Monday, 25 November 2013

Hadiah dan Cabutan Bertuah yang Dipilih

Teks: Murni Zuriati

Saya adalah magnet rezeki!  Saya boleh menarik apa sahaja yang saya mahukan (dengan izin-Nya)!

Inilah yang berlaku apabila kita menggunakan teknik Neuro Linguistic Programming (NLP) yang diberikan dalam STG Signature Program, Minda Magnet Rezeki.  Banyak keajaiban yang berlaku kepada saya dan saya rasa seolah-olah saya adalah orang yang sangat berlainan sekarang.

Dari kecil saya sebenarnya adalah orang yang kurang 'bertuah' dari segi cabutan bertuah.   Saya tidak pernah memenangi apa-apa cabutan bertuah pun, walaupun untuk hadiah yang kecil.   Tetapi segalanya berbeza dengan apa yang berlaku di Hari Anugerah CDM yang lalu.  Hari tersebut sangat bermakna bagi saya.  Bukan sahaja kerana hari itu adalah  hari yang lambang puncak kejayaan dalam perniagaan ini, ia lebih bermakna disebabkan penghargaan yang tidak terhingga yang ditunjukkan oleh rakan-rakan kongsi saya.  Saya dihujani ucapan tahniah, terima kasih, jambangan bunga dan juga hadiah-hadiah istimewa.  Apa yang menjadikannya lebih manis ialah hadiah-hadiah tersebut seperti 'ditempah' oleh saya sendiri.  Saya kongsikan dengan anda apa yang menarik di sebalik hadiah-hadiah tersebut.

Cabutan bertuah pertama saya, Penapis Air Bio Aura berharga RM 2080. 




Saya bakal melangkah masuk ke rumah baru awal tahun depan.  Oleh itu, memang ada niat untuk mempunyai satu Bio Aura baru sebagai pelengkap kediaman.  Bila nombor-nombor cabutan bertuah diumukan, dalam hati saya berkata, " seronoknya orang yang dapat Bio Aura 'free'".  Saya memang tidak ambil berat sangat tentang cabutan bertuah.  Maklumlah, memang tak pernah dapat.  Nombor cabutan bertuah pun saya serah pada PA saya untuk urusan penebusan 'doorgift'.  Sebelum balik, alangkah terkejutnya saya bila PA saya menyerahkan Bio Aura pada saya dan berkata, " Cik Mun menang Bio Aura!!!!".  Ya Allah.  Seronoknya.   Inilah pertama kali menang cabutan bertuah dengan hadiah yang seolah-olah dipilih sendiri oleh saya.


Pen dan buku nota Sheaffer




Pen yang biasa saya gunakan untuk 'business presentation' sudah kehabisan dakwat dan saya memang terfikir untuk membeli yang baru ketika lalu di kedai pen.  Namun, saya tidak sempat untuk singgah ke kedai tersebut kerana sibuk dengan persiapan hari anugerah.  Saya juga ada terlintas untuk membeli sebuah buku khas untuk mencatat segala nota yang diperolehi di kelas.  Pada hari Anugerah CDM, hadiah pertama yang saya terima adalah pen dan buku nota  Sheaffer ini dari suami tercinta dan juga CDM pertama di bawah rangkaian perniagaan saya iaitu CDM Murni Hayati yang juga kakak saya sendiri.  Terima kasih atas hadiah yang istimewa ini.  Sokongan dan kasih sayang kalian sebenarnya sudah lebih dari cukup.  Thank you so much!! 


Minyak wangi Chanel Chance 




Ini adalah parfum kegemaran saya dan saya baru sahaja kehabisannya.  Namun, saya tangguhkan untuk membeli kerana saya masih mempunyai minyak wangi Signorina, Salvatore Ferragamo dan juga Lancome.   Rasa nak menitis airmata bila lihat beg kertas Chanel dalam tangan DSM Kintan dan jambangan bunga pada DSM Haidiahvita.  Terharu sangat dengan kejutan yang mereka buat di SGC Skudai.  Terima kasih.  Tak sangka sangat dengan penghargaan ini terutamanya bila hadiah itu juga dari Sister Zalilah yang tidak dapat hadir ke Hari Anugerah CDM untuk meraikan saya.  Terima kasih atas ingatan anda semua.  Sayang sangat DSM-DSM saya!  



Jam tangan Roscani




Sebelum mengahdiri SMILE di PWTC semalam, ketika memilih jam tangan yang bakal digunakan, saya ada terfikir untuk membeli jam tangan baru, sekadar menambah koleksi.  Rupanya, tak perlu pun beli, sebab saya dapat PERCUMA!!!!  Saya menerima seutas jam tangan Roscani dari team Bioever Siti Fathimah.  Terima kasih DSM Famiza, DSM Fauziah Abdullah, SSM Wahidah Zainal, SSM Zatyhanayu, SM Iznurul, SM Zaihanizah, SM Izatul Iffah, SM Wan Ruhaniah atas penghargaan dan tanda ingatan anda semua.  I don't have any good words to say.  Thank you so much! 


See....!

Inilah bezanya bila kita tahu bagaimana untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan.    MMR merubah saya menjadi magnet rezeki.  Menarik material yang saya idamkan datang kepada saya secara percuma.  Lebih indah lagi bila saya boleh menarik bahagia juga bersama material tersebut.  Indah sungguh hidup bertuhan.  Benarlah semua yang berlaku benar-benar seperti apa yang kita ucapkan (fikirkan).  Terima kasih Allah atas keluasan rezeki-Mu.  

MMR perlu dipelajari dan difahami oleh setiap individu.  Master your mind, design your destiny! 





2 comments:

  1. Congratulations cik mun....sgt inspiring....Semoga suatu hari nanti mary boleh jugak attend MMR...:)

    ReplyDelete