Saturday, 7 December 2013

PENCERAMAH MMR - MENTOR ARIFIN SHAH - DARI SEORANG ENGINEER OIL & GAS KE ENGINEER MINDA & MARKETING

Teks:  Murni Zuriati

Ini merupakan salah seorang penceramah untuk Seminar Minda Magnet Rezeki.  Ikuti biografi ringkas tentang beliau.


"Lebih 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang Gas dan Minyak sebagai 'Instrumentation and Control Engineer'.  Skop kerja saya ialah memastikan dan memprogramkan pelantar minyak di tengah lautan supaya boleh 'berfikir sendiri' dan bertindak sendiri tanpa bantuan manusia.  Ini adalah salah satu cara mengurangkan tenaga kerja dan mengurangkan kos operasi.  Contohnya, jika berlaku kebakaran, sistem pelantar minyak boleh memadamkan sendiri api tersebut.  Hebat bukan? 

Apabila saya mula belajar mengenai bagaimana memprogramkan semula minda manusia daripada negatif kepada positif seperti mindpower, NLP, ESQ, Otak Kanan dan sebagainya, saya mudah untuk faham kerana tidak banyak perbezaan berbanding tugas saya dahulu.  Cuma dahulu saya memprogramkan robot, kini saya memprogramkan manusia.  Pastinya minda manusia lebih hebat kerana manusialah yang mencipta robot!  Minat yang semakin mendalam terhadap ilmu minda manusia telah menyebabkan saya sanggup berhabisan berpuluh ribu ringgit untuk mempelajarinya.  

Kini, saya telah melepaskan jawatan sebagai jurutera gas dan minyak dan bertukar menjadi JURUTERA MINDA, juga JURUTERA BISNES.  I am a transformer!

Sebenarnya saya suka dunia gas dan minyak yang dikatakan sebagai industri kedua tercanggih selepas industri angkasa lepas.  Dari segi gaji bulanan juga saya kira agak besar.  Gaji terakhir saya sebelum melepaskan jawatan adalah RM15,000 walaupun hanya bergelar 'Senior Engineer' sahaja.  Namun, saya terpaksa berkorban menjadi 'weekend husband' dan berulang-alik antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur.  Setiap malam sebelum tidur saya termenung dan berdoa agar saya tidak begini selamanya.  I miss my family.  Saya ingin melihat anak-anak membesar depan mata.

Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan dan kini hampir setiap masa saya bersama keluarga.  Berniaga sepenuh masa dan bekerja dari keselesaan rumah dengan adanya teknologi internet.  Saya juga dapat melancong 2 ke 3 kali setahun ke luar negara bersama keluarga.  Baru terasa indahnya hidup ini.  I love my life!  Saya gembira dengan kerja saya sekarang kerana dapat menambahnilai hidup oranglain.  Benarlah kata orang, kepuasan rohani adalah dengan memberi. 

Bukan niat saya untuk riak atau menunjuk.  Kisah saya tidaklah sehebat mana berbanding oranglain.  Namun, saya harap ini dapat memberi sedikit inspirasi bagi yang memerlukan."

Sharing with love
Engineer Smart Arifin
Spiritual Entrepreneur, Trainer and Success Coach