Friday 6 September 2013

Minda Magnet Rezeki

Teks:  Murni Zuriati



Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR) ialah salah satu 'signature programs' STG.  Sejujurnya saya akui, seminar inilah yang banyak merubah hidup saya menjadikannya seindah sekarang.

Bagaimana?

Faktanya, minda kita ini berfungsi seumpama magnet.  Malangnya selama ni, minda kita banyak menarik perkara yang tidak diingini ke dalam hidup kita.  Ini kerana kita sendiri, sebagai tuan minda kita, tidak tahu bagaimana cara untuk mengawal minda kita agar menarik hanya perkara yang kita benar-benar inginkan.  Dalam MMR, kami diajar cara termudah untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan datang kepada kita dan jadikan hidup kita seumpama restoran.  Order je dapat!!! Inilah kehebatan minda kita sebenarnya.   Segala yang berlaku dalam hidup kita adalah tanpa kebetulan.  Segala yang berlaku adalah hasil daripada apa yang kita fikir dan ucapkan selama ini.

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.  Maka demi Tuhan langit dan bumi, yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan."
Surah:  Az- Zaariyat 
Ayat:  22-23

Kalau anda perasan, semua orang yang berjaya dalam dunia ini memang mengaplikasikan ilmu kuasa minda ini.  Cuma mereka sedar atau tidak.  Dengan itu kejayaan yang dikecapi itu akan cepat atau tidak.  Alangkah indah bila kita faham ilmu ini, dan boleh menarik kejayaan datang kepada kita lebih cepat dari yang logik akal kita fikirkan.  

Apa yang saya dapat?

Ketika saya bekerja di Lafarge Concrete, saya bermula sebagai seorang Trainee Manager pada tahun 2009.  Trainee Manager ialah orang-orang yang dirangkakan bakal menjadi antara pengurus di syarikat tersebut dalam masa beberapa tahun.  Tahun kedua saya memilih untuk bertugas sebagai QC Executive dan pada ketika inilah saya mula belajar ilmu MMR.  Dalam MMR ada 1 sesi untuk menulis 'wishcard' di mana kita boleh tulis apa sahaja yang kita inginkan dalam masa setahun tanpa mengambil kira isu logik.  Salah satu wish saya yang paling saya rasa tak logik ialah
'Saya adalah QC Manager - Southern Region sebelum  bulan Jun 2011'
Kenapa tak logik?  Pangkat yang saya terima ini selepas hanya 2 tahun ini adalah pangkat yang mungkin akan saya dapat dalam 5 ke 8 tahun lagi (provided that I am qualified for the title).  Surprisingly, pada bulan Mac 2011, saya telahpun menerima surat kenaikan pangkat dari eksekutif kepada QC Manager - Southern Region, awal 3 bulan dari yang saya minta (even minta dengan ragu-ragu!).  Terima kasih Allah.

Inilah yang kita maksudkan dengan, 'anda terpaksa bahagia dan berjaya setelah mengaplikasikan ilmu MMR'.   Alhamdulillah, saya mencipta kejayaan yang saya inginkan lebih cepat dari yang saya sangkakan.  Dan kerana inilah kami rasa, setiap individu wajib belajar dan memahami ilmu ini.  Dengan ilmu ini, anda boleh menarik 5K iaitu Kebahagiaan, Kejayaan, Kekayaan, Kesihatan dan Keberkatan dengan lebih mudah. Insyaallah.....

Banyak lagi yang anda 'terpaksa' dapat bila menghadiri MMR:

             Mendidik anak menjadi lebih mudah.  Anak-anak lebih cemerlang dalam akhlak dan 
             juga pelajaran

             Hubungan suami isteri 'terpaksa' menjadi romantik, mesra dan bahagia.

             Duit 'terpaksa' datang melekat-lekat kepada anda dari semua arah

             Kerjaya anda 'terpaksa' lebih menyinar dari orang lain

             Impian anda 'terpaksa' menjadi realiti lebih cepat dari apa yang anda sangkakan

             Hidup anda lebih tenang, tanpa stress



Siapakah penceramah MMR?



Penceramah MMR adalah pasangan suami isteri yang hebat, Puan Norazlin Nordin dan En.Arifin Shah.  Mereka adalah golongan professional yang juga mentor hebat dalam STG.  Mereka adalah antara sebab mengapa saya sendiri tertarik untuk hadir dan seterusnya mengaplikasikan ilmu MMR ni.  Ini kerana mereka adalah penceramah yang telahpun membuktikan mereka telah berjaya setelah mengaplikasikan ilmu-ilmu yang mereka kongsikan.  Mereka telah berjaya melonjakkan sales bulanan mereka dari RM60, 000 sebulan kepada RM1.3 juta sebulan dalam masa kurang dari 2 tahun.  Mereka membuktikan bahawa teknik-teknik yang mereka kongsikan dalam MMR adalah teknik-teknik yang paling mudah dan paling berkesan untuk kita menjadi 'Raja' kepada minda kita.













12 comments:

  1. assalam. Bleh sy tau cmna nk join seminar ni?

    ReplyDelete
  2. salam sis Gee, sis boleh add friend dgn saya di FB. Nama FB sy Murni Zuriati. Then sy akn PM details ttg seminar ni...

    ReplyDelete
  3. salam, bleh email details ttg bisnes puan,cam menarik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..sy emailkan jer.. utk lebih mudah, sis boleh tinggalkan nama fb sis ataupun sis boleh pm sy di fb Murni Zuriati

      Delete
  4. Replies
    1. Sis, di Penang tiada. sis boleh hadir ke lokasi terhampir iaitu di KL pada 6 Disember ini

      Delete
  5. MMR terakhir tahun 2014 adalah di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur.
    pada 6 Disember 2014..

    Boleh pm saya di Murni Zuriati jika berminat

    ReplyDelete
  6. slm sis..bleh tak sy nak minta sis kongsi ilmu MMR

    ReplyDelete
  7. slm sis..bleh tak sy nak minta sis kongsi ilmu MMR

    ReplyDelete
  8. Saya berminat utk join seminarMMR ni..Boleh saya tahu bagaimana cara nk join?

    ReplyDelete