Wednesday 24 September 2014

SHANGHAI FREE TRIP: ORIENTAL PEARL TV TOWER

Teks:  Murni Zuriati 


Oriental Pearl TV Tower adalah salah satu mercu tanda di Shanghai.  Ini adalah antara tempat wajib dilawati jika berada di Shanghai.. Bangunan setinggi 468m ini adalah bangunan ketiga tertinggi di dunia.  Bangunan ini siap dibina pada tahun 1994.  Alhamdulillah, berjaya juga saya menjejakkan kaki di sini selepas 20 tahun pembinaannya.  Terima kasih kepada STG kerana memberi saya peluang ini. Kalau tidak, tak tahulah bila saya akan mampu ke sini.




Pengalaman berada di sini sangat bermakna untuk saya.  Ia sangat terkenal dengan 'hanging corridor' yang menguji ketakutan kita pada ketinggian.  Mendengar cerita dari rakan-rakan yang pernah sampai ke sini, saya juga rasa sangat teruja.  Setibanya kami di situ, kami di bawa ke 'sighseeing floor' yang terletak pada ketinggian 263m.  Lif yang digunakan di bangunan ini sangat canggih sehingga tidak terasa kami sedang dibawa naik ke pencakar langit itu.  Di sini kami dapat melihat bandar Shanghai dari atas.   Ada beberapa teropong yang disediakan untuk melihat bandar Shanghai yang berada di bawah dengan lebih jelas.  Bayaran yang dikenakan adalah RMB 1 untuk 30 saat.




Kemudian kami di bawa ke aras yang berketinggian 259m di mana terletaknya 'hanging corridor'.  Mula-mula melihat ke bawah menerusi lantai kaca, gayatnya!!!  Tapi mesti rugi kalau tidak mencuba pengalaman sekali seumur hidup ini.  Saya cabar diri untuk berdiri dan bergambar disitu.  Inilah masanya untuk saya melatih diri melawan ketakutan.  Teringat kata-kata Mentor Ariffin Shah, orang berjaya tetap mempunyai ketakutan, tetapi ketakutan tersebut tidak menghalangnya untuk bertindak.  

"I ACT IN SPITE OF FEAR!!!"



















2 comments:

  1. oh tidak. takutnya aku melihat hanging corridor itu...

    ReplyDelete
  2. mmg takut!!!! masa mula2 nk pijak rasa nk jatuh sbb building tinggi mmg berhayun utk allow stability dia. tp tula cabarannya! bila dh berjaya lakukan, seronok sgt!!!

    ReplyDelete