Saturday, 27 July 2013

Majlis Iftar CDM 2013


Teks:   Setiap hari adalah hari baru buat saya. Hari ini saya belajar lagi benda baru. Banyak perkara baru! Hari ini, 24 Julai 2013, saya bersama suami menghadiri majlis berbuka puasa untuk para CDM di Hotel Summit, Subang Jaya. Kalau dah para CDM yang hadir, pasti energy majlis itu sangat besar. Ketika saya baru mula menapak dalam bisnes ini, saya pernah melihat gambar CDM-CDM STG menghadiri Iftar ini. Dalam hati dan minda saya, saya terus pasakkan, saya pasti akan dijemput ke majlis itu suatu hari nanti!  Saya juga pasti akan berjaya dan menjadi nama besar dalam bidang ini, sebagaimana mereka yang telah berjaya!!


Hasil istiqamah, tahun lepas saya hadir untuk pertama kalinya ke Majlis Iftar CDM, tetapi sebagai pasangan kepada CDM Hafiz Rithduan.   A step ahead!  Tahun ini, Alhamdulillah, rezeki Allah, saya bersama suami, tetapi sebagai CDM Murni Zuriati.  Lebih indah lagi, kakak saya, bakal CDM Murni Hayati, berpeluang juga hadir ke majlis ini bersama suami.  Pasti CDM Ogos 2013!!!  Tahun depan, saya berazam akan memastikan lebih ramai rakan kongsi akn hadir ke majlis ini.


Majlis dimulakan dengan sessi berbuka puasa.  Meriahnya....!  Banyak sangat juadah yang disediakan, sedap2 pula tu!! Terima kasih Allah.. Jarang saya makan betul-betul kalau di hotel sebenarnya.  Tapi kali ini, memang semua makanan saya rasa!!!


Kemudian, semua CDM dijemput bergambar mega di atas pentas.  Ya Allah.... I am proud to be a CDM.  I am proud to be amongst CDM.  Kawan-kawan, jom kita jadi CDM. Indah sangat perasaannya.  I feel very blessed.  It's not easy to get here.  But, once I got here, it's too sweet for me to remember.


Majlis diteruskan dengan tazkirah oleh Ustaz Halim Din, dari Pusat Zakat Negeri Selangor.  Semakin berkobar semangat kami untuk berjuang dalam bisnes setelah mendengar ceramah beliau.  Terasa lebih besar tanggungjawab yang kami galas.  Ramai lagi yang kami perlu bantu dalam JIHAD EKONOMI ini.  Terasa halatuju lebih jelas bila perniagaan ini dikaitkan dengan sentimen Islam.  Betullah kata mentor kesayangan saya, 1 perkara yang mesti kita pegang dalam bisnes,
" Bila kita berniaga, majikan kita ialah Allah.  Ini bukan kerja main-main!"


Akhir sekali, kami dipersembahkan dengan persembahan dari anak-anak yatim yang turut diraikan pada hari tersebut.  Ini memang bahagian yang paling menyentuh.  Airmata menitis bila melihat wajah-wajah ceria mereka yang tiada lagi tempat mengadu.  Sesungguhnya Allah sangat menyayangi mereka.


Dalam majlis tu sempat juga kami sampaikan hadiah Hari Raya kepada mentor CDM Norazlin Nordin, CDM Arifin Shah dan CDM Hjh Atkah sebagai tanda penghargaan atas tunjuk ajar mereka selama ini. Namun, hadiah CDM Hjh. Atkah kami kirim pada CDM-CDM dari pantai timur kerana beliau tidak hadir Majlis Iftar ini dan sedang berada di tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah.  Bestnya..! Tahun depan Insyaallah saya pun akan menyusul untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadhan....

With CDM Norazlin and her lovely gift


CDM Cikgu Apit with CDM Arifin Shah


Special gift sincerely for CDM Hjh Atkah.  Jauh di mata, dekat di hati.


Saya dan suami juga berpeluang makan bersama dan beramah mesra dengan orang-orang hebat di majls itu.

With Tan Sri Osman S. Cassim, Pengerusi Hai O Enterprise


Managing Director of Hai O Marketing


With General Manager of HaiO Marketing, 
Mr Teo Nee Siang (2nd left)


With CDM Ah Hock, CDM otai...


With Dr Kamesah Omar.  Doktor jutawan yang sangat jatuh hati dengan STG.


CDM Norita Razan.  Bekas guru yang berjaya menjadi CDM dalam masa hanya 7 bulan 
secara part time!!!!


Makan semeja dengan CDM Dr Elmy Johana (tengah) dan suami, bakal Dr. Omar Mohd Faizan, 
dan CDM Aisyah Misran.  


Sempat pose sebelum makan... :)


Bergambar bersama sebahagian anak yatim yang diraikan


Semua warga STG yang hadir.  Zapin style!!!


2 comments:

  1. bersama2 org hebat....kita terpaksa jadi hebat
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Bestnya. .. awesome!!♡♥♡♥...

    ReplyDelete