Teks: Murni Zuriati
CDM ke empat dalam CAT tinggal jauh di Kuantan, Pahang. Surirumah graduan yang membuktikan sesiapa sahaja boleh berjaya bila berbisnes dengan STG. Welcome to CDM Club, CDM Siti Fathimah Shahimi.
Beliau telahpun bergelar CDM pada bulan Mac 2015. Namun kami belum berkesempatan untuk makan bersama sebagai satu pasukan untuk meraikan kejayaan beliau. Tambahab pula beliau baru sahaja melahirkan anak ke pada bulan yang lepas.
Dengan izin-Nya, pada Ogos 2015 yang lalu, kami dapat bertemu di Kuala Lumpur. Jam 2 petang kami sama-sama mengelolakan kelas di Kajang. We were so excited to see her in her new handsome black Vellfire! Rasa nak menangis melihat tanda kejayaan beliau. I am so proud of her.
Sejurus selepas kelas, kami terus menuju ke tempat istimewa yang saya tempah khas untuk CDM CAT, Atmosphere 360, KL Tower atau lebih dikenali sebagai Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama kami semua menjejakkan kaki di sini. We were so excited once we reached there. Cikgu Apit and I wanted them to feel very appreciated and have unforgettable moment here.
Setibanya di sana, kami terus menerima tiket yang ditempah untuk 6 orang dan disambut mesra oleh pekerja di sana. Makin teruja untuk ke restoran dan makan malam pada ketinggian 282m dari aras laut.
Berkongsi lif bersama pelancong asing membuat kami rasa bangga berada di salah satu mercu kebanggaan Malaysia. Setibanya di tingkat restoran, kami terus dibawa ke meja kami yang ditempah bersebelahan tingkap agar kami boleh menikmati pemandangan malam Kuala Lumpur yang sungguh indah.
Sebelum makan, saya mengambil peluang menyampaikan hadiah yang saya janjikan untuk rakan kongsi yang berjaya mencapai pangkat tertinggi, CDM pada tahun 2015 ini, iaitu sebuah I-Phone 6! Semoga hadiah ini akan memberi semangat untuk beliau lebih berjaya di masa akan datang bersama CAT dan STG.
|
CDM Siti Fathimah with her gold I-Phone 6 |
|
1st CDM couple of CAT berlatar belakangkan KLCC |
Selepas makan malam, kami ke tingkat bawah untuk ke 'Observation Platform' melihat pemandangan malam Kuala Lumpur dengan teropong yang disediakan di sini.
|
3rd CDM of CAT, CDM Naura Auni with her beloved husband at Observation Platform of KL Tower |
|
4th CAT CDM, with her husband and one of her kids, Aisya. |
|
Fridge magnet |
We headed home with huge energy that night. We believe that we could achieve more success in the future. We will utilize different strength of each of us to fly higher and higher. Insyaallah...
Terima kasih Allah untuk nikmat ukhwah dan kemewahan rezeki ini.