Monday, 14 October 2013

SAVING . SEDEKAH . SELF REWARD - HOW TO START???!!!

Teks:  Murni Zuriati

Gaji masuk lagi!!!  Teringat masa zaman bekerja makan gaji dulu.  Setiap bulan saya sentiasa ada azam untuk buat simpanan, sentiasa ada azam untuk ada duit lebih di hujung bulan.  Namun, saya tak pernah berjaya.  Kalau dapat simpan pun, pasti akan digunakan semula ketika lebaran ataupun bila ada majlis-majlis keluarga seperti pertunangan ke, kenduri ke.

Ibu saya seorang surirumah.  Tak pernah bekerja.  Namun, beliau sentiasa ada wang simpanan yang banyak.  Bukan sahaja simpanan, malah barang kemas pun banyak.  Saya selalu hairan bagaimana beliau mampu buat simpanan sebegitu sedangkan saya yang bekerja pun tak mampu.  Satu perkara yang beliau selalu pesan, " Simpan dulu duit, baru bayar hutang..."

Saya jawab ya, tapi dalam hati, "macammana nak buat macam tu?" Gaji saya cukup-cukup untuk bayar hutang dan belanja. 

Akhirnya, saya menemui jawapan setelah menghadiri seminar pengurusan wang.  




Setiap kali terima gaji atau apa-apa sumber pendapatan, kita mesti sentiasa asingkan sebahagian daripada sumber pendapatan kita kepada 3 perkara yang wajib:

1)  10% untuk Simpanan 
2)  10% untuk Sedekah 
3)  10% untuk Self reward 

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau sekiranya anda juga berada dalam situasi saya dahulu (gaji cukup-cukup makan).  Yang penting anda MULA untuk mengasingkan sebahagian duit untuk perkara-perkara tersebut.  

Anda tidak perlu untuk mengasingkan sehingga 30% dari gaji anda sekiranya liabiliti dan perbelanjaan anda lebih dari 70%.
   

MULAKAN untuk:

Menyimpan sekurang-kurangnya RM10 - RM50 sebulan.  Lupakan terus duit tersebut.  Jangan ingat yang anda ada menyimpannya.  

Memberi wang kepada ibu bapa juga dikira sebagai sedekah.  Oleh itu, berilah sebahagian pendapatan anda kepada ibubapa walaupun hanyalah RM10. 

Membeli sesuatu untuk diri anda sebagai bayaran untuk penat lelah bekerja selama sebulan.  Contohnya, belilah sehelai tudung baru, ataupun mendapatkan rawatan di spa kecantikan dan sebagainya semampu anda.  Tak perlu sehingga berhutang ya.  


BUKAN BILA DUIT BANYAK BARU KITA URUS DUIT, TAPI DENGAN URUS DUIT, DUIT KITA AKAN JADI BANYAK....!!!! 

Mungkin juga kerana teknik pengurusan wang yang kurang berkesan menyebabkan kita belum kaya sehingga hari ini.  Oleh itu, mulalah mengurus wang dengan baik agar wang lebih suka utnuk berdamping dengan kita.  Bagi yang belum pernah membaca buku 'The Richest Man in Babylon', orang paling kaya di Babylon hanyalah bekerja sebagai tukang besi!!!  Bayangkan, dengan pengurusan duit yang betul, bagaimanakah keadaan kewangan kita 5 tahun dari SEKARANG. 

DREAM BIG, START SMALL, BEGIN NOW!!!!  




No comments:

Post a Comment