Monday, 22 August 2016

VIP TREAT OF BEIJING-TIANJIN BULLET TRAIN RIDE

Teks: Murni Zuriati 

 

23 Ogos 2016 -  26 CDM dari Smart Tycoon Group dijemput secara ekslusif untuk menaiki keretapi peluru dari Beijing ke Tianjin bersama para VIP dari Malaysia dan China.  Antara VIP yang turut bersama dalam trip ini ialah 

Committee Persatuan Persahabatan Malaysia -China , Mr Yap

Bekas duta Malaysia ke China , Datuk Majid 

Pengarah urusan kumpulan Hai-O, Mr Tan Kai Hee 

Pengurus Besar Hai-O Marketing,Mr Tham 

Trip ini mendapat liputan khas siaran CCTV di China dan dapat liputan Media Prima di Malaysia. 

Friday, 19 August 2016

MY FIRST BUSINESS CLASS FLIGHT EXPERIENCE

Teks: Murni Zuriati

Salah satu impian saya adalah untuk terbang dengan Business Class tak kira la ke mana pun.

Selama ni saya berpeluang travel dengan Economy Class pun dah sangat bersyukur.  Kali ni ke Kota Kinabalu, kebetulan saya terbang dari Kuala Lumpur.  So dapatlah peluang travel dengan Business Class MAS.  Kalau dari Johor Bahru, hanya penerbangan Air Asia sahaja yang ada untuk ke Kota Kinabalu. 



Walaupun ini flight yang kecil, perjalanan 2 jam rasa berbaloi sangat!!! Kami masuk ke perut kapal paling awal.  Duduk sahaja di tempat duduk, kami dihidangkan dengan jus buah-buahan dan tuala basah untuk refreshing sementara menunggu semua penumpang selesai duduk di tempat masing-masing.  








Tempat duduk sangat selesa.  Ruang kaki luas dengan tempat letak kaki dan kerusi yang empuk dan boleh dibaringkan tanpa risau mengganggu penumpang yang duduk di bahagian belakang.  5 jam pun tak terasa kalau macam ni. 




Kami kemudiannya dihidangkan dengan makan tengahari yang sangat sedap.  3 hidangan makanan untuk dipilih dan semuanya dihidangkan dalam set pinggan mangkuk kaca.  Peramugari akan membacakan pilihan menu untuk setiap penumpang Business Class dan bukakan penutup aluminium makanan.  First class servis dia...! 

Saya memilih beef tenderloin steak.  That piece of bun is my all time favourite and here in Business Class they serve it hot.  Sangat fresh dan menyelerakan. 




Cikgu Apit pula memilih nasi dengan kari kambing. Pun sangat sedap!




Winning menu is this marvellous dessert.  Kek gula hangus dengan sos perasa kopi.  Brilliant combination!




Selesai makan tengahari kami dihidangkan dengan minuman panas pilihan.  Black coffee, white coffee, tea and even milo.  Pilih je.  i chose white coffee sambil menonton romantic comedy Philippines movie, Always be my Maybe.  Heaven sangat!  Kami kemudiannya ditinggalkan untuk berehat and have our own privacy.  








Headphone ni hanya diambil betul-betul sebelum kami mendarat walaupun pengumuman pemulangan headphone sudahpun dibuat setengah jam sebelum mula mendarat.  Kalau di Economy Class, pasti headphone ni dah diambil lebih awal.  Dapatlah tengok movie tu sampai habis!  I was having a great time. 

Orang demam ni pula dapat berehat dengan tenang sepanjang perjalanan. Panadol pun saya minta dari pramugari je.  Siap semua!




It's  a great experience travelling with Malaysia Airlines.  I am looking forward for my next Business Class trip.  Nak cuba untuk destinasi mana?  akan difikirkan.... 

Apapun CM nak kata, kalau mampu travel dengan Business Class, just go for it!  Memang berbaloi.  it worth every penny.  Jauh beza dengan Economy Class.   Kalau belum mampu, jom kita usaha sampai mampu.  If you can dream it, you can achieve it! 


Tuesday, 24 May 2016

DINNER IN THE SKY

Teks: Murni Zuriati

24 MAY 2016   Pengalaman baru lagi.... 

Kami berpeluang makan malam pada ketinggian 45m dengan Dinner in the Sky.        Istimewa untuk sambutan Hari Ibu kata Cikgu Apit.  Sebelum in DITS ada di Kuala Lumpur.  Tiket macam pisang goreng panas.  Kami terlepas peluang.  Kerana itu kami teruja nak pergi bila DITS diadakan di Puteri Harbour, Nusajaya. 




Sesampainya di sana, kami terus dibawa ke meja makan dan dipasangkan dgn tali pinggang keselamatan.  Meja makan nampak mewah dengan hiasan ringkas. 22 tetamu duduk mengelilingi meja persediaan chef di tengah-tengahnya. 



Kami kemudiannya diangkat perlahan-lahan. Kerusi sungguh selesa dan 'memegang' badan, meja juga dan khemah sungguh stabil, kmi tak perasan yang kami sudah pun jauh dari tanah.  Rules bila berada di tempat tinggi is 'JANGAN TENGOK BAWAH!' but that's what I did! Huh!!! 




Mula la rasa gayat.  Lagi-lagi CM bukan adventurous type of girl.  Tetapi bila chef dan krew entertain kami dan tengok pula pemandangan Puteri Harbour yang indah, I was getting more comfortable and started to enjoy the dinner. 








Makanan yang disediakan pun sedap dengan rasa mewah.  










Memang terasa suasana makan malam yang berbeza.  Kegelapan malam membantu sangat bagi orang yang takut ketinggian macam saya.  I end up enjoy the dinner.  Siap ada yang melamar girlfriend dia malam tadi. Yang paling kelakar chef annouced ada 2 orang birthday boy.  Rupanya salah seorang tu Cikgu Apit yang birthday dia dah 3 bulan berlalu! Adui! Wrong info.  Sebab CM add on chocholate truffle cake, so mungkin kat situ la mereka confuse! Hahahaha...




RM 599 seorang for me is not only for the meal, but the feelings and most importantly an investment to never grow old as I do new things and insert excitement into my life.  Alhamdulillah...





Wednesday, 20 April 2016

Resepi Sambal Udang Melake (Masak Kering)

Teks: Murni Zuriati

Resepi yang ringkas sangat tetapi sangat sedap.  Sesuai untuk ibu-ibu bekerjaya yang berkejar dengan masa.  Bahan-bahan yang diperlukan pun sedikit sahaja. 

Resepi ini sesuai untuk hidangan 4 orang. Sediakan 450g udang. Buang separuh kulit dan belah belakang supaya nampak cantik.  Gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng sekejap sahaja. Ketepikan udang. 



Untuk sambal, sediakan 3 sudu cili kisar, 1 sudu bawang merah (dikisar),  3 sudu air asam jawa (sederhana pekat).  Tak perlu bawang putih ya. 



Tumis cili kisar bersama bawang kisar tadi.  Lagi sedap kalau menggunakan minyak yang digunakan untuk goreng udang tadi. Ini bahagian paling kritikal bila masak sambal.  Pastikan cili betul-betul masak. Untuk itu, cili mesti seimbang dengan minyak.  Cili nampak garing dan warna lebih gelap seperti ini 👇🏼



Bila cili telahpun masak, masukkan air asam jawa dan sedikit air masak. Kalau anda suka bawang, boleh hiris bawang besar dan masukkan sekali. Gaulkan. Diikuti dengan udang kemudian gaul rata.  



Terus perasakan dengan garam, ajinomoto (pilihan) dan gula.   Kalau anda guna garam buluh tak perlu letak ajinomoto pun sedap! Garam letak sedikit sahaja kerana minyak udang dan udang sudah masin. Gaul rata dan siap...! 



Hidangkan.  Yummy!!!











 

Monday, 22 February 2016

Moshi Moshi Osaka : Day 1


Teks: Murni Zuriati 

Hari pertama semua gadis STG bertudung merah...  

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Osaka mengambil masa 6 jam.  Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka pada jam 7 pagi.  Teruja pertama kali melihat landasan kapal terbang atas laut!  Negara Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi mereka dan sentiasa buat kita ternanti-nanti kelainan apa yang bakal mereka cipta untuk keluar dari kebiasaan. 



Pergi ke tandas lapangan terbang untuk bersiap-siap dengan pakaian musim sejuk, teruja sekali lagi melihat kebersihan  maksimum tandas di situ dan yang paling menarik perhatian saya ialah mangkuk tandas siap dengan pilihan bidet, suhu dan tekanan air boleh laras, tempat duduk tandas yang 'warm' dan siap boleh mainkan muzik! Kalau tandas selesa begini, nak tidur pun boleh! 



Seperti biasa, tour guide yang yang peramah dari Malaysia, Mr Lai (bersama kami dari Malaysia dan uruskan semua urusan check in kami) dan dari Jepun, Ms Shin sedia menanti.  Tapi yang lebih menarik perhatian ialah pemandu bas kami adalah seorang wanita!  Pemandu teksi dan bas di sini lengkap sengan uniform yang sangat kemas.  Teruja sekali lagi! 

Pemandu bas group A4 (CAT) 

Hari pertama ini kami bersiar-siar di daerah Kyoto.  Kyoto adalah bandar lama yang masih mengekalkan ketradision mereka.  Kelihatan ramai warga tua bersiar-siar samada berjalan kaki ataupun berbasikal dalam cuaca sejuk.  Sungai-sungai juga masih banyak dan terkejut kami bila melihat sungai-sungai di sama sangat jernih dan bersih! 

Kami di bawa terus ke destinasi lawatan pertama iaitu Nishijin Kimono Center.  Ini adalah gedung kimono terbesar sejak 1000 tahun dahulu.  Kami dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen kimono mewah. Memang sangat cantik dan elegan!  Membuatkan kami kagum kerana strata masyarakat juga boleh dibezakan melalui kualiti dan jenis kimono yang mereka gayakan.  Kimono yang sebenar sangat mahal dan biasanya harga bermula dari ¥100,000 atau lebih kurang RM 3700! 






Saya sempat membeli-belah dan  juga belajar cara mengenakan Yukata (kimono yang simple).  So exciting! Boleh pakai masa Gala Dinner Osaka nanti!  Untuk anak-anak pun Mummy beli juga sebab comel sangat! 

Setelah itu, kami dibawa makan tengahari di restoran halal yang baru sahaja 3 bulan dibuka di Kyoto, Restoran Wadihana yang mempunyai cawangan di Bangi.  


Bergambar di hadapan Restoran Wadihana


Bersama En Sabaruddin, pemilik Restoran Wadihana Kyoto yang sangat peramah 

Kenyang perut beralaskan masakan Malaysia, kami kemudian melawat kuil tertua di Kyoto yang terletak berhadapan dengan restoran tersebut.  Pemandangan yang sangat cantik, persekitaran yang terjaga dan memahami budaya masyarakat Jepun buat kami rasa lawatan ini sungguh menarik.



Kyoto sebuah daerah yang masih tradisional namun ada kemudahan keretapi.  Rasa comel pula daerah ini.  Tenang, tradisional namun berteknologi. 



Seterusnya kami ke kuil yang paling terkenal di Kyoto iaitu kuil lereng gunung, Kiyomizu Temple.  Kami perlu berjalan menaiki bukit melalui jalan kecil yang di penuhi pelawat, dan penuh dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya!  Ramai orang namun semuanya tetap teratur.  Tak perlu berebut-rebut.  Again, their discipline earns our respects!   Kuil ini terkenal kerana senibinanya yang menarik dan juga tidak menggunakan sebarang paku! 









Akhir sekali kami melawat Gion Street yang terkenal sebagai kawasan kesenian perempuan yang dipanggil Geisha.  Kami datang awal sekitar jam 4 petang.  Oleh itu, kami tak berkesempatan melihat Geisha yang biasanya mula ada sekitar jam 6 petang sehingga malam.  







Kami kemudiannya dihidangkan dengan makanan Jepun yang halal untuk makan malam.  Kami semua dapat merasa buat pertama kalinya juadah Duck Hot Pot (Kamo Nabe) yang sangat terkenal di sini.  






Setelah itu kami di bawa ke hotel 5 bintang Imperial Hotel Osaka untuk berehat dan bersedia untuk hari esok.