. Setelah hanya 2 tahun bekerja di Lafarge Concrete, saya terus dinaikkan pangkat sebagai Southern Region QC Manager, yang mana rata-rata pekerja memerlukan 10 tahun untuk sampai ke tahap ini.  Namun, setelah hampir 2 tahun bergelar QCM, saya meletakkan jawatan setelah kuasa memilih berada di tangan saya.  Saya memilih untuk melakukan apa yang saya suka.  Saya berpegang kepada prinsip ' I get rich doing what I love'.  Saya memilih untuk 'retire young, retire rich'.

Saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang.  Saya menjana pendapatan 6 angka setahun setelah saya melakukan apa yang saya suka.  Saya suka perniagaan dan saya suka membantu orang lain terutamanya wanita menjadi mereka yang lebih baik.  Saya telahpun berjaya membantu beberapa rakan lain untuk meningkatkan keyakinan dan taraf hidup mereka.  Dari pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi dan terbukti merubah hidup saya sendiri, saya kini lebih pakar dalam pengurusan kewangan dan 'people development'.

Secara peribadinya, saya bercita-cita untuk bergelar jutawan pada usia 32 tahun (2 tahun lagi) dan saya ingin melahirkan ramai jutawan muda di bawah bimbingan saya.  Inilah yang mampu saya lakukan sebagai sumbangan saya kepada masyarakat.

Terima kasih Allah, terima kasih mentor, terima kasih STG