Teks: Murni Zuriati
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga video klip saya sekitar Majlis Anugerah CDM 2013. Anugerah CDM adalah hari anugerah yang paling ditunggu-tunggu setiap penghujung tahun. Majlis ini menobatkan Crown Diamond Manager (CDM) yang dilahirkan sepanjang tahun tersebut. Luckily, for 2013, I was one of the CDMs. Proud to be one of them. CDM adalah pangkat tertinggi dalam hirarki rangkaian perniagaan kami, juga kami gelar sebagai gerbang pendapatan pasif. Tiada lagi pangkat untuk dikejar, hanya berapa pendapatan bulanan yang ingin dilakarkan selepas itu.
Konsep video klip ini adalah Inspirasi Kejayaan Wanita. Diharapkan video ini dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk bangkit dan lebih berdaya saing. Kejayaan saya bukannya besar, tp sekurang-kurangnya berubah menjadi saya yang lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah atas rezeki dan kesempatan ini.
DI SEBALIK TABIR
Penggambaran video ini diambil di dua tempat berasingan iaitu di Pullman Hotel, Putrajaya dan MIECC, The Mines (lokasi penganugerahan CDM). Terima kasih kepada videographer hebat, Rizuan Azizah dan team atas komitmen terbaik anda. Kenangan buat penggambaran ini sememangnya menyeronokkan. Susah rupanya bercakap depan kamera, apatah lagi tanpa skrip. Untuk bergambar pun sukar sebab memang tiada bakat untuk 'modelling'.. Namun, demi rakan kongsi dan untuk inspirasi yang lain, saya usahakan juga. Sampai ada yang ingat saya model baju! (Ada pula model tinggi 5' sahaja). Apapun, segalanya indah bagi saya. Terima kasih Allah atas skrip-skrip indah yang diturunkan untuk saya.
Sessi temuramah CDM Cik Mun dan CDM Cikgu Apit
Persediaan sebelum penggambaran
The Mohamed's turut penyertai penggambaran. Thank you sisters!
Bergambar selepas penggambaran video
Bersama rakan-rakan kongsi sebelum majlis bermula di MIECC
SEKALUNG PENGHARGAAN
Buat rakan kongsi terdekat dengan saya, juga mentor saya, iaitu suami saya CDM Hafiz Rithduan Malik, terima kasih kerana sudi berkongsi perjalanan ini dengan saya. Jutaan terima kasih kepada mentor-mentor STG, Mentor CDM Norazlin Nordin dan Mentor CDM Arifin Shah yang setia membimbing saya sehingga kini. Terima kasih kerana sentiasa membantu membesarkan impian saya dan menunjukkan jalan mudah untuk mencapainya. Untuk wali-wali keramat kami, ibu bapa, ibu bapa mertua, sokongan kalian mengangkat saya untuk berada di tahap ini. Tanpa restu dan doa kalian, tak mungkin kaki bisa berpijak seteguh ini. Salam kasih dan sayang yang sangat mendalam saya tujukan khas buat rakan-rakan kongsi dalam rangkaian Cikgu Apit Team (CATs) yang banyak memberikan saya erti bahagia sebuah keluarga besar, mengajar saya erti penghargaan dari hati yang paling dalam dan memberi saya kemanisan kejayaan yang boleh dikongsi bersama.
Terimalah video klip saya, CDM Murni Zuriati - Inspirasi Kejayaan Wanita. Dari wanita untuk wanita. Semoga bermanfaat untuk semua
No comments:
Post a Comment