Sunday, 28 September 2014

SHANGHAI MAGLEV TRAIN (SMT)

Teks:  Murni Zuriati



Hari kedua di Shanghai, saya dan suami mengambil peluang merasai pengalaman menaiki keretapi terlaju di dunia iaitu Shanghai Maglev Train (SMT).  SMT boleh mencapai kelajuan 431 km/j dan ia hanya mengambil masa 8 minit untuk SMT melalui keseluruhan laluannya sepanjang 30km.   SMT adalah salah satu alternatif yang pantas dan murah untuk ke lapangan terbang seperti KLIA Express.

We took a short trip from Shanghai Science and Technology Muzeum to Long Yang Road where the Maglev Station situated. 




Tiket boleh dibeli dikaunter tiket dan harganya sangat murah!  Untuk economy class hanya RMB 50 untuk one trip  dan RMB 80 untuk round trip ke Pu Dong Airport.  Bagi VIP Class pula harganya hanya RMB 100 untuk one trip dan RMB 160 untuk round trip.  We decided to experience both classes.  We took economy class to airport and VIP class on our way back.  Ada beza ke? Tiada perbezaan yang ketara untuk harga 2 kali ganda.  Oleh itu, untuk mereka yang bakal menggunakan SMT, economy class is already superb!



Buy your ticket at the counter.  
Mudah sebab penjaga kaunter boleh berbahasa Inggeris.



Swipe your ticket to get in



Ruang menunggu SMT


Ruang ketibaan SMT



Economy Class Deck



See! Penumpang sangat kurang pada satu-satu masa. 
 Oleh itu, sangat berbaloi untuk travel dengan kelas ekonomi sahaja.



VIP Class Deck - More spacious and elegant


Dalam perjalanan pergi, SMT bergerak sehingga ke kelajuan maksimum iaitu 431 km/j.  Meter kelajuan yang dipamerkan di dalam kabin membuatkan kami lebih teruja.  Perjalanan balik pula, SMT bergerak hanya sehingga 301km/j mungkin kerana perjalanan yang lebih berlengkuk. 



Meter kelajuan yang dipamer dalam dek



Masih boleh berdiri dengan stabil pada kelajuan 300km/j




Tiba di lapangan terbang selepas 8 minit perjalanan 



Overall, kami suka sangat dengan SMT.  
Tak perlu menunggu lama, perjalanan sangat lancar dan laju, suasana pula kondusif, kemas dan bersih.
Terbaik!!!!!

1 comment: