Monday 7 October 2013

Testimoni MMR - Cikgu Dayah - Duit terlebih RM1000 dalam akaun!!

Teks:  Murni Zuriati

Baru 2 hari MMR KL berlalu, banyak testimoni yang telah dikongsikan oleh peserta.  Antara yang menarik perhatian saya adalah perkongsian dari Cikgu Siti Noor Hidayah.  Cikgu Dayah yang saya kenali ketika bulan Ramadhan yang lalu agak pasif dan kurang berkeyakinan.  Beliau merasakan seolah-olah masalah bertimpa-timpa datang kepada beliau dan menjadikan beliau sangat negatif dan tidak berani mengambil apa-apa tindakan dalam meningkatkan kualiti hidup.  

Bertemu dengan STG banyak merubah beliau.  Beliau jadi lebih ceria dan berkeyakinan!  Saya boleh merasakan tenaga postif yang mula hadir dalam diri beliau terutama selepas menghadiri Minda Magnet Rezeki (MMR) pada hari Sabtu yang lalu.  Hari ini, hari Isnin, beliau sudahpun menjadi 'Money Magnet'.  

Inilah perkongsian beliau:

Subhanallah... Meremang bulu roma saya...  Tetiba dalam akaun CIMB ada RM1000!!!!!!

Kesan MMR memang buat saya teruja sangat!  Pagi tadi anak perempuan saya bongkar dompet saya.   Habis semua isi perut dompet tu terkeluar.  Selalunya saya akn marah dan cubit tangan dia.  Then, tadi tengok-tengok duit RM100 tiada, memang selalunya saya menyingalah!  Tapi hari ini, saya tenang sahaja, maklumlah mentor Arifin suruh puasa komplen kan.  Puas saya cari tapi dalam mencari tu, saya pun cakaplah, " takpe nak, dalam akaun CIMB ibu ada duit banyak lagi"...

Tapi sebenarnya ada RM10 je kot.  Kemudian, saya pun bukalah CIMBclicks.  Kebetulan ada orang order bioever.  Sekali tengok..... Wow!!!!!!!!! ada RM1000!!!!  Mana datangnya duit ni?!!  Saya tanya orang-orang yang berkenaan ada bank in duit ke, semua cakap tiada.  Alhamdulillah... 

I am Money Magnet!!!!!!




Inilah ilmu tak logik yang kami ajar dalam Minda Magnet Rezeki.  Ini situasi biasa yang berlaku bila kita pandai memanipulasi minda agar menjadi magnet yang terbaik.  Ramai lagi yang mengalami situasi seperti ini sebelum ini.  Kerana itulah kami katakan, menjemput rezeki itu lebih mudah.  Pastinya segalanya adalah dengan izin-Nya.

Jangan percaya cakap saya, tapi belajarlah dan rasakan sendiri kehebatannya....

No comments:

Post a Comment