Friday, 19 July 2013

DENGAN MMR, KEJAYAAN LEBIH MUDAH - SITI SYAFIAH RADHIAH

Teks:  Gembiranya bila baca posting di FB Wall salah seorang rakan bisnes saya sebelum ini.  Baru hari ini sempat saya kongsikan bersama anda.


Saya sendiri kagum sangat dengan beliau yang sudah saya anggap seperti adik sendiri.  Beliau ialah Siti Syafiah Radhiah...  Beliau adalah rakan kongsi dibawah team adik saya, DSM Siti Nurhafzan.  Beliau sekarang bekerja sebagai Quantity Surveyor (QS) dan sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah secara sambilan.  Pernah sebelum ini beliau kongsi dengan saya bagaimana dalam kesibukan kerja, beliau tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran.  Killer subject pula tu!! Tetapi, apabila keputusan diumukan, beliau mencapai markah tertinggi dalam kelas beliau!!!  Dalam hati saya, " hebatnya budak ni".  Beliau hanya kata, " saya rasa mudah sangat hidup bila dah belajar ilmu MMR. Dulu masa diploma, saya dapat anugerah dekan juga, tapi tidak semudah sekarang".  Again, ANUGERAH DEKAN?!!!!!  Wah, ini bukan calang-calang orang ni.  

Minggu lepas pula, beliau post di FB Wall tentang keputusan peperiksaan beliau yang sangat cemerlang dan mengesahkan ilmu MMR byk membantu beliau!  Tak boleh tahan, saya terus minta beliau kongsi sedikit bagaimana ilmu MMR membantu beliau mengecapi kejayaan sehebat itu dengan begitu mudah.  


Ikuti perkongsian beliau:

"Keputusan SPM saya yang tidak berapa memberangsangkan menyebabkan saya mula jadi 'fighter' dalam pembelajaran.  Bermula dari matrikulasi, saya sudah mencatatkan CGPA cemerlang, 3.77.
Kemudian saya meneruskan pelajaran dalam peringkat diploma di UiTM, Perlis.  Sem 1 saya ambil jurusan Kejuruteraan Awam dan keputusan memang sangat memberangsangkan dengan CGPA 3.97.  Namun, selepas itu saya tukar ke Jurusan Ukur Bahan atas dasar minat.   3 dari 6 sem saya dapat 4 flat, dan saya merupakan antara 5 pelajar terbaik UiTM, Perak.  Ketika konvokesyen, saya pernah ditemubual oleh RTM atas kejayaan cemerlang tersebut.  Gembira sangat masa tu!

Tapi, yang pipih tak datang melayang, yang buat tak datang bergolek.  Semua kejayaan itu saya capai dengan susah payah sebab ketika itu guna otak kiri, otak logik... Nak berjaya mesti kena berusaha keras.  Work hard + work, results are as expected!!

Setelah setahun bekerja, saya sambung belajar sambil bekerja di UTM SPACE KL.  Memang kena berusaha keras apatah lagi perlu berulang alik antara Johor dan Kuala Lumpur.  Namun, saya tetap 'score' seperti biasa.  Setelah berkenalan dengan STG, dan menghadiri MMR awal tahun ini, hidup saya terasa lebih indah.  SAya banyak aplikasikan ketika Sem 2, Tahun 2 yang lalu.  Saya dah mula banyakkan Da|Da dan kurangkan guna otak kiri seperti yang diajar dalam MMR.  hasilnya, kejayaan saya semakin berganda dengan usaha yang lebih mudah berbanding sebelum ini, walaupun dengan profession yang lebih banyak!! Saya adalah seorang QS, saya seorang pelajar cemerlang, dan saya adalah Smart Tycoon Professional Consultant!! Terima kasih Ya Allah.  Skrg CGPA saya 3.88.  Insyaallah akan menerima ijazah yang saya kejar dalam masa kurang dari 2 tahun dari sekarang.


Saya menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran ke Robert Gordon University, Scotland ataupun Harvard University.  Saya pasti akan menjadi antara barisan professor setelah menamatkan pelajaran nanti.  Saya yakin saya boleh mencapai segala kejayaan yang saya impikan.  Dalam pada itu, saya pasti saya boleh memastikan segala yang saya galas ketika ini bergerak seiring.

CAREER NO 1!  STUDY NO.1!  BUSINESS NO. 1!!!

Tq STG kerana membantu saya mengecapi segaa kejayaan dengan lebih mudah.  Segalanya mudah bg Dia... Terima kasih Ya Allah..."


Inilah wajah ceria Siti Syafiah Radhiah.  Jom tap energy beliau....

Hebat kan...  Bagi rakan-rakan yang sedang belajar di mana peringkat pun, anda boleh gunakan slip keputusan beliau yang saya paparkan di atas untuk teknik visualize.  Teknik ini kami ajarkan dalam Signature Program kami iaitu Minda Magnet Rezeki.  Ingin tahu info lanjut mengenai seminar berbisa ini?  Do not hesitate to contact me ok.... :)

***Sharing is caring.  The more we sure, the better the understanding!!***


1 comment:

  1. Assalamualaikum murni...mcmn nk join MMR ni? Saya sedang belajar sambil bkerja jgk

    ReplyDelete