Friday 16 May 2014

FIRST BUSINESS TRIP TO KUANTAN - Dinner

Teks: Murni Zuriati

16 Mei 2014.  Hari pertama kami ke Kuantan untuk 'business trip'.  Esok bakal diadakan Preview Percuma Seminar Minda Magnet Rezeki.  Julung-julung kali kami adakan atas permintaan ramai.
Kami tiba di Kuantan jam 6 petang tadi. Setelah merehatkan badan di hotel, tiba masa untuk makan malam.  Business with pleasure....!!

Tempat yang dicadangkan oleh kebanyakan rakan-rakan kami, Ana Ikan Bakar Petai.  My simple comment about the food here, FRESH AND DELICOUS!!

Inilah yang kami pilih untuk makan malam kami.  Sedikit sahaja tapi kami balik dengan perut yang sarat dan mata yang berat. 



King of the night, Ikan Bakar Petai.
Lain dari yang lain.  Sambal ikan bakar yang sedap dengan hirisan petai.  
Tak perlu lagi cicah dengan sambal kicap!



Sotong goreng tepung.  
Sotong yang lembut diselaputi tepung yang garing.



Ketam masak telur masin.
Isi ketam yang banyak dan manis menyebabkan kami perlu habiskan 
banyak masa menikmati hidangan ini.
Memang sedap!




Keropok lekor dengan sos yang sangat sedap. Berbeza dengan rasa keropok lekor di Mersing.  Masing-masing ada identiti sendiri.



Sata yang sangat 'fresh' dan super sedap!!!
Isi ikan yang manis dengan cukup rasa pedas cili dan perasa lain. 



Kawan-kawan yang berkunjung ke Kuantan, pastikan anda singgah ke sini.  Walaupun tempat duduk sentiasa penuh dengan pelanggan, layanan mereka tetap terbaik.  
Sedap dan cepat.  Harga pun berpatutan!
Alhamdulillah.  Terima kasih Allah.

....Business with pleasure....


2 comments:

  1. Perghhhh.....br share gambar ngencis dah terliur dah ni...in sha Allh pasti sampai ke sana.

    ReplyDelete
  2. sedapnya , meleleh air liur tgk, tak pernah jumpa lagi ikan bakar petai..nampak sedap
    Jemput datang ke blog kait saya, segalanya tentang kait, he2 http://dalilayusof.blogspot.com/
    selain itu, saya juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa, menjual produk sempena raya seperti kuih raya. Berminat masak sendiri nasi arab di rumah, boleh dapatkan pes nasi arab, lengkap dengan rempahnya sekali. berminat hubungi saya.

    ReplyDelete