Saturday, 13 July 2013

FB Genius JB - Edisi Terakhir Sebelum Ramadhan



Teks: Alhamdulillah...

Signature program STG, FB Genius berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad yang lepas.  Peserta paling ramai dicatatkan sepanjang 2 tahun ini sehingga pihak STG Event Management terpaksa menukar lokasi seminar ke Dewan Seminar, L50, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).  Peserta dari Cikgu Apit Team sahaja (CAT) lebih 50% dari keseluruhan peserta.  Terima kasih Allah.


                Sebahagian CATs di FB Genius, JB

Secara peribadinya, saya sendiri dapat menimba pelbagai ilmu baru dari seminar ini.  Sebagai salah seorang 'Speaker' FB Genius pula, saya dapat merasakan 'energy' yang sangat besar daripada peserta-peserta program tempoh hari.  Rupa-rupanya ramai dari kalangan peserta bukanlah calang-calang orang.  Pelbagai latar belakang mengagumkan telah saya tahu setelah beramah mesra dengan mereka.  Ini kerana, bukan konsultan sahaja yang menghadiri seminar ini.  Ia turut terbuka kepada orangramai yang ingin belajar teknik sebenar berniaga secara 'online', samada mereka sudahpun ada perniagaan sendiri atau masih tercari-cari peluang perniagaan.

FB Genius adalah program yang disediakan untuk para konsultan STG dan mereka yang berminat untuk belajar asas perniagaan secara online.  Semua makluat yang diberikan adalah teknik yang terbukti berkesan berdasarkan platform bisnes STG sebagai 'case study'.  Pelbagai maklumat baru digarap dengan baik oleh para speaker dan juga pengacara majlis. Slot pertama dan yang paling utama, Online Marketing, dimulakan dengan hebat oleh Mentor Norazlin Nordin.  Banyak sangat tips yang beliau kongsikan untuk kita merubah akaun facebook kita kepada mesin ATM! Ada juga sedikit tentang psikologi manusia dan aplikasinya kepada 'online marketing'.  Terujanya kami semua!!!



Pengacara majlis yang juga pakar pengurusan kewangan, iaitu Mentor Ariffin Shah, sempat menyelitkan tips asas pengurusan kewangan sebagai selingan antara slot.  Tips-tips yang sangat mudah untuk diamalkan tapi sangat besar impaknya kepada kewangan kita.  Setelah mengetahui tips mudah ini, saya yakin semua peserta menjadi sangat yakin bahawa semua manusia berhak untuk kaya, perlu menjadi kaya!  Terima kasih mentor...


Slot petang diteruskan oleh Mentor Dr. Elmy Johana, tentang produk-produk hebat dan bagaimana teknik memasarkannya melalui online sehingga orang merayu, 'Juallah kepada saya...!".  Sangat professional!  Maklumlah yang menyampaikannya pun orang professional kan.  Bagi yang belum tahu produk apa untuk dipasarkan secara online, pastinya mereka dapat info dan idea terbaik.  Bagi yang sudah mempunyai produk sendiri pula, mereka dapat aplikasikan teknik pemasaran dan pemilihan produk terbaik untuk dipasarkan sebagai 'Front End Product' dan 'Back End Product'.  Memang ilmu yang sangat baru pada saya.


Saya pula meneruskan kehangatan slot dengan perkongsian tentang sistem.  Berasaskan formula asas yang diberikan oleh Mentor Kekayaan dan Kejayaan, Dr Azizan Osman, setiap perniagaan yang berjaya perlu ada tiga elemen iaitu ilmu, mentor dan sistem.  Oleh itu, tugas saya pada hari tersebut ialah berkongsi dengan para peserta mengenai sistem STG yang sudah terbukti berkesan.  Sistem yang saya kongsikan adalah sistem asas yang STG guna untuk melonjakkan sales dari RM60, 000 kepada RM 1.5 juta sebulan!!!!!


FB Genius diakhiri oleh slot Mentor Cikgu Apit yang berkongsi konsep asas berniaga dengan tenang dan tanpa stress.  Beliau kongsikan bagaimana cara terbaik menjual bisnes dan bukannya produk.  Bagaimana kita boleh menjadi usahawan dan bukannya jurujual.  Keletahnya yang buat semua peserta tak kering gusi memberikan penutup yang sangat bertenaga petang itu  dna menyebabkan semua peserta pulang dengan senyuman dan pastinya dengan semangat juang yang tinggi!


Dek kerana pengisian program yang diadun dengan baik ini, walaupun ada peserta yang sudahpun mempunyai perniagaan sendiri, semua peserta tunggu sehingga program berakhir agar tidak ketinggalan sedikit tips pun.   Di akhir program, hampir kesemua peserta memilih untuk menjadikan STG sebagai salah satu cabang pendapatan tambahan kerana mereka faham tentang konsep 'Multiple Sources Income'.  Kenapa mereka mudah untuk buat keputusan memilih STG? Tentulah kerana konsep perniagaan yang mudah (80% online), mentor yang hebat dan terbukti berjaya, dan 'personal coaching' berterusan sehingga mereka mencapai pendapatan 5 angka sebulan.

Lihatlah wajah ceria peserta-peserta FB Genius tempoh hari.  WE ARE FB GENIUS!!!!! WE CREATE THE EXACT AMOUNT OF OUR FINANCIAL SUCCESS!!!!

Gelombang merah hitam

Sharing session

Lelaki-lelaki macho STG

Lunch time!!

Yakin boleh!


CATs Faces at FB Genius

CDM Cikgu Apit with Dr. Hafiz and Taufik 

Me between the beauty sisters, Cikgu Maria n Pn Maslinah

Leader dari Melaka, DSM Farah Dalila dan anak didiknya Pn. Norasyikin

Geng ustazah dari Port Dickson 


Team DSM Hasliza. Semuanya sister-sister hospital yang marvellous! 
(except En shukry kt tepi tu)

Team DSM Siti Nurhafzan.  Ramai lagi yang tak ada dalam gambar.huhu... 
Hebat perempuan ni!

Biz partner baru saya under team DSM Siti yang ala2 KJ muka dia (tengah)





2 comments:

  1. Hehe..ada terselit gambar sy di kejauhan itu. CDM mun mungkin ingat sy..masa sesi petang sy duk sengsorang sbb kawan2 balik awal..jd CDM duk sebelah sy utk ambil gambar cikgu apit yg tgh closing session :). Sy adore cara CDM mun bg talk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cam... Tp klu jumpa betul2 xtaula boleh cam ke tak.sbb dah makin cun guna bioever n bb plus kan..hihi.... nway, tqvm.. Saya sharing apa yg saya tahu. STG memang best. itulah yang saya nak oranglain rasa... Semoga sharing saya sampai di hati peserta...

      Delete