Saturday, 27 July 2013

AUDI A4 . DREAM . ACHIEVEMENT . GLORY.

Teks: Murni Zuriati
 
Alhamdulillah....  Tak cukup ucapan kesyukuran untuk saya panjatkan ke hadrat Ilahi.  Permintaan kami, suami isteri, sekali lagi didengari dan dilayani oleh Tuhan yang Maha Kaya.  

25 JULAI 2013, hari bersejarah.  Hari lahirnya 'new baby' kami, baby A4..... 


Setiap masa, setiap fasa kehidupan, seperti anda juga, kami ada impian yang kami sasarkan.  Salah satu daripadanya ialah untuk memiliki sebuah kereta mewah baru, iaitu Audi A4.  Inilah antara 4 kunci kebahagiaan di dunia yang harus seseorang kecapi menurut hadis Rasulullah s.a.w.  Selain kenderaan yang selesa, 3 lagi kebahagiaan lain ialah rumah yang luas, isteri solehah (bagi lelaki) dan jiran yang baik.  Rumah dan jiran, Insyaallah akan menyusul secepat mungkin.  Sedang menunggu kunci je... Bab isteri solehah tu, sedang diusahakan.hihi... Insyaallah.....

Ada kisah sebenarnya di sebalik kelahiran Hang Jebat kami ni.  Kami betul-betul tidak menyangka sebenarnya kami akan menerima 'dia' secepat ini.  Sebenarnya kami adalah peminat tegar BMW dan kami pun memandu BMW E46 yang kami beli seawal 2 bulan selepas mula bisnes 5 tahun lepas (kereta idaman masa tu).  Saya masih ingat lagi, ketika bulan Mei tahun lepas, buan terakhir saya bekerja di Lafarge Conrete, suami saya ada membawa pulang 'brochure' Audi A4.  Saya betul-betul jatuh hati masa itu dan terdetik untuk membelinya.  Namun, sepanjang tahun ni saya pergi 'survey' BMW untuk dibeli.  Contra kan?! Saya pun pelik kenapa ada sahaja halangan, dan ada sahaja sudut yang saya tak puashati tentang BMW.  Walau bagaimanapun, saya redha saja masa itu sebab saya tahu pasti Allah telah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk saya dan suami.

Suatu hari di awal bulan ni, kami nampak Audi A6 Hybrid di atas jalanraya.  Terasa pula nak pergi melawat Audi Centre untuk tengok-tengok kehebatan Audi.  Kebetulan kami ke Kuala Lumpur atas urusan bisnes. Kami singgah di Audi Centre Glenmarie dan ditakdirkan bertemu salesperson, Mr. Fabian.  Beliau memberitahu kami, Audi A6 Hydbrid sudahpun kehabisan stok dan kemungkinan besar takkan ada lagi selepas ini dan mencadangkan kami membeli Audi A4.  Dek kerana ciri-ciri salesperson yang betul-betul menepati citarasa kami, kami pun membuat keputusan untuk membeli Audi A4.  Terus tempah, mohon pinjaman dan terus dapat kereta dalam masa 2 minggu sahaja!  Just like that!!!! 

With Fabian, our salesperson

Kami percaya itu adalah 'bahasa alam' yang mengatakan Jebat memang milik kami dan inilah pilihan terbaik, Insyaallah.   Saya baru teringat saya pernah terdetik untuk membeli Audi A4 ini tahun lepas, dan kini saya betul-betul dapat apa yang saya fikirkan, walaupun otak kiri saya mengatakan saya minat dan berusaha ke arah memiliki BMW.  Benarlah seperti yang tertulis dalam surah Az- Zariyyat, ayat 22-23;

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.  Maka demi Tuhan langit dan bumi, yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan"

Semuanya terjadi tanpa kebetulan.  Believe in Allah.  Percayalah bahawa semuanya mudah bagi Dia. (sumber: MMR)

Petang itu penuh debaran.  Kami menunggu dari jam 4.30 petang bersama adik ipar, Mohd. Razikin, yang menemani kami meraikan hari bermakna itu.  Tepat jam 7 malam barulah kami berjaya membawa pulang 'our new baby'.  Bukan sahaja kerana proses penyerahan yang agak panjang, tapi kerana ramai rupanya yang menerima kereta baru mereka pada hari itu.   Sibuk betul semua salesperson dan saya diberitahu oleh Fabian, dia perlu menyerahkan kereta pada sebelah malam juga.  Wow!!!  Ramai orang yang berkemampuan, kaya-raya dalam Malaysia ni yang mampu beli kereta berharga ratusan ribu ringgit malah ada yang berharga jutaan ringgit (my dream R8)!  NAMUN, yang saya sedikit sedih, hanya KAMI SAHAJA PEMBELI MELAYU.   Saya berazam, saya akan pastikan selepas ini lebih ramai Melayu mempunyai kuasa memilih! Semoga Allah izinkan... Saya percaya, kalau kita program semula minda kita, Insyaallah, tiada yang mustahil!

Kereta ini bukan hanya sekadar kereta.  Airmata menitis saat mula memandunya.  Inilah lambang susah payah, lambang jatuh bangun kami dalam bisnes, lambang pengorbanan kami yang semakin terbalas.  Kelahirannya bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh saya dan suami, tetapi juga ditunggu-tunggu oleh ramai lagi.  Ditunggu oleh ibu dan bapa kami yang sentiasa mendoakan dan mengharapkan kejayaan kami.  Ditunggu oleh rakan kongsi kami kerana pasti giliran mereka semakin hampir! Ditunggu oleh anak-anak kami yang sentiasa mencari perkara untuk dibanggakan tentang Mummy dan Daddy mereka.  Ditunggu oleh mentor-mentor kami yang sentiasa merasakan kejayaan kami, MARUAH mereka..

Terima kasih Allah.  Pemberian yang sangat mudah bagi Mu ini, sangat tinggi harganya pada kami.    Tangisan dan senyum kegembiraan mereka-mereka yang menunggu tadi, pengubat kepada penat lelah kami selama ini.  Tiada yang lebih berharga dari semua itu.  Inilah kebahagiaan yang saya 'beli' kalau ada yang sering salah anggap duit tidak boleh membeli kebahagiaan.  Kerana itu, kita yang harus menjadi tuan kepada duit, bukan hamba kepada duit.  Namun, harus sentiasa kita sematkan di hati, kita adalah HAMBA KEPADANYA dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang dipinjamkan-Nya.

Ada juga yang bertanya kepada saya, betulkah saya mampu membeli kereta ini hanya dengan pendapatan bersama STG?  Saya hanya jawab dengan senyuman, ini sahajalah satu-satunya bisnes yang akan saya jalankan sehingga bergelar jutawan nanti.  Insyaallah... Saya percaya pada kehebatan fokus.  Alexander Graham Bell pernah berkata, "Sun's rays do not burn until it's brought to a focus!"

Let's have a look at our new baby......













8 comments:

  1. Tahniah cikmun dan cikgu Apit...
    Tap energy banyak2...
    Sangat2 terkesan dgn entry ni...
    In sha Allah..sy antara Melayu yang akan ada kuasa memilih itu..
    cikmun dan cikgu Apit..doakan saya ya..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah..kita sama2 berjaya..itulah yg dilaungkan setiap kali azan.. jom kita bertukar kepada Melayu yang saling membantu, bukan Melayu yg saling menjatuhkan...

    ReplyDelete
  3. Ya cik mun... kita buang jauh jauh melayu yg bnyak phd tu ya... nak jugak tap energy cik mun...

    ReplyDelete
  4. cik mun...TOLONGG kami utk JADI jugak..alirkan ENERGY itu kpd kami..Moga Allah membalas setiap kebaikan itu dengan sejuta Rahmat..Love U..!!

    ReplyDelete
  5. Mentor kami..Cikmun yang mahu melihat Melayu maju..spt siput di dalam baldi..akhirnya semua keluar dg selamat dari baldi..berbanding ketam yg menjatuhkan sesama mereka...akhirnya semua masih di dalam baldi :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah... tap2 energy cik mun... sy pun nak jadi antara melayu yg berjaya Aamiiin..

    ReplyDelete
  7. Takkam melayu hilang di dunia

    ReplyDelete