Saturday, 26 April 2014

MAKANAN JEPUN PERTAMAKU

Teks: Murni Zuriati


Tekak Melayu saya ni memang tak boleh menerima makanan Jepun dari kecil.  Lagipun saya kurang didedahkan dengan makanan sebegitu.  Paling saya tahu pun sushi yang dijual dalam paket di Jusco.  Belum sempat telan, pasti saya luahkan balik.  Oleh itu, memang saya tidak pernah berhasrat untuk melawati mana-mana restoran makanan Jepun.

Namun, peluang ada di mana saja.  Ketika saya bekerja di Lafarge Concrete, saya dipelawa oleh majikan untuk makan tengahari di restoran makanan Jepun, Nihonkai di Bandar Sunway.  Berdebarnya rasa. Nak dibantah, itu majikan.  Walau bagaimanapun, majikan saya seolah-olah boleh membaca debaran yang terpamer di wajah saya.  Beliau bertanya, "do you eat Japanese food?"  Saya terus jawab, "Never!" Dengan harapan mereka tukar fikiran dan makan di tempat lain.  Tapi jawapan mereka, "don't worry, you'll surely eat this one!"

Saya pun ikutlah.  Mesti kena tunjukkan yang saya seorang pekerja serba boleh.  Saya minta mereka pilihkan makanan untuk saya kerana saya memang langsung tak tahu tentang makanan Jepun.  Menanti dengan penuh debaran. 

Menu pertama tiba.  Sushi timun.  Saya cuba.  Sedapnya!  Majikan saya hanya tersenyum.  Saya makin teruja untuk mencuba set makanan tengahari yang mereka pilih untuk saya iaitu ikan bakar dan nasi putih.  Memang sedap sangat dan rasa sangat sihat.

Sekarang kami sekeluarga minat sangat makanan Jepun dan sudah mula pergi ke pelbagai restoran lain.  Tetapi, pada pendapat saya Restoran Nihonkai tetap menyediakan hidangan segar yang terbaik dengan suasana kondusif yang membuatkan kita berasa seperti di kawasan perkampungan di Jepun (although I've never been there).

Bagi yang mula ingin merasai makanan Jepun untuk pertama kali, saya cadangkan anda ke restoran ini.  Anak-anak saya pun suka ke sini.  Mari saya tunjukkan antara menu untuk amateur yang anda bole cuba.  Menu-menu ini adalah antara menu wajib jika kami berkunjung ke sini. 



Makan tengahari biasanya dihidangkan dalam bentuk set begini.
Ini ialah set ikan bakar "Saba Shioyaki'



Inilah rupa 'Soba Shioyaki'. Kulit ikan tu pun sedap dan garing



'Sliced beef' ini ada juga dalam bentuk set makan tengahari. Bukan dagingnya sahaja yang super lembut dan sedap, bawang-bawang dia pun sedap!



Ini ialah sotong goreng tepung yang tidak berminyak sangat.  Nama dia Ika Geso. 


Makanan kita bukan dihidangkan kosong begitu sahaja.  Ada menu-menu sampingan yang menjadi penyedap kepada hidangan kita, antaranya:


Wasabe yang dihidangkan bersama kicap soya.  Tetapi jangan ambil terlalu banyak, berasap hidung nanti!



Ni saya tak tahu.  Saya cuma panggil dia sambal belacan.  Tapi sebenarnya dia diperbuat dari sayuran seperti lobak dan kubis



Jeruk timun Yang ringan sahaja rasanya



Miso sup terbaik di dunia saya.
Saya pernah cuba miso sup di Korea, memang tak setanding Miso Sup di sini.



Ini pula 'Soft shell crab maki'.  Ketam yang sangat gemuk dibungkus dalam nasi sushi yang sedap dan seaweed yang segar
Selain ketam anda juga boleh mencuba menu udang, 'Ebi Tempura Maki'.



Inilah pemilik kedai ini.  Antara sikap beliau yang paling saya suka ialah beliau kenal semua pelanggan tetap beliau dan ingat menu yang biasa mereka order.  Tidak hairanlah kenapa kedai ini dibanjiri pelanggan setiap hari. 

Sunday, 20 April 2014

TARIKH DAN LOKASI SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI SEBELUM HARI RAYA 2014

Teks: Murni Zuriati


Seminar Minda Magnet Rezeki kini diadakan di 4 daerah iaitu Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.  Fenomenanya, setiap kali MMR, pasti peserta melebihi jangkaan.  Untuk memudahkan anda memilih lokasi dan menyusun perjalanan anda, saya sediakan tarikh dan lokasi Seminar MMR untuk rujukan anda.  Tarikh-tarikh telahpun ditetapkan sehingga sebelum Hari Raya Aidilfitri 2014 seperti berikut. 

Klik pada 'link' disediakan untuk pertanyaan lanjut ataupun pendaftaran



MAC 2014



Tahniah kepada hampir 100 orang peserta Seminar Minda Magnet Rezeki 
di Safira Country Club, Pulau Pinang pada 8 Mac 2014 yang lalu.




Tahniah kepada hampir 300 orang peserta Seminar Minda Magnet Rezeki 
di Hotel New York, Johor Bahru pada 21 Mac 2014 yang lalu.



APRIL 2014



klik untuk info lanjut
26 APRIL 2014 (SABTU)
9 PAGI - 6 PETANG



MEI 2014



klik untuk info lanjut
10 MEI 2014 (SABTU)




klik untuk info lanjut
23 MEI 2014 (JUMAAT)



JANGAN LEPASKAN PELUANG  .   DUNIA MILIK ORANG YANG BELAJAR  .
THE MORE YOU LEARN, THE MORE YOU EARN!!

Saturday, 19 April 2014

PREVIEW MINDA MAGNET REZEKI (MMR)

Teks: Murni Zuriati


Seminar Minda Magnet Rezeki semakin mendapat tempat di hati ramai.  Bermula dari hanya satu lokasi iaitu di Johor Bahru, permintaan semakin meningkat sehingga seminar hebat ini 'terpaksa' diadakan di lebih banyak tempat iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.  Insyaallah MMR akan mula diadakan di pantai timur tanah air pula...

Dek kerana testimoni Seminar MMR yang sangat hebat sehingga seakan-akan tidak masuk akal, ramai yang semakin berminat untuk tahu bagaimanakah seminar satu hari dan sangat murah ini boleh memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan seseorang.  Kami di Smart Tycoon juga merasakan semua individu wajib belajar ilmu yang luarbiasa ini.  

Oleh kerana itu, kami ingin membawa MMR lebih dekat dengan orang ramai dengan cara mengadakan PREVIEW MMR secara PERCUMA! 



APA YANG AKAN ANDA DAPAT DARIPADA PREVIEW MMR? 

  • Latar belakang tentang apa itu Seminar Minda Magnet Rezeki
  • Mengapa hidup kita dipenuhi dengan masalah ketika ini
  • Konsep asas tentang minda.  Apa yang dimaksudkan dengan 'Konsep Ladang'
  • Teknik-teknik mudah agar doa kita 'dilayan' dengan cepat oleh Allah S.W.T
  • Rahsia untuk hidup sentiasa tenang 
  • Rahsia bagaimana menjadikan kerjaya, keluarga, bisnes, diri sendiri sebagai no 1


LOKASI-LOKASI REVIEW MMR BERHAMPIRAN ANDA.

KLIK 'LINK' LOKASI UNTUK PERTANYAAN LANJUT


 

                
                                 KAJANG, SELANGOR                        KOTA KINABALU, SABAH
                                    6 APRIL 2014                                   12 APRIL 2014


     


                                      SKUDAI, JOHOR                             KUANTAN, PAHANG
                                      6 MEI 2014                                    17 MEI 2014    



PREVIEW PUN ADA TESTIMONI?!

TERBARU!!!! Hanya selepas menghadiri Preview MMR yang TANPA SEBARANG BAYARAN ini, inilah hasilnya.... 

Ikuti perkongsian Pn Kaslia selepas menghadiri Preview MMR bersama suami beliau di Kota Kinabalu (KK) pada  12 April 2014 yang lalu.  Untuk pengetahuan semua, Pn Kaslia telahpun menghadiri Seminar MMR di KK sebelum ini berseorangan dan tempoh hari beliau mengajak suami pula untuk menghadiri preview.   Niat asal ke preview hanya untuk mendengar-dengar dulu tentang MMR.  Untuk betul-betul hadir ke Seminar MMR, belum tentu lagi kerana kekangan kewangan.  Alangkah terkejutnya Pn Kaslia dan suami bila preview MMR yang PERCUMA ini terus menampakkan perubahan dalam hidup mereka sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari dewan preview.   Tak sabar saya hendak berjumpa dengan pasangan hebat ini di Kota Kinabalu pada 10 Mei 2014 nanti. 




JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. 

>>THE MORE YOUR LEARN, THE MORE YOU EARN<<  
>>DUNIA MILIK MEREKA YANG BELAJAR!<<

Friday, 18 April 2014

PRE-MATERNITY PHOTOS

Teks: Murni Zuriati

Alhamdulillah... Dapat juga merakamkan gambar semasa mengandung walaupun ketika mengandungkan anak ketiga.  Kedamaian Kundasang sememangnya menggamit 'mood' untuk bergambar walaupun kepenatan kerana kami ke sana atas urusan perniagaan, bukan untuk bercuti.  Disebabkan tanpa perancangan rapi, gambar-gambar ini bukanlah diambil oleh juruganbar professional. 

Rakaman kenangan Mummy dan Daddy untuk Baby Girl dan abang-abangnya juga.  Baby, you are already 5 months in my tummy at this moment.  I love you so much! 















Sunday, 23 March 2014

APA ITU KEBEBASAN KEWANGAN?

Teks:  Murni Zuriati

Ramai yang berkata saya ingin jadi kaya.  Saya ingin bebas berbelanja.  Saya ingin jadi jutawan!  Saya ingin bersara awal!  Jadi, apakah target kewangan anda sebenarnya?  Kaya? Bebas berbelanja? atau Jutawan?  Bagaimana dan bilakah masa yang sesuai untuk anda bersara awal? 

Dalam usaha kita untuk mencapai sesuatu, perkara pertama yang kita perlu tahu ialah menetapkan matlamat.  Untuk menetapkan matlamat, kita perlulah tahu apakah matlamat itu sebenarnya.  Jika kita ingin kaya, apakah definisi kaya pada kita sebenarnya.  Kita mungkin ingin menjadi jutawan, tapi jika kita tidak tahu langkah-langkah yang perlu untuk bergelar jutawan, kita pasti merasakn matlamat tersebut sangat sukar dicapai. 

Oleh itu, dalam entri kali ini ingin saya kongsikan apakah definisi sebenar kebebasan kewangan dan apakah langkah-langkah yang perlu kita lalui sebelum bergelar seorang jutawan yang mampu bertahan lama.  Tips-tips ini saya perolehi dari mentor-mentor kewangan saya terutama mentor Arifin Shah yang juga mentor STG. 




Jika kita ingin mempunyai lebih pilihan dalam hidup, kita perlulah berada pada tahap bebas kewangan. Apakah yang dimaksudkan dengan bebas kewangan?  Ada yang fikir bebas kewangan ialah apabila kita bebas hutang.  Oleh itu, ada yang sanggup melupakan impian untuk memiliki gaya hidup yang mereka inginkan kerana ingin membeli kenderaan atau rumah secara tunai.  Mungkin anda akan bebas hutang, tetapi hakikatnya dalam jiwa anda akan memberontak.  Ketidakseimbangan ini adalah tidak bagus.  Kerana itu kita perlu faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bebas kewangan.  Penulis buku Rich Dad, Poor Dad iaitu Robert T. Kyosaki telah mendefinisikan bebas kewangan seperti berikut.


KEBEBASAN KEWANGAN   =   PENDAPATAN PASIF  >  JUMLAH PERBELANJAAN (FINANCIAL FREEDOM)            (PASSIVE INCOME)                 (TOTAL EXPENSES)


Anda akan dikatakan mencapai kebebasan kewangan apabila anda mempunyai pendapatan pasif yang melebihi jumlah perbelanjaan bulanan anda.  Pendapatan pasif ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan tanpa perlu bekerja untuk mendapatkannya contohnya anda ada rumah yang disewakan, ada pelaburan yang mendatangkan keuntungan, anda berniaga perniagaan rangkaian dan sebagainya. 

Sebagai contoh, sekiranya anda sekarang sedang bekerja dengan pendapatan bulanan RM 2,000.  Jumlah perbelanjaan bulanan pula ialah RM1,500.  Bilakah anda boleh membuat pilihan untuk terus bekerja atau meletakkan jawatan?  Jawapannya ialah apabila anda mempunyai pendapatan pasif yang melebihi RM 1,500 sebulan.  Sekiranya anda ialah seorang surirumah, anda boleh mengambil kira jumlah perbelanjaan bulanan yang perlu ditanggung oleh suami sebagai penanda aras samada anda telah mencapai kebebasan kewangan ataupun tidak.  Sekiranya anda ingin gaya hidup mewah yang anda inginkan, kira berapa jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan untuk gaya hidup tersebut dan bersedialah untuk BERSARA AWAL!!!! 

Robert T. Kyosaki telah menggambarkan dengan jelas dalam permainan Cash Flow yang diciptanya, sekiranya seseorang itu hanya bergantung kepada pendapatan aktif, mereka dikatakan masih berada di dalam 'Rat Race'.  Sekiranya anda berpeluang bermain permainan ini, anda akan faham apa rasanya berlari dalam kitaran 'Rat Race', menunggu gaji bulanan yang sukar untuk meningkat tetapi perlu membayar jumlah perbelanjaan yang boleh meningkat dari bulan ke bulan.  Bagaimana laju pun anda berlari, kadangkala duit sentiasa tidak mencukupi sehingga mungkin tiada peruntukan yang mencukupi untuk melakukan kerja kebajikan.  Namun, dengan pengurusan kewangan yang betul, anda mampu untuk keluar dari kitaran 'Rat Race' tersebut walau berapa pun gaji bulanan anda.  Apabila anda sudahpun mempunyai pendapatan pasif yang mencukupi, anda akan keluar dari 'Rat Race' dan mula merasai nikmat mencapai kebebasan kewangan. 






FORMULA KEBEBASAN KEWANGAN





Semoga tips ini membantu rakan-rakan bekerjaya yang sering terfikir-fikir bilakah mereka boleh bersara awal.  Saya sudahpun bersara awal dengan mengamalkan formula ini.  Jangan segan-silu untuk bertanya saya bagaimana perniagaan rangkaian boleh menjadi salah satu cabang termudah untuk mencapai pendapatan pasif.  Semoga kita semua menjadi Muslim yang bijak ekonomi dan menguasai ekonomi.  Insyaallah.

Wednesday, 12 March 2014

BOLEHKAH ADIK-BERADIK BERADA DALAM SATU BISNES YANG SAMA?

teks: Murni Zuriati

Alhamdulillah.  Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan kurniaan rezeki-Nya selama ini.  2013 yang lalu adalah tahun bertuah di mana akhirnya, kesemua adik-beradik saya sudahpun berada bersama-sama saya dalam perniagaan ini. 

Pencapaian ini luarbiasa bagi saya!  Mungkin ramai kawan-kawan yang pernah menjalankan apa jua jenis perniagaan terutama perniagaan rangkaian faham apa yang saya rasakan.  Mereka pasti tahu betapa sukarnya meyakinkan adik-beradik sendiri untuk bersama-sama menjalankan perniagaan dalam platform yang sama.  Untuk pengetahuan semua, saya telahpun berniaga bersama STG selam 6 tahun.  Saya fokus kepada satu jenis perniagaan sahaja kerana saya yakin pada kuasa istiqamah, saya tahu apayang bakal saya genggam dengan bersabar (berdasarkan apa yang dicapai oleh mentor-mentor) dan kerana saya bukan jenis yang mudah terlibat dengan apa jua jenis perniagaan.  Pada saya, sekali saya menjalankan sesuatu perniagaan, saya mesti menjadi jutawan dari perniagaan tersebut, barulah saya akan pelbagaikan jenis perniagaan.  

Dalam 6 tahun, jatuh bangun itu biasa.  3 tahun pertama saya berniaga tanpa penyertaan dan sokongan dari seorang pun ahli keluarga.  Namun, pada saya dan juga mentor-mentor lain di STG, kami ada ayat penyedap hati sendiri.

"Kalau adik-beradik dan kawan baik menolak ketika kita mula bisnes, itu perkara biasa.  Kalau ada antara mereka yang terus menyokong dan terus berjuang bersama kita, itu dipanggil 'KEAJAIBAN!' "

Oleh itu, bagi rakan-rakan yang sedang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, anda tidak perlu risau jika golongan di atas menolak kita di awal penglibatan kita dalam bisnes.  Kita kena terus fokus pada matlamat sebenar kita menjalankan perniagaan hingga kita mencapainya.  





Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips 

BAGAIMANA UNTUK MENANGANI GOLONGAN YANG KITA SAYANG INI:

1)  Cuba bentang pelan perniagaan anda kepada mereka tetapi bersedialah untuk BERPEGANG KEPADA AYAT PENYEDAP HATI yang saya berikan di atas tadi.  Mana tahu mungkin mereka tergolong dalam salah satu 'KEAJAIBAN' dalam perjalanan bisnes anda.

2)  Sekiranya mereka menolak, JANGAN 'APPROACH' MEREKA LAGI setiap kali berjumpa.  Jangan masukkan ceritera bisnes anda dalam perbualan dengan mereka.  Ini untuk menjaga kredibiliti anda.  Bertenang.  Tenang pasti menang.  JANGAN MERAYU pada mereka.  Jika anda terus menerus memujuk mereka, anda akn kelihatan sangat terdesak.  Orang terdesak berada dalam gelombang 'beta' dan pasti tidak akan berjaya.

3)  CIPTA PERASAAN INGIN TAHU dalam diri mereka terhadap bisnes anda secara tidak langsung.  Jalankan aktiviti bisnes seperti menjawab panggilan rakan kongsi seperti biasa di hadapan mereka ataupun jerit "Yes!!!" apabila anda berjaya mendapat sales secara online.  Anda juga boleh bercerita tentang perkembangan bisnes anda kepada ibubapa anda seperti layak menerima tiket pelancongan percuma ataupun anda boleh kongsi di Facebook anda tentang betapa seronoknya pelancongan percuma anda.  Percayalah! Pasti mereka akan menjerit-jerit di dalam hati untuk tahu bagaimana sebenarnya bisnes anda dijalankan.

4)  Guna produk anda secara konsisten supaya mereka boleh nampak sendiri kesannya.  Produk yang bagus pasti boleh 'bercakap sendiri'.

5)  Teruskan berjuang dalam bisnes.  Tetapkan matlamat tertinggi anda dalam bisnes.  BUKTIKAN PADA DIRI SENDIRI akan kemampuan anda.  Pasti oranglain akan terbuka hati untuk bersama anda

6)  JANGAN BEZAKAN LAYANAN pada ahli keluarga dengan layanan pada pelanggan atau rakan kongsi anda.  Jika mereka ingin guna produk, pastikan anda jual dan bukan beri percuma kepada mereka.  Dengan cara ini, anda bukan sahaja akan dapat adik-beradik yang menyertai bisnes anda, tetapi anda juga akan ada lebih ramai adik-beradik dalam keluarga besar rangkaian bisnes anda.  Perniagaan berasaskan silaturrahim yang sebenar pasti akan menyeronokkan dan sangat menampakkan hasil yang lumayan. 


Mungkin proses ini akan mengambil masa.  Bersabar dan terus istiqamah dalam berniaga.



The Mohamed's


Dalam kes saya sendiri, kakak kedua saya, Murni Hayati hanya terbuka hati untuk menyertai saya pada tahun ketiga saya berniaga.  2 tahun dahulu beliau hanyalah seorang jurutera IT yang sentiasa terhimpit dengan belenggu hutang dan tekanan tempat kerja.  Hubungan suami isteri yang keruh ekoran situasi tadi juga menambahkan sesak poket minda kecil beliau.  Walaupun ketika itu beliau menjalankan pelbagai jenis perniagaan sampingan, beliau sentiasa kekurangan duit setiap kali hujung bulan.  Alhamdulillah, dengan perniagaan ini saya dapat membantu beliau kerana  bisnes bukan sekadar bermotifkan duit semata-mata tapi nilai keseluruhan kita.  Kini beliau sudahpun mencapai pangkat tertinggi dalam bisnes iaitu CDM.  Beliau menggenggam pendapatan 5 angka sebulan, memandu Mercedes C-Class AMG dan beliau bersama suami sudahpun melepaskan jawatan kerja hakiki masing-masing.

Melihat kejayaan kami melancong percuma ke Vietnam (Mac 2012), Guangzhou (Julai 2012) dan London-Paris (Mac 2013), adik kami Siti Nurhafzan pula tak senang duduk.  Beliau yang 'gila kerja' hingga sentiasa mencapai 'top sales' setiap bulan untuk jualan kad kredit dan pinjaman ASB di Maybank, mula tergerak hati untuk menambah pendapatan dan melancong ke luar negara.  Setibanya saya di kampung, beliau sudah bersedia dengan sekeping kertas A4 meminta saya membentangkan pelan pemasaran yang banyak merubah hidup saya.  "How you do anything, is how you do everything!".  Bagaimana cemerlangnya beliau dalam kerjaya, begitulah cemerlangnya beliau dalam perniagaan.  Pada bulan kesepuluh berniaga beliau sudah mampu memperoleh pendapatan RM 22,000 sebulan! Kini, seperti saya dan kakak, beliau dan suami juga sudah meletakkan jawatan.  Beliau juga mampu memandu Audi A4 model 2014 seperti saya juga.  Alhamdulillah.  

Pada bulan September 2013, kami bertiga terbang bersama pasangan masing-masing ke Korea secara percuma.  Pengalaman melancong dengan VVIP trip ini menyebabkan adik bongsu kami, Siti Nurul Bahiyah turut ingin menyertai kami.  Beliau telahpun bermula dan berjaya mencapai pangkat ketiga hanya selepas 3 bulan berniaga.  Gembiranya saya apabila ketika pelancongan percuma ke Gold Coast, Australia bulan Februari yang lepas, kami dapat bergambar berempat.  Terima kasih Ya Allah.  Beliau juga sudah melepaskan jawatan sebagai jurutera di sebuah kilang barangan elektrik. 

Namun dalam kami berlima beradik, penyertaan yang paling mengejutkan adalah daripada kakak sulung kami, Husnahafiza.  Beliau sudah sangat stabil dengan pendapatan puluhan ribu ringgit sebagai General Manager sebuah syarikat swasta.  Beliau sudah berkemampuan untuk bebas berbelanja lebih awal dari kami.  Namun, beliau turut menyertai keluarga STG setelah terpikat dengan kehebatan produk.  Beliau menjadikan STG sebagai platform untuk membantu oranglain menambah pendapatan yang mana tidak boleh beliau lakukan dalam kerja hakiki.  Beliau juga sangat tertarik untuk mempunya pendapatan pasif yang lebih besar dari gaji sekarang untuk memastikan beliau mampu bersara awal.

Kerana itu dalam bisnes, utamakan diri kita dahulu.  Sentiasa ingat mengapa kita memulakan sesuatu perniagaan dan ke mana seharusnya hala tuju perniagaan tersebut.  Siapa yang bakal bersama-sama kita dalam perniagaan tersebut, biarlah Allah yang menentukan seiring dengan usaha yang kita pamerkan.  

Teringat kata-kata seorang Mentor iaitu CDM Hamdan, 

"Ketika Rasulullah berdakwah dahulu, ramai orang yang memeluk Islam bukan kerana tertarik dengan Islam itu, tetapi mereka tertarik kepada peribadi Rasulullah terlebih dahulu, barulah agamanya."

Thursday, 23 January 2014

VIDEO KLIP CDM MURNI ZURIATI - INSPIRASI KEJAYAAN WANITA

Teks:  Murni Zuriati


Alhamdulillah.  Akhirnya siap juga video klip saya sekitar Majlis Anugerah CDM 2013.  Anugerah CDM adalah hari anugerah yang paling ditunggu-tunggu setiap penghujung tahun.  Majlis ini menobatkan Crown Diamond Manager (CDM) yang dilahirkan sepanjang tahun tersebut.  Luckily, for 2013,  I was one of the CDMs.  Proud to be one of them.  CDM adalah pangkat tertinggi dalam hirarki rangkaian perniagaan kami, juga kami gelar sebagai gerbang pendapatan pasif.  Tiada lagi pangkat untuk dikejar, hanya berapa pendapatan bulanan yang ingin dilakarkan selepas itu. 

Konsep video klip ini adalah Inspirasi Kejayaan Wanita.  Diharapkan video ini dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk bangkit dan lebih berdaya saing.  Kejayaan saya bukannya besar, tp sekurang-kurangnya berubah menjadi saya yang lebih baik dari sebelumnya.  Alhamdulillah atas rezeki dan kesempatan ini.



DI SEBALIK TABIR


Penggambaran video ini diambil di dua tempat berasingan iaitu di Pullman Hotel, Putrajaya dan MIECC, The Mines (lokasi penganugerahan CDM).  Terima kasih kepada videographer hebat, Rizuan Azizah dan team atas komitmen terbaik anda.   Kenangan buat penggambaran ini sememangnya menyeronokkan.  Susah rupanya bercakap depan kamera, apatah lagi tanpa skrip.  Untuk bergambar pun sukar sebab memang tiada bakat untuk 'modelling'..  Namun, demi rakan kongsi dan untuk inspirasi yang lain, saya usahakan juga.  Sampai ada yang ingat saya model baju!  (Ada pula model tinggi 5' sahaja).  Apapun, segalanya indah bagi saya.  Terima kasih Allah atas skrip-skrip indah yang diturunkan untuk saya.


Sessi temuramah CDM Cik Mun dan CDM Cikgu Apit




Persediaan sebelum penggambaran





The Mohamed's turut penyertai penggambaran.  Thank you sisters!




Bergambar selepas penggambaran video




Bersama rakan-rakan kongsi sebelum majlis bermula di MIECC




SEKALUNG PENGHARGAAN


Buat rakan kongsi terdekat dengan saya, juga mentor saya, iaitu suami saya CDM Hafiz Rithduan Malik, terima kasih kerana sudi berkongsi perjalanan ini dengan saya.  Jutaan terima kasih kepada mentor-mentor STG, Mentor CDM Norazlin Nordin dan Mentor CDM Arifin Shah yang setia membimbing saya sehingga kini.  Terima kasih kerana sentiasa membantu membesarkan impian saya dan menunjukkan jalan mudah untuk mencapainya.  Untuk wali-wali keramat kami, ibu bapa, ibu bapa mertua, sokongan kalian mengangkat saya untuk berada di tahap ini.  Tanpa restu dan doa kalian, tak mungkin kaki bisa berpijak seteguh ini.  Salam kasih dan sayang yang sangat mendalam saya tujukan khas buat rakan-rakan kongsi dalam rangkaian Cikgu Apit Team (CATs) yang banyak memberikan saya erti bahagia sebuah keluarga besar, mengajar saya erti penghargaan dari hati yang paling dalam dan memberi saya kemanisan kejayaan yang boleh dikongsi bersama. 


Terimalah video klip saya, CDM Murni Zuriati - Inspirasi Kejayaan Wanita. Dari wanita untuk wanita. Semoga bermanfaat untuk semua