Friday, 5 December 2014

MMR KL - EDISI TERAKHIR 2014

Teks:  Murni Zuriati

Flamingo Hotel sekali lagi dimeriahkan oleh STG denngan seminar MInda Magnet Rezeki (MMR).   Seminar terakhir bagi tahun 2014 tentunya mendapat sambutan hangat oleh mereka yang inginkan tahun 2015 yang lebih gemilang. 
Kali ini MMR diadakan di Grand Ballroom untuk memuatkan kesemua 236 orang peserta dari  seluruh Malaysia.



Tahniah kepada Puan Elisa dari Sabah. 



Berbesar hati menerima kehadiran saudara baru, Pn Alisha (was Javrylna) dari Kuching 



Team dari Johor Bahru



Team dari utara




Rakan kongsi dari Kuala Lumpur




Antara generasi Y yang lebih terbuka kepada bidang perniagaan, yang lebih agresif dalam pembangunan diri.



Sessi yang paling mudah tetapi paling merubah hidup saya, Declaration!



What a blessing day.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah-penceramah MMR iaitu Mentor Norazlin Nordin dan Mentor Arifin Shah untuk program yang luar biasa ini.  Terima kasih kerana ubah minda kami dan ubah kehidupan kami.



Semoga 2015 bakal lebih gemilang untuk saya, semua peserta dan semua warga STG.  Izinkanlah Ya Allah....

Sunday, 28 September 2014

SHANGHAI MAGLEV TRAIN (SMT)

Teks:  Murni Zuriati



Hari kedua di Shanghai, saya dan suami mengambil peluang merasai pengalaman menaiki keretapi terlaju di dunia iaitu Shanghai Maglev Train (SMT).  SMT boleh mencapai kelajuan 431 km/j dan ia hanya mengambil masa 8 minit untuk SMT melalui keseluruhan laluannya sepanjang 30km.   SMT adalah salah satu alternatif yang pantas dan murah untuk ke lapangan terbang seperti KLIA Express.

We took a short trip from Shanghai Science and Technology Muzeum to Long Yang Road where the Maglev Station situated. 




Tiket boleh dibeli dikaunter tiket dan harganya sangat murah!  Untuk economy class hanya RMB 50 untuk one trip  dan RMB 80 untuk round trip ke Pu Dong Airport.  Bagi VIP Class pula harganya hanya RMB 100 untuk one trip dan RMB 160 untuk round trip.  We decided to experience both classes.  We took economy class to airport and VIP class on our way back.  Ada beza ke? Tiada perbezaan yang ketara untuk harga 2 kali ganda.  Oleh itu, untuk mereka yang bakal menggunakan SMT, economy class is already superb!



Buy your ticket at the counter.  
Mudah sebab penjaga kaunter boleh berbahasa Inggeris.



Swipe your ticket to get in



Ruang menunggu SMT


Ruang ketibaan SMT



Economy Class Deck



See! Penumpang sangat kurang pada satu-satu masa. 
 Oleh itu, sangat berbaloi untuk travel dengan kelas ekonomi sahaja.



VIP Class Deck - More spacious and elegant


Dalam perjalanan pergi, SMT bergerak sehingga ke kelajuan maksimum iaitu 431 km/j.  Meter kelajuan yang dipamerkan di dalam kabin membuatkan kami lebih teruja.  Perjalanan balik pula, SMT bergerak hanya sehingga 301km/j mungkin kerana perjalanan yang lebih berlengkuk. 



Meter kelajuan yang dipamer dalam dek



Masih boleh berdiri dengan stabil pada kelajuan 300km/j




Tiba di lapangan terbang selepas 8 minit perjalanan 



Overall, kami suka sangat dengan SMT.  
Tak perlu menunggu lama, perjalanan sangat lancar dan laju, suasana pula kondusif, kemas dan bersih.
Terbaik!!!!!

Wednesday, 24 September 2014

SHANGHAI FREE TRIP: ORIENTAL PEARL TV TOWER

Teks:  Murni Zuriati 


Oriental Pearl TV Tower adalah salah satu mercu tanda di Shanghai.  Ini adalah antara tempat wajib dilawati jika berada di Shanghai.. Bangunan setinggi 468m ini adalah bangunan ketiga tertinggi di dunia.  Bangunan ini siap dibina pada tahun 1994.  Alhamdulillah, berjaya juga saya menjejakkan kaki di sini selepas 20 tahun pembinaannya.  Terima kasih kepada STG kerana memberi saya peluang ini. Kalau tidak, tak tahulah bila saya akan mampu ke sini.




Pengalaman berada di sini sangat bermakna untuk saya.  Ia sangat terkenal dengan 'hanging corridor' yang menguji ketakutan kita pada ketinggian.  Mendengar cerita dari rakan-rakan yang pernah sampai ke sini, saya juga rasa sangat teruja.  Setibanya kami di situ, kami di bawa ke 'sighseeing floor' yang terletak pada ketinggian 263m.  Lif yang digunakan di bangunan ini sangat canggih sehingga tidak terasa kami sedang dibawa naik ke pencakar langit itu.  Di sini kami dapat melihat bandar Shanghai dari atas.   Ada beberapa teropong yang disediakan untuk melihat bandar Shanghai yang berada di bawah dengan lebih jelas.  Bayaran yang dikenakan adalah RMB 1 untuk 30 saat.




Kemudian kami di bawa ke aras yang berketinggian 259m di mana terletaknya 'hanging corridor'.  Mula-mula melihat ke bawah menerusi lantai kaca, gayatnya!!!  Tapi mesti rugi kalau tidak mencuba pengalaman sekali seumur hidup ini.  Saya cabar diri untuk berdiri dan bergambar disitu.  Inilah masanya untuk saya melatih diri melawan ketakutan.  Teringat kata-kata Mentor Ariffin Shah, orang berjaya tetap mempunyai ketakutan, tetapi ketakutan tersebut tidak menghalangnya untuk bertindak.  

"I ACT IN SPITE OF FEAR!!!"



















Monday, 11 August 2014

RAFA MEDYNA'S VERY FIRST DAY

Teks: Murni Zuriati

3 Syawal, 30 Julai 2014 - Mummy rasa 'contraction' yang agak kuat dari biasa.  So, Daddy terus bawa Mummy 'check up' di klinik dan niat asal untuk minta doktor awalkan tarikh untuk pembedahan yang sepatutnya pada 3 Ogos 2014.

Mummy dan Daddy tinggalkan Miqa dan Rayf pagi tu sebab ingatkan sekejap je.



Ketika di klinik, betul-betul sebelum masuk ke bilik doktor, Mummy turun tanda.  Kalau normal mesti sakit ni sebab bak kata orang tua-tua, kembar darah!   Apalagi, doktor terus suruh staff semua siapkan Mummy untuk pembedahan.  Cemas dan rasa tak bersedia.  Tapi demi Medyna, Mummy kuatkan semangat.

Mummy yang di dalam 'labour room' tu dah memang la gementar.  Selawat je banyak-banyak untuk tenangkan hati.  Tapi Daddy yang terpinga-pinga di luar lagi la kelakar.  Selepas beberapa minit Mummy disoring dengan kerusi roda ke labour room, nampak semua jururawat cemas.  Doktor yang bagi arahan untuk terus 'persiapkan' Mummy pula, berlari meluru masuk ke labour room.  Berderau darah Daddy tengok keadaan tu.  Bila ada peluang, Daddy terus tanya pada nurse yang lalu.  Phew!!!!  It's not me...!! Itu oranglain dengan kes kecemasan.  Alhamdulillah...

After almost 1 hour in the chaos, finally Medyna sees the world.  Apa yang seronok, pakar bius n nurses semua sporting tolong ambilkan gambar dalam 'Operation Theater' untuk kenangan kami. 


THESE ARE THE MOMENTS CAPTURED



Berdebar dalam OT!  Look how big my tummy was when she was inside...




Nurses yang cekap dan peramah




Her first cry... Welcome to the world




I am ready to see Mummy




Her first kiss




Meeting her 'boyfriend'


Saturday, 9 August 2014

SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI (MMR) EDISI TERAKHIR 2014

Teks:  Murni Zuriati


Tahun 2014 semakin hampir ke penghujungnya.  Disebabkan jadual penceramah yang sangat padat, Seminar MMR sudahpun tiba ke EDISI TERAKHIR untuk tahun ini.  MMR akan diadakan di 2 lokasi sahaja iaitu Johor Bahru dan Kuala Lumpur


PILIH LOKASI ANDA DAN DAFTAR SEKARANG!!!



NEW YORK HOTEL, JOHOR BAHRU 
29 OGOS 2014 (JUMAAT)
8.00 PAGI - 6.00 PETANG




HOTEL FLAMINGO, AMPANG, KL
11 OKTOBER 2014 (SABTU)
9 PAGI - 6 PETANG 






Friday, 20 June 2014

COUNTING DAYS TO DIAMOND NIGHT 2014

Teks:  Murni Zuriati

Diamond Night adalah antara majlis besar yang ditunggu-tunggu setiap tahun.  Ia diadakan sekali sahaja dalam setahun dan inilah satu-satunya majlis anugerah yang menyajikan makan malam mewah sekali.  Tahun ini ia bakal diadakan di Mines International Convention Centre (MIECC), The Mines pada malam 21 Jun 2014.




Mereka yang bakal diraikan dalam majlis ini adalah mereka yang berjaya mencapai pangkat ketiga tertinggi iaitu Diamond Sales Manager (DSM), pangkat kedua tertinggi Double Diamond Manager (DDM) dan pemegang bonus Tabung Kereta. Bukan calang-calang orang.  Mereka ini pastinya ada 2 ciri yang utama untuk berjaya dalam bisnes ini.  Pertama, dengar cakap mentor dan yang kedua, hati yang bersih.  Oleh itu, persediaan untuk meraikan kejayaan mereka pun mestilah meriah.  Diamond Night 2014 bakal meraikan 18 orang DSM, 5 orang DDM dan 4 orang pemegang bonus Tabung Kereta. 


HADIAH-HADIAH UNTUK PENERIMA ANUGERAH

Diamond Night is the night when we shower all our achievers with luxurious gifts. Kenapa?  Selain sebagai penghargaan, tujuan utamanya adalah untuk membesarkan poket minda 'leader-leader' kami.  It's for them to change from average people to great people.

Untuk para DSM yang berjaya mencapai jualan RM 180, 000, kami hadiahkan set wangian dari Victoria Secret.  So sexy! So glamorous! So luxurious! Lepas ini mesti lebih yakin ketika appointment dan coaching rakan kongsi.




Untuk DSM lelaki pula, tali pinggang G2000 ni khas buat anda ya.




Untuk DDM pula, yang mencapai jualan RM 720,000 mestilah lebih istimewa, sebuah bag tangan jenama Longchamp dari Paris, Kota Fesyen.  Istimewa sangat. Maklumlah, CDM mereka ni cerewet sangat.  Saya nak warna-warna menarik untuk bag tangan tersebut.  So, best choice is, I bought it from Paris.  Puashati sangat!!!!




Bagi pemegang tabung kereta pula, mereka bukannya calang-calang orang.  Mereka ini pasti ada satu ciri yang susah untuk orang lain ada iaitu semangat pejuang atau 'fighter'.  Fighter that don't just fight back, but rise and grow.  Be bigger than any obstacles!  Shine brighter as a leader!  Kerana itu, hadiah dari Swarovski ini saya kira sesuai untuk mereka. Semoga mereka terus bersinar sebagai pemimpin hebat dan menerangi oranglain untuk membantu ramai lagi berjaya seperti mereka.





PERSEDIAAN PERIBADI CDM MURNI ZURIATI (CIK MUN)

As for me, definitely I have to make sure that I'll look good at this special event although I am a preggy Mummy.  Tak banyak pun persiapan.  Yang penting malam esok ialah pakaian.  Tema saya elegantly black.  Kali ini saya pilih pakaian dari butik Cosry Purple Lable.  'Dress' yang simple agar tak nampak sarat sangat kerana perut yang sudah semakin membesar.




'Dress' simple ini bakal digandingkan dengan majestic turban warna hitam yang 'simple' dan 'comfortable' dari butik Raffiey Nassir.




Untuk bag tangan pula, saya tak beli baru pun.  Just put on my favourite MM Louise Vuitton.  Tapi yang agak 'special' kali ini ialah gelang baru, ole-ole dari Kuantan tempoh hari.




Can't wait for tomorrow night!!!  Malam yang sangat saya banggakan.  Malam yang ditunggu-tunggu oleh pemimpin-pemimpin hebat dalam rangkaian saya.  Semoga mereka bergembira esok dan energy mereka bertambah meluap-luap dalm bisnes selepas ini.