Monday 22 August 2016

VIP TREAT OF BEIJING-TIANJIN BULLET TRAIN RIDE

Teks: Murni Zuriati 

 

23 Ogos 2016 -  26 CDM dari Smart Tycoon Group dijemput secara ekslusif untuk menaiki keretapi peluru dari Beijing ke Tianjin bersama para VIP dari Malaysia dan China.  Antara VIP yang turut bersama dalam trip ini ialah 

Committee Persatuan Persahabatan Malaysia -China , Mr Yap

Bekas duta Malaysia ke China , Datuk Majid 

Pengarah urusan kumpulan Hai-O, Mr Tan Kai Hee 

Pengurus Besar Hai-O Marketing,Mr Tham 

Trip ini mendapat liputan khas siaran CCTV di China dan dapat liputan Media Prima di Malaysia. 

Friday 19 August 2016

MY FIRST BUSINESS CLASS FLIGHT EXPERIENCE

Teks: Murni Zuriati

Salah satu impian saya adalah untuk terbang dengan Business Class tak kira la ke mana pun.

Selama ni saya berpeluang travel dengan Economy Class pun dah sangat bersyukur.  Kali ni ke Kota Kinabalu, kebetulan saya terbang dari Kuala Lumpur.  So dapatlah peluang travel dengan Business Class MAS.  Kalau dari Johor Bahru, hanya penerbangan Air Asia sahaja yang ada untuk ke Kota Kinabalu. 



Walaupun ini flight yang kecil, perjalanan 2 jam rasa berbaloi sangat!!! Kami masuk ke perut kapal paling awal.  Duduk sahaja di tempat duduk, kami dihidangkan dengan jus buah-buahan dan tuala basah untuk refreshing sementara menunggu semua penumpang selesai duduk di tempat masing-masing.  








Tempat duduk sangat selesa.  Ruang kaki luas dengan tempat letak kaki dan kerusi yang empuk dan boleh dibaringkan tanpa risau mengganggu penumpang yang duduk di bahagian belakang.  5 jam pun tak terasa kalau macam ni. 




Kami kemudiannya dihidangkan dengan makan tengahari yang sangat sedap.  3 hidangan makanan untuk dipilih dan semuanya dihidangkan dalam set pinggan mangkuk kaca.  Peramugari akan membacakan pilihan menu untuk setiap penumpang Business Class dan bukakan penutup aluminium makanan.  First class servis dia...! 

Saya memilih beef tenderloin steak.  That piece of bun is my all time favourite and here in Business Class they serve it hot.  Sangat fresh dan menyelerakan. 




Cikgu Apit pula memilih nasi dengan kari kambing. Pun sangat sedap!




Winning menu is this marvellous dessert.  Kek gula hangus dengan sos perasa kopi.  Brilliant combination!




Selesai makan tengahari kami dihidangkan dengan minuman panas pilihan.  Black coffee, white coffee, tea and even milo.  Pilih je.  i chose white coffee sambil menonton romantic comedy Philippines movie, Always be my Maybe.  Heaven sangat!  Kami kemudiannya ditinggalkan untuk berehat and have our own privacy.  








Headphone ni hanya diambil betul-betul sebelum kami mendarat walaupun pengumuman pemulangan headphone sudahpun dibuat setengah jam sebelum mula mendarat.  Kalau di Economy Class, pasti headphone ni dah diambil lebih awal.  Dapatlah tengok movie tu sampai habis!  I was having a great time. 

Orang demam ni pula dapat berehat dengan tenang sepanjang perjalanan. Panadol pun saya minta dari pramugari je.  Siap semua!




It's  a great experience travelling with Malaysia Airlines.  I am looking forward for my next Business Class trip.  Nak cuba untuk destinasi mana?  akan difikirkan.... 

Apapun CM nak kata, kalau mampu travel dengan Business Class, just go for it!  Memang berbaloi.  it worth every penny.  Jauh beza dengan Economy Class.   Kalau belum mampu, jom kita usaha sampai mampu.  If you can dream it, you can achieve it!