Thursday, 17 October 2013

SELF REWARD - WAJIB 'SHOPPING' SETIAP BULAN

Teks:  Murni Zuriati



Ramai yang berfikiran, ianya satu kesalahan untuk berbelanja terutama untuk diri sendiri.  Ramai suami geleng kepala bila isteri teringin membeli barang untuk diri sendiri.  Saya pun sama sebenarnya suatu masa dahulu.  Tindakan yang saya rasa betul ini rupanya salah kalau mengikut peraturan pengurusan kewangan.  No wonder my financial status was so bad those times! 

Dulu saya merupakan seorang jurutera di syarikat 'oil&gas' dengan gaji RM2100 sebulan.  Memang cukup-cukup kehidupan masa itu.  Bukan kerana komitmen sendiri yang banyak tapi saya memang jenis yang suka 'menderma' pada orang.  Satu sikap kesukaan saya ialah membahagiakan ibu dan ahli keluarga lain.   Saya tidak berkira untuk memberi pada mereka asalkan mereka gembira.  

Betul.  Memberi pada ibubapa adalah perkara yang baik.  Tapi ada satu kesilapan saya yang besar iaitu MEMBELAKANGKAN KEINGINAN DIRI SENDIRI.

Saya memandu kancil tapi pada masa yang sama saya turut bantu bayar Myvi yang digunakan oleh adik saya.  Saya suka bila dapat membantu meringankan beban keluarga, tetapi ada satu ketika bila saya memandu Myvi tersebut sekali-sekala ketika pulang ke kampung, dalam hati saya terdetik, 
"Nikmatnya dapat bawa Myvi.  Aku kerja penat-penat tapi dapat bawa Kancil je..."




See.... 

Inilah senarionya.   Yang mula memberontak dalam hati itulah kita panggil 'Small Little Voice' (SLV) ataupun 'biawak'.  SLV ini ialah bisikan negatif dari otak kiri kita yang suka menarik kita jauh dari kejayaan.  Tidak dapat dinafikan dalam diri kita ada nafsu.  Kita wajib penuhi permintaan nafsu ini agar SLV tidak lagi mempunyai isu untuk ditimbulkan dalam fikiran kita.  

Bagaimana SLV menarik kejayaan jauh dari kita? 

Bila hati mula memberontak kerana penat kerja tapi tiada hasil, kita akan mula rasa tertekan.  Rasa tertekan terbawa-bawa ketika bersama suami, mengundang pergaduhan dan rasa tak puas hati.  Getaran suami isteri yang kucar-kacir ini menolak rezeki jauh dari kita.  

Bagi yang belum berkahwin pun begitu juga.  'Likes attract likes' (LOA).   Pendek kata 'energy' negatif yang timbul dalam diri kita akan menghalang semua perkara datang kepada kita.

Kerana itulah, salah satu perkara yag perlu dibuat pada setiap bulan ialah MENGGANJARI DIRI agar diri rasa dihargai dan usaha bekerja tidak sia-sia.  Seelok-eloknya, 10% DARI PENDAPATAN WAJIB DIHABISKAN untuk mengganjari diri.  Jumlah yang wajib dihabiskan ini dikenali 'Play Account' ataupun 'Self Reward'. 

Namun, jika kita belum berkemampuan untuk mengasingkan jumlah sebesar itu, mulalah dengan jumlah yang kecil.  Asasnya, pastikan diri kita memliki sesuatu yang kita betul-betul inginkan pada setiap bulan.  Kalau susah juga, buatlah sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.   Contohnya belilah tudung yang mahal sedikit dari yang biasa kita beli, contohnya Tudung Fareeda ke, Ariani ke agar kita rasa gembira.  

CUBALAH BERMULA UNTUK MENGAMALKANNYA.  Sampai satu tahap anda akan mula rasa seronok bila banyak keinginan tertunai.  Anda akan mula terfikir untuk memiliki perkara-perkara yang betul-betul anda inginkan dan mula dapat merasakn betapa seronoknya jika impian-impian tersebut tertunai.  Namun, anda sudahpun terbiasa berbelanja hanya 10% untuk mengganjari diri.  Oleh itu, anda akan mula berfikir bagaimana untuk membesarkan jumlah 10% tersebut.  Bagaimana?
TENTULAH DENGAN MENAMBAH PENDAPATAN!  




Inilah salah satu cara kita memanipulasi minda agar kita lebih berjaya bukan semakin merasa hidup tidak bermakna.  Itulah yang telah berlaku kepada saya.  It really works!!!! Bukankah hidup lebih indah dan tenang jika kita berilmu.  Bersama STG, saya peroleh ilmu, saya peroleh pendapatan tambahan, saya peroleh hidup yang tenang.  Tq Allah. 


Monday, 14 October 2013

SAVING . SEDEKAH . SELF REWARD - HOW TO START???!!!

Teks:  Murni Zuriati

Gaji masuk lagi!!!  Teringat masa zaman bekerja makan gaji dulu.  Setiap bulan saya sentiasa ada azam untuk buat simpanan, sentiasa ada azam untuk ada duit lebih di hujung bulan.  Namun, saya tak pernah berjaya.  Kalau dapat simpan pun, pasti akan digunakan semula ketika lebaran ataupun bila ada majlis-majlis keluarga seperti pertunangan ke, kenduri ke.

Ibu saya seorang surirumah.  Tak pernah bekerja.  Namun, beliau sentiasa ada wang simpanan yang banyak.  Bukan sahaja simpanan, malah barang kemas pun banyak.  Saya selalu hairan bagaimana beliau mampu buat simpanan sebegitu sedangkan saya yang bekerja pun tak mampu.  Satu perkara yang beliau selalu pesan, " Simpan dulu duit, baru bayar hutang..."

Saya jawab ya, tapi dalam hati, "macammana nak buat macam tu?" Gaji saya cukup-cukup untuk bayar hutang dan belanja. 

Akhirnya, saya menemui jawapan setelah menghadiri seminar pengurusan wang.  




Setiap kali terima gaji atau apa-apa sumber pendapatan, kita mesti sentiasa asingkan sebahagian daripada sumber pendapatan kita kepada 3 perkara yang wajib:

1)  10% untuk Simpanan 
2)  10% untuk Sedekah 
3)  10% untuk Self reward 

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau sekiranya anda juga berada dalam situasi saya dahulu (gaji cukup-cukup makan).  Yang penting anda MULA untuk mengasingkan sebahagian duit untuk perkara-perkara tersebut.  

Anda tidak perlu untuk mengasingkan sehingga 30% dari gaji anda sekiranya liabiliti dan perbelanjaan anda lebih dari 70%.
   

MULAKAN untuk:

Menyimpan sekurang-kurangnya RM10 - RM50 sebulan.  Lupakan terus duit tersebut.  Jangan ingat yang anda ada menyimpannya.  

Memberi wang kepada ibu bapa juga dikira sebagai sedekah.  Oleh itu, berilah sebahagian pendapatan anda kepada ibubapa walaupun hanyalah RM10. 

Membeli sesuatu untuk diri anda sebagai bayaran untuk penat lelah bekerja selama sebulan.  Contohnya, belilah sehelai tudung baru, ataupun mendapatkan rawatan di spa kecantikan dan sebagainya semampu anda.  Tak perlu sehingga berhutang ya.  


BUKAN BILA DUIT BANYAK BARU KITA URUS DUIT, TAPI DENGAN URUS DUIT, DUIT KITA AKAN JADI BANYAK....!!!! 

Mungkin juga kerana teknik pengurusan wang yang kurang berkesan menyebabkan kita belum kaya sehingga hari ini.  Oleh itu, mulalah mengurus wang dengan baik agar wang lebih suka utnuk berdamping dengan kita.  Bagi yang belum pernah membaca buku 'The Richest Man in Babylon', orang paling kaya di Babylon hanyalah bekerja sebagai tukang besi!!!  Bayangkan, dengan pengurusan duit yang betul, bagaimanakah keadaan kewangan kita 5 tahun dari SEKARANG. 

DREAM BIG, START SMALL, BEGIN NOW!!!!  




Monday, 7 October 2013

Testimoni MMR - Cikgu Dayah - Duit terlebih RM1000 dalam akaun!!

Teks:  Murni Zuriati

Baru 2 hari MMR KL berlalu, banyak testimoni yang telah dikongsikan oleh peserta.  Antara yang menarik perhatian saya adalah perkongsian dari Cikgu Siti Noor Hidayah.  Cikgu Dayah yang saya kenali ketika bulan Ramadhan yang lalu agak pasif dan kurang berkeyakinan.  Beliau merasakan seolah-olah masalah bertimpa-timpa datang kepada beliau dan menjadikan beliau sangat negatif dan tidak berani mengambil apa-apa tindakan dalam meningkatkan kualiti hidup.  

Bertemu dengan STG banyak merubah beliau.  Beliau jadi lebih ceria dan berkeyakinan!  Saya boleh merasakan tenaga postif yang mula hadir dalam diri beliau terutama selepas menghadiri Minda Magnet Rezeki (MMR) pada hari Sabtu yang lalu.  Hari ini, hari Isnin, beliau sudahpun menjadi 'Money Magnet'.  

Inilah perkongsian beliau:

Subhanallah... Meremang bulu roma saya...  Tetiba dalam akaun CIMB ada RM1000!!!!!!

Kesan MMR memang buat saya teruja sangat!  Pagi tadi anak perempuan saya bongkar dompet saya.   Habis semua isi perut dompet tu terkeluar.  Selalunya saya akn marah dan cubit tangan dia.  Then, tadi tengok-tengok duit RM100 tiada, memang selalunya saya menyingalah!  Tapi hari ini, saya tenang sahaja, maklumlah mentor Arifin suruh puasa komplen kan.  Puas saya cari tapi dalam mencari tu, saya pun cakaplah, " takpe nak, dalam akaun CIMB ibu ada duit banyak lagi"...

Tapi sebenarnya ada RM10 je kot.  Kemudian, saya pun bukalah CIMBclicks.  Kebetulan ada orang order bioever.  Sekali tengok..... Wow!!!!!!!!! ada RM1000!!!!  Mana datangnya duit ni?!!  Saya tanya orang-orang yang berkenaan ada bank in duit ke, semua cakap tiada.  Alhamdulillah... 

I am Money Magnet!!!!!!




Inilah ilmu tak logik yang kami ajar dalam Minda Magnet Rezeki.  Ini situasi biasa yang berlaku bila kita pandai memanipulasi minda agar menjadi magnet yang terbaik.  Ramai lagi yang mengalami situasi seperti ini sebelum ini.  Kerana itulah kami katakan, menjemput rezeki itu lebih mudah.  Pastinya segalanya adalah dengan izin-Nya.

Jangan percaya cakap saya, tapi belajarlah dan rasakan sendiri kehebatannya....

MMR KL - EDISI TERAKHIR 2013

Teks:  Murni Zuriati



Minda Magnet Rezeki bakal melabuhkan tirai untuk 2013.  Edisi terakhir sudahpun berlangsung di Masjid Jabatan Penjara Kajang pada 5 Oktober 2013 dengan penyertaan paling ramai seramai 228 orang.  'Energy' yang sangat besar dapat dirasakan dari peserta-peserta.  Masing-masing sudah puas menunggu tarikh itu untuk menerima ilmu luarbiasa, bagaimana merubah hidup menjadi restoran. Bagaimana merubah minda menjadi magnet yang menarik hanya apa yang kita kehendaki. 

Pendaftaran dan sarapan bermula jam 8.30 pagi, namun ada peserta yang sudahpun tiba seawal jam 6.30 pagi.  Setinggi-tinggi penghargaan kepada krew-krew yang datang awal untuk memastikan pendaftaran berjalan lancar dan majlis bermula tepat pada masa yang ditetapkan. 



Krew Pendaftaran








Can't wait to start!!


MC hebat.. CDM Cikgu Apit!!! 
Program bermula tepat jam 9 pagi. 




CDM Norazlin memulakan slot pertama... Cuci otak...!





Fokus! Fokus! Fokus!



Mentor Arifin Shah - bersedia untuk programkan minda peserta




Sessi declaration.  Selepas hadir MMR baru saya faham teknik ni 
walaupun dah diajar dari zaman sekolah lagi




We are money magnet!!!




Sessi yang paling ditunggu; WISHCARD!!  
Make whatever wishes, they may come true...Insyaallah....


Antara 105 orang CATs yang hadir ke MMR KL


My new team led by Noraliza Aminuddin from KL



Coming SM,  Azzah yang masih dalam cuti bersalin hadir bersama suami tercinta



My ex-dorm mate at SAKTI, Dhiya Marzuki (left) with her leader Nik Nurfarhana



Team Ustazah Jaedah (2 dari kanan) yang datang dari Port Dickson



Leader hebat Haidiahvita datang dari JB untuk bertemu rakan kongsi yang hadir especially this one, 
Cikgu Roziyana yang juga rakan sebilik beliau ketika di UTM.  So sweet!



Konsultan hebat, Masirah Sidik.  Disaat orang lain memberi alasan untuk hadir ke seminar kerana
ada anak kecil, beliau tiada halangan langsung walaupun beliau yang jaga anak orang (baby sitter)



Team dari Penang led by Nadhirah Jamian (right)



Ola Rozita - Tiada halangan untuk hadir walaupun sudah sarat mengandung.  
Ambil kesempatan untuk programkan minda anak sejak dari dalam kandungan



Team Farah Dalila yang hadir dari Melaka (right)
Sis Fuziah (2 dari kiri) hadir untuk tingkatkan jualan popia melalui teknik MMR.








Thursday, 3 October 2013

CATs August Achievement - MAC Lipglass

Teks: Murni Zuriati

STG is doing real networking business... Gembira sangat. Setiap bulan ada sahaja cerita dan pencapaian yang menarik.  Pada saya, perniagaan bersama STG sangat stabil.  Saya sendiri pun betul-betul tidak menyangka kami sehebat ini.  Seperti yang semua tahu, Hari Raya disambut pada bulan Ogos.  Oleh itu, pihak syarikat menjangkakan ada penurunan jumlah jualan pada bulan Julai (Ramadhan) dan Ogos.  But guess what?  That did not happened in STG.  

Pada bulan Ramadhan sales CAT sahaja mencecah RM510, 000, meningkat RM 150,000 dari bulan sebelumnya.  Pada bulan perayaan pula iaitu bulan Ogos, pencapaian jualan CAT ialah RM430, 000.  Turun sedikit sahaja dari Julai dan itu hanyalah hasil kerja untuk 2 minggu!!!!  Oleh itu, seharusnyalah CAT members yang menyerlah diberi penghargaan.  

Hadiah pencapaian dari CAT pada bulan Ogos ialah lipglass (lipstick + lipgloss) dari M.A.C.  Hadiah ini diberikan kepada SSM ke bawah yang mencapai jualan kumpulan RM15,000 ke atas dan kepada DSM ke atas yang mencapai jualan kumpulan RM30,000 ke atas (bersesuaian untuk tempoh 2 minggu bekerja).


Setinggi-tinggi tahniah kepada



1)  SSM Hasliza Jamil (Pekerja swasta, JB)




2)  SSM Yusliza Tajuddin (Surirumah, KL)




3)  SSM Fauziah Abdullah (Penjawat awam, Putrajaya)




4)  SSM Norfaizirin Elias (Pegawai bank, Kluang)




5)  SSM Syahidah Hassan (Ustazah, Kluang)




6)  DSM Kintan Salleh (Guru, JB)




7)  DSM Mazliana Mohd Dom (Pensyarah, Batu Pahat)




8)  DDM Siti Fathimah Shahimi (Surirumah, Pahang)

Tahniah juga kerana naik ke pangkat DDM pada bulan Ogos yang lalu.  Double happiness!! One more step towards passive income! 



Go Go CATs!!! Together to the top!! Winning is teamwork!  Bisnes mesti happy maa...!!


Kalau anda lihat, mereka datang dari pelbagai latarbelakang.  Ada yang berniaga bersama STG secara sambilan dan ada yang sepenuh masa.  Kerana itulah saya katakan, orang yang layak berniaga bersama kami adalah MEREKA YANG NAK dan SEDIA DICOACH!  Let's be with us...





Memorable Korea - Journey to the South

Teks:  Murni Zuriati

Bercuti di Korea with VVIP Free Trip merupakan 1 kenangan terindah bagi saya.  Masih ingat lagi ketika mula2 berniaga, kami ke Umrah suami isteri je.  Kemudian ke Vietnam kami pergi bersama 7 orang rakan kongsi.  Meningkat hampir 2 kali ganda bila ke Guangzhou kami membawa 13 orang rakan kongsi dan ke Korea, 1 bas!!!!!!  38 orang delegasi CAT merupakan sebahagian hampir 200 orang warga STG yang melayakkan diri ke Seoul, Korea baru-baru ini.

The more the merrier!!!! Memang sangat seronok.  Kami berkumpul di KLIA jam 8 malam 15 September 2013.  Gamat KLIA dibuatnya.  Makin rasa bersemangat untuk tiba di Korea.


C for CATs


Mr President, u get caught!



Sementara menunggu flight, alas perut dulu di Noodles, KLIA... Yummy!!!



Kami duduk dengan DDM Siti Fathimah yang saya pernah jumpa 2 kali je.  
Totally online business!!



Mentor Lin n Arifin with their son.  Hadiah sebab score straight A's in UPSR



DSM Famiza bukan sahaja bawa suami dan ibu beliau (middle) 
tapi juga bawa baby (still inside tomei tummy)! So sweet....



Ni semua geng2 bising dalam flight.  Tapi pastu senyap, tidur...huhu







Ehem2!!! Honeymoon mode activated..... 




Perjalanan ke Seoul mengambil masa 6 jam.  7 pagi (waktu Korea), here we are!!!!!


Incheon International Airport, Seoul, Korea


Kejutkan orang Korea pagi-pagi, kecoh airport diserang STG


Sebahagian CAT di hadapan Incheon Airport


Us too...Honeymoon mode activated.. :)