Resepi yang ringkas sangat tetapi sangat sedap. Sesuai untuk ibu-ibu bekerjaya yang berkejar dengan masa. Bahan-bahan yang diperlukan pun sedikit sahaja.
Resepi ini sesuai untuk hidangan 4 orang. Sediakan 450g udang. Buang separuh kulit dan belah belakang supaya nampak cantik. Gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng sekejap sahaja. Ketepikan udang.
Untuk sambal, sediakan 3 sudu cili kisar, 1 sudu bawang merah (dikisar), 3 sudu air asam jawa (sederhana pekat). Tak perlu bawang putih ya.
Tumis cili kisar bersama bawang kisar tadi. Lagi sedap kalau menggunakan minyak yang digunakan untuk goreng udang tadi. Ini bahagian paling kritikal bila masak sambal. Pastikan cili betul-betul masak. Untuk itu, cili mesti seimbang dengan minyak. Cili nampak garing dan warna lebih gelap seperti ini 👇🏼
Bila cili telahpun masak, masukkan air asam jawa dan sedikit air masak. Kalau anda suka bawang, boleh hiris bawang besar dan masukkan sekali. Gaulkan. Diikuti dengan udang kemudian gaul rata.
Terus perasakan dengan garam, ajinomoto (pilihan) dan gula. Kalau anda guna garam buluh tak perlu letak ajinomoto pun sedap! Garam letak sedikit sahaja kerana minyak udang dan udang sudah masin. Gaul rata dan siap...!