Tuesday 16 July 2013

CDM Cikgu Apit (CAT) Speaker di Penganugerahan SM&SSM 2013

Teks:  Rezeki Ramadhan.... Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, kami sudahpun menerima confirmation daripada HQ, CDM Cikgu Apit bakal menjadi salah seorang CDM yang diberi penghormatan untuk memberikan ucaptama pada majlis Penganugerahan SM&SSM Ogos nanti.  SM dan SSM adalah pangkat pertama dan kedua dalam syarikat.  Ramainya rakan kongsi yang menerima anugerah ini melambangkan ramainya pendatang baru dalam bisnes ini.  Merekalah bakal 'leader' hebat yang akan mencipta nama dan sejarah sendiri dalam bidang ini.

What is so big about being a speaker?

Bayangkanlah, dalam ratusan orang CDM, CDM Cikgu Apit yang terpilih... Bagaimana pemilihan dibuat?

Biasanya syarikat akan pilih CDM dari beberapa 'group' yang beri sumbangan sales terbesar dalam syarikat.  Tahun lepas, otai kita CDM Norazlin Nordin yang diberi peluang untuk memberi ucapan. Tahun sebelum tu pula CDM Elmy Johana... Wah!! Nampak tak?  How strong STG is?  Saya bangga sangat berada dalam STG.  5 tahun bersama STG adalah pengalaman yang terindah dan sangat berharga pada diri saya.


Bersama CDM Norazlin Nordin di Majlis Penganugerahan SM&SSM Sept 2012
(CDM Norazlin beri ucapan masa ni)

STG memang merupakan suatu kumpulan yang mengamalkan 'pure networking'.   Mentor-mentor sentiasa mempamerkan komitmen terbaik dan yang penting mereka sentiasa setia bersama syarikat untuk bertahun lamanya.  Kerana itulah saya sangat yakin, saya pasti dibimbing sehingga berjaya di sini.  Buktinya, kini saya seorang CDM, namun masih lagi dibimbing dan dipimpin rapat oleh mentor saya CDM Norazlin.  

Tak sabar rasanya menunggu majlis gilang-gemilang itu.  Bukan sahaja kerana CDM Cikgu Apit akan beri ucapan, tetapi juga kerana ramai SM dan SSM dari CAT akan menerima anugerah pada malam tersebut.  Puluhan orang dari CATs yang bakal naik pentas nanti adalah bintang-bintang baru CATs yang akan dibimbing sehingga mencapai apa yang mereka impikan;  Time Freedom, Money Freedom!!  This is our promise!  We are really proud of you!!!!

Terima kasih Allah.  Tak terucap rasa syukur pada-Mu.  Semoga usaha kami ini akan diberkati oleh-Mu.


Penerima-penerima Anugerah SM & SSM STG tahun 2012



Penerima-penerima anugerah dari team CAT pada tahun 2012.  Kini majoriti mereka bergelar DSM dan telahpun melahirkan beberapa SM dan SSM di bawah bimbingan mereka.  

No comments:

Post a Comment