Monday, 22 February 2016

Moshi Moshi Osaka : Day 1


Teks: Murni Zuriati 

Hari pertama semua gadis STG bertudung merah...  

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Osaka mengambil masa 6 jam.  Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka pada jam 7 pagi.  Teruja pertama kali melihat landasan kapal terbang atas laut!  Negara Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi mereka dan sentiasa buat kita ternanti-nanti kelainan apa yang bakal mereka cipta untuk keluar dari kebiasaan. 



Pergi ke tandas lapangan terbang untuk bersiap-siap dengan pakaian musim sejuk, teruja sekali lagi melihat kebersihan  maksimum tandas di situ dan yang paling menarik perhatian saya ialah mangkuk tandas siap dengan pilihan bidet, suhu dan tekanan air boleh laras, tempat duduk tandas yang 'warm' dan siap boleh mainkan muzik! Kalau tandas selesa begini, nak tidur pun boleh! 



Seperti biasa, tour guide yang yang peramah dari Malaysia, Mr Lai (bersama kami dari Malaysia dan uruskan semua urusan check in kami) dan dari Jepun, Ms Shin sedia menanti.  Tapi yang lebih menarik perhatian ialah pemandu bas kami adalah seorang wanita!  Pemandu teksi dan bas di sini lengkap sengan uniform yang sangat kemas.  Teruja sekali lagi! 

Pemandu bas group A4 (CAT) 

Hari pertama ini kami bersiar-siar di daerah Kyoto.  Kyoto adalah bandar lama yang masih mengekalkan ketradision mereka.  Kelihatan ramai warga tua bersiar-siar samada berjalan kaki ataupun berbasikal dalam cuaca sejuk.  Sungai-sungai juga masih banyak dan terkejut kami bila melihat sungai-sungai di sama sangat jernih dan bersih! 

Kami di bawa terus ke destinasi lawatan pertama iaitu Nishijin Kimono Center.  Ini adalah gedung kimono terbesar sejak 1000 tahun dahulu.  Kami dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen kimono mewah. Memang sangat cantik dan elegan!  Membuatkan kami kagum kerana strata masyarakat juga boleh dibezakan melalui kualiti dan jenis kimono yang mereka gayakan.  Kimono yang sebenar sangat mahal dan biasanya harga bermula dari ¥100,000 atau lebih kurang RM 3700! 






Saya sempat membeli-belah dan  juga belajar cara mengenakan Yukata (kimono yang simple).  So exciting! Boleh pakai masa Gala Dinner Osaka nanti!  Untuk anak-anak pun Mummy beli juga sebab comel sangat! 

Setelah itu, kami dibawa makan tengahari di restoran halal yang baru sahaja 3 bulan dibuka di Kyoto, Restoran Wadihana yang mempunyai cawangan di Bangi.  


Bergambar di hadapan Restoran Wadihana


Bersama En Sabaruddin, pemilik Restoran Wadihana Kyoto yang sangat peramah 

Kenyang perut beralaskan masakan Malaysia, kami kemudian melawat kuil tertua di Kyoto yang terletak berhadapan dengan restoran tersebut.  Pemandangan yang sangat cantik, persekitaran yang terjaga dan memahami budaya masyarakat Jepun buat kami rasa lawatan ini sungguh menarik.



Kyoto sebuah daerah yang masih tradisional namun ada kemudahan keretapi.  Rasa comel pula daerah ini.  Tenang, tradisional namun berteknologi. 



Seterusnya kami ke kuil yang paling terkenal di Kyoto iaitu kuil lereng gunung, Kiyomizu Temple.  Kami perlu berjalan menaiki bukit melalui jalan kecil yang di penuhi pelawat, dan penuh dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya!  Ramai orang namun semuanya tetap teratur.  Tak perlu berebut-rebut.  Again, their discipline earns our respects!   Kuil ini terkenal kerana senibinanya yang menarik dan juga tidak menggunakan sebarang paku! 









Akhir sekali kami melawat Gion Street yang terkenal sebagai kawasan kesenian perempuan yang dipanggil Geisha.  Kami datang awal sekitar jam 4 petang.  Oleh itu, kami tak berkesempatan melihat Geisha yang biasanya mula ada sekitar jam 6 petang sehingga malam.  







Kami kemudiannya dihidangkan dengan makanan Jepun yang halal untuk makan malam.  Kami semua dapat merasa buat pertama kalinya juadah Duck Hot Pot (Kamo Nabe) yang sangat terkenal di sini.  






Setelah itu kami di bawa ke hotel 5 bintang Imperial Hotel Osaka untuk berehat dan bersedia untuk hari esok. 









HADIAH CDM 1 JUTA RINGGIT

Teks: Murni Zuriati




Alhamdulillah.... Bisnes kami semakin berkembang. Dulu rasa sales ratus ribu pun dh besar.  Bila CDM Norazlin, mentor saya capai RM 1 juta sales, saya terfikir sendiri bila pula giliran saya.  Bolehkah saya capai? 

Namun dalam bisnes network marketing, kerja kita tiru je.  Kerana itu saya percaya, kalau saya tiru gerak kerja mentor, saya juga akan tiru income beliau!  

Alhamdulillah, Cikgu Apit Team (CAT) mencapai RM 1 juta sebulan sales yang pertama pada bulan Januari 2015.  Cikgu Apit yang pertama menerima hadiah I-Phone 6 dari pengasas STG iaitu CDM Lin dan CDM Arifin. 

Tiba pula giliran saya, CDM CAT, mencapai sales RM 1 juta sebulan yang pertama pada bulan  2015.  Ketika itu saya sudahpun memiliki I-phone 6 (online  business is much more easier with Apples!).  Oleh kerana itu, CDM Lin beri saya kelonggaran untuk pilih hadiah lain.

So, I chose this seasonal Chanel necklace!  Mahal dari I-phone tapi tak kisah la...I want to keep this reward until I grow old.  This business is a walk to remember for me.  Thank you CDM Norazlin, yang telah menyebabkan saya bersama STG walaupun saya ni anti-MLM 8 tahun yang dulu. Thank you STG yang melatih kami dengan ilmu terbaik. Thank you Hai-O Marketing yang menyediakan sistem terhebat yang sentiasa memberikan pulangan setimpal dengan usaha. 

Terima kasih Ya Allah. Semua ini terlalu indah untukku...



























Wednesday, 9 December 2015

MY FIRST LADY DIOR

Teks: Murni Zuriati




Anugerah CDM 2015 adalah detik bersejarah untuk kami.  9 CDM dari STG diraikan dalam majlis ini dan 2 daripadanya adalah rakan kongsi di bawah bimbingan saya.  Selain itu, Cikgu Apit juga menerima anugerah khas dari Sahajidah Hai-O Marketing iaitu CDM Excellence Award 2015.  7 orang CDM sahaja terpilih menerima anugerah ini.  This is such an honour for us both. 

Hari istimewa patut diraikan dengan persediaan yang sangat istimewa.  Handbag sebenarnya tiada dalam senarai persediaan kerana saya telahpun memiliki 3 handbag Chanel tahun ini.  Saya beritahu Cikgu Apit, saya hanya akan beli handbag baru setelah pendapatan kami mencecah RM 100, 000 sebulan.  Guess what? Bulan Oktober menyaksikan target tersebut telah tercapai and I have to keep my words!  

So, here it is! I chose this blue Lady Dior as it suits the colour of my outfit for the day and it is so irresistably cute!  Sekali tengok terus jatuh hati!  Apalagi, terus la beli sekali.... Lagipun saiz dia yang come dengan strap membuatkan ia cukup santai untuk dibawa bersiar-siar and next destination in mind mestilah, Osaka!!!!!

This is my first Lady Dior....Love it! Love it! Love it! 

















My first time wearing it - Anugerah CDM 2015! I matched it with my Kimono Songket by Adila Long... The Dior is so cute n made me feel cute as well! 😁








Monday, 7 December 2015

MY 3RD CHANEL: TRICOLOUR

Love itTeks: Murni Zuriati



My sister Naura Auni was looking for an energy booster through shopping which needed me as accompany.  So we went to Chanel Boutique KLCC.  Tanpa niat untuk membeli saya bertanya tentang The New Chanel Tricolour.  Namun sayangnya, the edition belum sampai lagi di Malaysia.  So, we just took a look on what they had on the rack. 

Dalam setengah jam kemudian, sales person tu beritahu, stok baru sampai.... And lucky us, we could view the limited, freshly arrived Chanel Tricolour!!! We were so excited but back to the early intention, not to buy anything, we went back home without buying anything.  

Tapi balik rumah, kami tak boleh tidur.  We couldn't stop thinking about the bags.  So we got back to the boutique the next day and grabbed it! "If u can't stop thinking about it, buy it!"

This is the bag that I couldn't help myself not to buy it! 








Let's have a close up 












Love it to the max!!!!

#1networkingcoach  014-6126630
#beliimpian dengan #projekSTG 


Monday, 28 September 2015

CAT at Ho Chi Minh - Day 1

Teks: Murni Zuriati 

Pecah rekod! Paling ramai dalam sejarah pelancongan STG. Pelancongan percuma ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2015 melibatkan seramai 206 warga STG yang diterbangkan melalui 4 penerbangan MAS berbeza.  

CAT sendiri membawa 60 delegasi kali ini dan kami berada dalam penerbangan ke 4 iaitu pada jam 9 pagi, 14 September 2015.  Kami pernah ke HCMC sebelum ini pada tahun 2012.  Ketika itu, STG hanya membawa 26 org delegasi. Kini kami kembali ke sana bersama hampir 10 kali ganda peserta!! Alhamdulillah....!

Kami tiba di HCMC pada jam 10 pagi (waktu Vietnam).  Waktu HCMC lewat 1 jam berbanding Malaysia. 

Setibanya kami di sana, kami di bawa  melawat ke Notre Dame Cathedral Church.  Gereja dengan senibina Perancis ini dibina pada tahun 1880 kini berfungsi sebagai Pejabat Pendaftaran HCMC.  









Bersebelahan dengan gereja ini pula ialah Pejabat Pos Buu Dien yang sudahpun berusia lebih 100 tahun namun masih beroperasi hingga kini.  Kami rasa bangunan ini sungguh unik kerana menjadi salah satu tarikan pelancong dan pada masa yang sama masih beroperasi seperti biasa. 













Setelah habis bergambar, kami dibawa untuk makan tengahari di Restoran 
Makanan memang super special and super delicious!  Best! 









Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Hard Rock Cafe since ramai yang suka buat collection HRC from everywhere they go.  Cik Mun dan Cikgu Apit?  Duduk atas bas je la tunggu.  Malas nak jalan sebab perut pun dah kenyang.  Hihi.. 

Selepas itu kami terus di bawa ke Equatorial Hotel untuk merehatkan diri.  Disambut dengan welcoming drinks macam 3 tahun lepas juga.  Rindunya nak ke sini.  Rayf really loved this hotel when we were in HCMC 3 years ago. 




Malam baru kami keluar semula untuk makan malam.  Another special menu set for us.  Alhamdulillah.  Lagi-lagi makan ramai-ramai.  Meriah dan jadi lebih berselera