Monday, 25 November 2013

Hadiah dan Cabutan Bertuah yang Dipilih

Teks: Murni Zuriati

Saya adalah magnet rezeki!  Saya boleh menarik apa sahaja yang saya mahukan (dengan izin-Nya)!

Inilah yang berlaku apabila kita menggunakan teknik Neuro Linguistic Programming (NLP) yang diberikan dalam STG Signature Program, Minda Magnet Rezeki.  Banyak keajaiban yang berlaku kepada saya dan saya rasa seolah-olah saya adalah orang yang sangat berlainan sekarang.

Dari kecil saya sebenarnya adalah orang yang kurang 'bertuah' dari segi cabutan bertuah.   Saya tidak pernah memenangi apa-apa cabutan bertuah pun, walaupun untuk hadiah yang kecil.   Tetapi segalanya berbeza dengan apa yang berlaku di Hari Anugerah CDM yang lalu.  Hari tersebut sangat bermakna bagi saya.  Bukan sahaja kerana hari itu adalah  hari yang lambang puncak kejayaan dalam perniagaan ini, ia lebih bermakna disebabkan penghargaan yang tidak terhingga yang ditunjukkan oleh rakan-rakan kongsi saya.  Saya dihujani ucapan tahniah, terima kasih, jambangan bunga dan juga hadiah-hadiah istimewa.  Apa yang menjadikannya lebih manis ialah hadiah-hadiah tersebut seperti 'ditempah' oleh saya sendiri.  Saya kongsikan dengan anda apa yang menarik di sebalik hadiah-hadiah tersebut.

Cabutan bertuah pertama saya, Penapis Air Bio Aura berharga RM 2080. 




Saya bakal melangkah masuk ke rumah baru awal tahun depan.  Oleh itu, memang ada niat untuk mempunyai satu Bio Aura baru sebagai pelengkap kediaman.  Bila nombor-nombor cabutan bertuah diumukan, dalam hati saya berkata, " seronoknya orang yang dapat Bio Aura 'free'".  Saya memang tidak ambil berat sangat tentang cabutan bertuah.  Maklumlah, memang tak pernah dapat.  Nombor cabutan bertuah pun saya serah pada PA saya untuk urusan penebusan 'doorgift'.  Sebelum balik, alangkah terkejutnya saya bila PA saya menyerahkan Bio Aura pada saya dan berkata, " Cik Mun menang Bio Aura!!!!".  Ya Allah.  Seronoknya.   Inilah pertama kali menang cabutan bertuah dengan hadiah yang seolah-olah dipilih sendiri oleh saya.


Pen dan buku nota Sheaffer




Pen yang biasa saya gunakan untuk 'business presentation' sudah kehabisan dakwat dan saya memang terfikir untuk membeli yang baru ketika lalu di kedai pen.  Namun, saya tidak sempat untuk singgah ke kedai tersebut kerana sibuk dengan persiapan hari anugerah.  Saya juga ada terlintas untuk membeli sebuah buku khas untuk mencatat segala nota yang diperolehi di kelas.  Pada hari Anugerah CDM, hadiah pertama yang saya terima adalah pen dan buku nota  Sheaffer ini dari suami tercinta dan juga CDM pertama di bawah rangkaian perniagaan saya iaitu CDM Murni Hayati yang juga kakak saya sendiri.  Terima kasih atas hadiah yang istimewa ini.  Sokongan dan kasih sayang kalian sebenarnya sudah lebih dari cukup.  Thank you so much!! 


Minyak wangi Chanel Chance 




Ini adalah parfum kegemaran saya dan saya baru sahaja kehabisannya.  Namun, saya tangguhkan untuk membeli kerana saya masih mempunyai minyak wangi Signorina, Salvatore Ferragamo dan juga Lancome.   Rasa nak menitis airmata bila lihat beg kertas Chanel dalam tangan DSM Kintan dan jambangan bunga pada DSM Haidiahvita.  Terharu sangat dengan kejutan yang mereka buat di SGC Skudai.  Terima kasih.  Tak sangka sangat dengan penghargaan ini terutamanya bila hadiah itu juga dari Sister Zalilah yang tidak dapat hadir ke Hari Anugerah CDM untuk meraikan saya.  Terima kasih atas ingatan anda semua.  Sayang sangat DSM-DSM saya!  



Jam tangan Roscani




Sebelum mengahdiri SMILE di PWTC semalam, ketika memilih jam tangan yang bakal digunakan, saya ada terfikir untuk membeli jam tangan baru, sekadar menambah koleksi.  Rupanya, tak perlu pun beli, sebab saya dapat PERCUMA!!!!  Saya menerima seutas jam tangan Roscani dari team Bioever Siti Fathimah.  Terima kasih DSM Famiza, DSM Fauziah Abdullah, SSM Wahidah Zainal, SSM Zatyhanayu, SM Iznurul, SM Zaihanizah, SM Izatul Iffah, SM Wan Ruhaniah atas penghargaan dan tanda ingatan anda semua.  I don't have any good words to say.  Thank you so much! 


See....!

Inilah bezanya bila kita tahu bagaimana untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan.    MMR merubah saya menjadi magnet rezeki.  Menarik material yang saya idamkan datang kepada saya secara percuma.  Lebih indah lagi bila saya boleh menarik bahagia juga bersama material tersebut.  Indah sungguh hidup bertuhan.  Benarlah semua yang berlaku benar-benar seperti apa yang kita ucapkan (fikirkan).  Terima kasih Allah atas keluasan rezeki-Mu.  

MMR perlu dipelajari dan difahami oleh setiap individu.  Master your mind, design your destiny! 





Wednesday, 13 November 2013

Nurul Hidayah Khairuddin

Teks: Murni Zuriati



Perjalanan singkat wanita ini dalam rangkaian kami amat menarik perhatian saya.  Nurul Hidayah Khairuddin baru sahaja manjadi sebahagian keluarga besar STG bulan Julai yang lalu.  Beliau mula menggunakan produk-produk hebat daripada STG dan mula rasa suka untuk berkongsi kehebatannya dengan rakan-rakan.




Dalam kesibukan sebagai pegawai di Pejabat Agama Kluang, guru kelas mengaji dan ketua kumpulan Yassin, beliau telahpun mencapai hasil jualan sebanyak RM 17,000 pada bulan Ogos. Itupun hanya melalui perkongsian cerita tentang kehebatan produk dengan rakan-rakan.  Mudah betul bila produk yang diniagakan sangat berkualiti dan 'boleh bercakap sendiri'.




Keterujaan beliau terhadap potensi perniagaan ini semakin meningkat dek pencapaian bulanan yang diluar jangkaan.  Beliau lebih berani dan yakin untuk terus berjaya dengan perniagaan ini.  Pada bulan September pula, beliau bersinar dengan kejutan hebat buat CAT dan STG.  Beliau terus mencecah pangkat kedua iaitu Senior Sales Manager (SSM - jumlah jualan rm60,000) tanpa sempat merasa berada di pangkat pertama iaitu SM!  Bulan Oktober yang lalu beliau semakin hampir mencapai pangkat ketiga iaitu Diamond Sales Manager (DSM) dan yang paling indah ialah beliau juga layak mendapat tiket percutian percuma 5 bintang ke Gold Coast, Australia!!!!

Pada saya, inilah hasil keinginan yang sangat-sangat kuat, fokus pada matlamat, komitmen yang tinggi dan berpaut teguh pada nasihat mentor.  Beliau juga ada suami, ada anak kecil, ada kerjaya, namun semua itu tidak menjadi pencuri impian beliau.  Malah , itu semualah alasan terbesar kenapa beliau perlu berjaya!   Betul, bukan senang untuk berjaya.  Ada pengorbanan yang perlu dibayar untuk merasai kemanisan setiap kejayaan.  Namun, perjalanan ke puncak kejayaan lebih mudah bila ada tangan yang sentiasa sudi menghulurkan bantuan dan ada hati yang betul-betul tahu apa yang kita mahukan.



Setinggi-tinggi tahniah juga untuk 'leader' beliau, DDM Siti Nurhafzan kerana berjaya bersama 'team'.  Inilah budaya STG.  Kita berjaya dan kita heret sekali rakan kongsi untuk berjaya bersama....

Let's be with CAT-STG. Your achievable dreams are unlimited!  Jangan malu-malu untuk bertanya.  Jangan ragu-ragu untuk bermula.  

Friday, 1 November 2013

Dress for Anugerah CDM 2013

Teks:  Murni Zuriati 

Anugerah CDM 2013...

Inilah acara yang ditunggu-tunggu secara peribadi oleh saya.  Inilah masanya untuk meraikan pencapaian tertinggi dalam bisnes ini.  So, baju mesti 'vogue' kan. 
Tapi, boleh pula saya terlupa nak tempah baju untuk majlis ni.  Dek sibuk dengan jadual harian yang padat, saya hanya sempat cari baju kurang sebulan dari majlis.  Tak fikir lain, terus buat keputusan untuk sewa sahaja sebab memang kebanyakan butik tak mampu menyiapkan tempahan dalam masa yang sangat singkat.

But Alhamdulillah...Suddenly we came across this boutique, Dewi Sofea in Shah Alam.  Lebih best lagi, tak perlu sewa.  They accept order!!!!  So, dapatlah saya tempah ikut saiz saya yang sebenar.  Siap ada designer yang lukis design baju on the spot macam yang biasa tengok dalam tv.  Harga pula memang sangat berpatutan.  Hanya XXXX ... Best!!!!

They were very friendly.  Kami jumpa kakak kepada Datuk Z (owner of the boutique) ketika datang untuk tempah.  Beliau sangat peramah dan merendah diri.  Rasa macam berada dalam family sendiri je buat bising dalam tu.  We had a very good time together!!  Puashati sangat!



Yang duduk tu ialah kakak kepada Datuk.  
Yang berdiri di belakang dia ialah Wawa, staf butik yang so friendly




This is my designer, Ika.  Young and talented.




Ini baju yang ditaja untuk Natasha Hudson.. So beautiful...




Naura Auni bergambar dengan baju yang ditaja untuk Kilafairy... Tap energy slim!


Can't wait to be in their dress... !  Semoga semuanya berjalan lancar kerana Hari Anugerah CDM is once in a lifetime opportunity...  Tahun depan, saya ingin sangat bawa rakan-rakan kongsi yang akan naik pentas CDM 2014 ke sini.  Who will be those lucky business partners?  Anybody...!  

** Do contact me if you are seeking for passive income opportunity