Saturday, 26 April 2014

MAKANAN JEPUN PERTAMAKU

Teks: Murni Zuriati


Tekak Melayu saya ni memang tak boleh menerima makanan Jepun dari kecil.  Lagipun saya kurang didedahkan dengan makanan sebegitu.  Paling saya tahu pun sushi yang dijual dalam paket di Jusco.  Belum sempat telan, pasti saya luahkan balik.  Oleh itu, memang saya tidak pernah berhasrat untuk melawati mana-mana restoran makanan Jepun.

Namun, peluang ada di mana saja.  Ketika saya bekerja di Lafarge Concrete, saya dipelawa oleh majikan untuk makan tengahari di restoran makanan Jepun, Nihonkai di Bandar Sunway.  Berdebarnya rasa. Nak dibantah, itu majikan.  Walau bagaimanapun, majikan saya seolah-olah boleh membaca debaran yang terpamer di wajah saya.  Beliau bertanya, "do you eat Japanese food?"  Saya terus jawab, "Never!" Dengan harapan mereka tukar fikiran dan makan di tempat lain.  Tapi jawapan mereka, "don't worry, you'll surely eat this one!"

Saya pun ikutlah.  Mesti kena tunjukkan yang saya seorang pekerja serba boleh.  Saya minta mereka pilihkan makanan untuk saya kerana saya memang langsung tak tahu tentang makanan Jepun.  Menanti dengan penuh debaran. 

Menu pertama tiba.  Sushi timun.  Saya cuba.  Sedapnya!  Majikan saya hanya tersenyum.  Saya makin teruja untuk mencuba set makanan tengahari yang mereka pilih untuk saya iaitu ikan bakar dan nasi putih.  Memang sedap sangat dan rasa sangat sihat.

Sekarang kami sekeluarga minat sangat makanan Jepun dan sudah mula pergi ke pelbagai restoran lain.  Tetapi, pada pendapat saya Restoran Nihonkai tetap menyediakan hidangan segar yang terbaik dengan suasana kondusif yang membuatkan kita berasa seperti di kawasan perkampungan di Jepun (although I've never been there).

Bagi yang mula ingin merasai makanan Jepun untuk pertama kali, saya cadangkan anda ke restoran ini.  Anak-anak saya pun suka ke sini.  Mari saya tunjukkan antara menu untuk amateur yang anda bole cuba.  Menu-menu ini adalah antara menu wajib jika kami berkunjung ke sini. 



Makan tengahari biasanya dihidangkan dalam bentuk set begini.
Ini ialah set ikan bakar "Saba Shioyaki'



Inilah rupa 'Soba Shioyaki'. Kulit ikan tu pun sedap dan garing



'Sliced beef' ini ada juga dalam bentuk set makan tengahari. Bukan dagingnya sahaja yang super lembut dan sedap, bawang-bawang dia pun sedap!



Ini ialah sotong goreng tepung yang tidak berminyak sangat.  Nama dia Ika Geso. 


Makanan kita bukan dihidangkan kosong begitu sahaja.  Ada menu-menu sampingan yang menjadi penyedap kepada hidangan kita, antaranya:


Wasabe yang dihidangkan bersama kicap soya.  Tetapi jangan ambil terlalu banyak, berasap hidung nanti!



Ni saya tak tahu.  Saya cuma panggil dia sambal belacan.  Tapi sebenarnya dia diperbuat dari sayuran seperti lobak dan kubis



Jeruk timun Yang ringan sahaja rasanya



Miso sup terbaik di dunia saya.
Saya pernah cuba miso sup di Korea, memang tak setanding Miso Sup di sini.



Ini pula 'Soft shell crab maki'.  Ketam yang sangat gemuk dibungkus dalam nasi sushi yang sedap dan seaweed yang segar
Selain ketam anda juga boleh mencuba menu udang, 'Ebi Tempura Maki'.



Inilah pemilik kedai ini.  Antara sikap beliau yang paling saya suka ialah beliau kenal semua pelanggan tetap beliau dan ingat menu yang biasa mereka order.  Tidak hairanlah kenapa kedai ini dibanjiri pelanggan setiap hari. 

No comments:

Post a Comment