Thursday, 17 October 2013

SELF REWARD - WAJIB 'SHOPPING' SETIAP BULAN

Teks:  Murni Zuriati



Ramai yang berfikiran, ianya satu kesalahan untuk berbelanja terutama untuk diri sendiri.  Ramai suami geleng kepala bila isteri teringin membeli barang untuk diri sendiri.  Saya pun sama sebenarnya suatu masa dahulu.  Tindakan yang saya rasa betul ini rupanya salah kalau mengikut peraturan pengurusan kewangan.  No wonder my financial status was so bad those times! 

Dulu saya merupakan seorang jurutera di syarikat 'oil&gas' dengan gaji RM2100 sebulan.  Memang cukup-cukup kehidupan masa itu.  Bukan kerana komitmen sendiri yang banyak tapi saya memang jenis yang suka 'menderma' pada orang.  Satu sikap kesukaan saya ialah membahagiakan ibu dan ahli keluarga lain.   Saya tidak berkira untuk memberi pada mereka asalkan mereka gembira.  

Betul.  Memberi pada ibubapa adalah perkara yang baik.  Tapi ada satu kesilapan saya yang besar iaitu MEMBELAKANGKAN KEINGINAN DIRI SENDIRI.

Saya memandu kancil tapi pada masa yang sama saya turut bantu bayar Myvi yang digunakan oleh adik saya.  Saya suka bila dapat membantu meringankan beban keluarga, tetapi ada satu ketika bila saya memandu Myvi tersebut sekali-sekala ketika pulang ke kampung, dalam hati saya terdetik, 
"Nikmatnya dapat bawa Myvi.  Aku kerja penat-penat tapi dapat bawa Kancil je..."




See.... 

Inilah senarionya.   Yang mula memberontak dalam hati itulah kita panggil 'Small Little Voice' (SLV) ataupun 'biawak'.  SLV ini ialah bisikan negatif dari otak kiri kita yang suka menarik kita jauh dari kejayaan.  Tidak dapat dinafikan dalam diri kita ada nafsu.  Kita wajib penuhi permintaan nafsu ini agar SLV tidak lagi mempunyai isu untuk ditimbulkan dalam fikiran kita.  

Bagaimana SLV menarik kejayaan jauh dari kita? 

Bila hati mula memberontak kerana penat kerja tapi tiada hasil, kita akan mula rasa tertekan.  Rasa tertekan terbawa-bawa ketika bersama suami, mengundang pergaduhan dan rasa tak puas hati.  Getaran suami isteri yang kucar-kacir ini menolak rezeki jauh dari kita.  

Bagi yang belum berkahwin pun begitu juga.  'Likes attract likes' (LOA).   Pendek kata 'energy' negatif yang timbul dalam diri kita akan menghalang semua perkara datang kepada kita.

Kerana itulah, salah satu perkara yag perlu dibuat pada setiap bulan ialah MENGGANJARI DIRI agar diri rasa dihargai dan usaha bekerja tidak sia-sia.  Seelok-eloknya, 10% DARI PENDAPATAN WAJIB DIHABISKAN untuk mengganjari diri.  Jumlah yang wajib dihabiskan ini dikenali 'Play Account' ataupun 'Self Reward'. 

Namun, jika kita belum berkemampuan untuk mengasingkan jumlah sebesar itu, mulalah dengan jumlah yang kecil.  Asasnya, pastikan diri kita memliki sesuatu yang kita betul-betul inginkan pada setiap bulan.  Kalau susah juga, buatlah sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.   Contohnya belilah tudung yang mahal sedikit dari yang biasa kita beli, contohnya Tudung Fareeda ke, Ariani ke agar kita rasa gembira.  

CUBALAH BERMULA UNTUK MENGAMALKANNYA.  Sampai satu tahap anda akan mula rasa seronok bila banyak keinginan tertunai.  Anda akan mula terfikir untuk memiliki perkara-perkara yang betul-betul anda inginkan dan mula dapat merasakn betapa seronoknya jika impian-impian tersebut tertunai.  Namun, anda sudahpun terbiasa berbelanja hanya 10% untuk mengganjari diri.  Oleh itu, anda akan mula berfikir bagaimana untuk membesarkan jumlah 10% tersebut.  Bagaimana?
TENTULAH DENGAN MENAMBAH PENDAPATAN!  




Inilah salah satu cara kita memanipulasi minda agar kita lebih berjaya bukan semakin merasa hidup tidak bermakna.  Itulah yang telah berlaku kepada saya.  It really works!!!! Bukankah hidup lebih indah dan tenang jika kita berilmu.  Bersama STG, saya peroleh ilmu, saya peroleh pendapatan tambahan, saya peroleh hidup yang tenang.  Tq Allah. 


No comments:

Post a Comment