Monday 28 September 2015

CAT at Ho Chi Minh - Day 1

Teks: Murni Zuriati 

Pecah rekod! Paling ramai dalam sejarah pelancongan STG. Pelancongan percuma ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2015 melibatkan seramai 206 warga STG yang diterbangkan melalui 4 penerbangan MAS berbeza.  

CAT sendiri membawa 60 delegasi kali ini dan kami berada dalam penerbangan ke 4 iaitu pada jam 9 pagi, 14 September 2015.  Kami pernah ke HCMC sebelum ini pada tahun 2012.  Ketika itu, STG hanya membawa 26 org delegasi. Kini kami kembali ke sana bersama hampir 10 kali ganda peserta!! Alhamdulillah....!

Kami tiba di HCMC pada jam 10 pagi (waktu Vietnam).  Waktu HCMC lewat 1 jam berbanding Malaysia. 

Setibanya kami di sana, kami di bawa  melawat ke Notre Dame Cathedral Church.  Gereja dengan senibina Perancis ini dibina pada tahun 1880 kini berfungsi sebagai Pejabat Pendaftaran HCMC.  









Bersebelahan dengan gereja ini pula ialah Pejabat Pos Buu Dien yang sudahpun berusia lebih 100 tahun namun masih beroperasi hingga kini.  Kami rasa bangunan ini sungguh unik kerana menjadi salah satu tarikan pelancong dan pada masa yang sama masih beroperasi seperti biasa. 













Setelah habis bergambar, kami dibawa untuk makan tengahari di Restoran 
Makanan memang super special and super delicious!  Best! 









Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Hard Rock Cafe since ramai yang suka buat collection HRC from everywhere they go.  Cik Mun dan Cikgu Apit?  Duduk atas bas je la tunggu.  Malas nak jalan sebab perut pun dah kenyang.  Hihi.. 

Selepas itu kami terus di bawa ke Equatorial Hotel untuk merehatkan diri.  Disambut dengan welcoming drinks macam 3 tahun lepas juga.  Rindunya nak ke sini.  Rayf really loved this hotel when we were in HCMC 3 years ago. 




Malam baru kami keluar semula untuk makan malam.  Another special menu set for us.  Alhamdulillah.  Lagi-lagi makan ramai-ramai.  Meriah dan jadi lebih berselera 









Wednesday 2 September 2015

WELCOMING 4th CDM OF CAT

Teks: Murni Zuriati

CDM ke empat dalam CAT tinggal jauh di Kuantan, Pahang.  Surirumah graduan yang membuktikan sesiapa sahaja boleh berjaya bila berbisnes dengan STG. Welcome to CDM Club, CDM Siti Fathimah Shahimi.  

Beliau telahpun bergelar CDM pada bulan Mac 2015.  Namun kami belum berkesempatan untuk makan bersama sebagai satu pasukan untuk meraikan kejayaan beliau.  Tambahab pula beliau baru sahaja melahirkan anak ke pada bulan yang lepas. 

Dengan izin-Nya, pada Ogos 2015 yang lalu, kami dapat bertemu di Kuala Lumpur.  Jam 2 petang kami sama-sama mengelolakan  kelas di Kajang.  We were so excited to see her in her new handsome black Vellfire!  Rasa nak menangis melihat tanda kejayaan beliau. I am so proud of her. 




Sejurus selepas kelas, kami terus menuju ke tempat istimewa yang saya tempah khas untuk CDM CAT, Atmosphere 360, KL Tower atau lebih dikenali sebagai Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur.  Ini adalah kali pertama kami semua menjejakkan kaki di sini.  We were so excited once we reached there. Cikgu Apit and I wanted them to feel very appreciated and have unforgettable moment here. 




Setibanya di sana, kami terus menerima tiket yang ditempah untuk 6 orang dan disambut mesra oleh pekerja di sana.   Makin teruja untuk ke restoran dan makan malam pada ketinggian 282m dari aras laut. 




Berkongsi lif bersama pelancong asing membuat kami rasa bangga berada di salah satu mercu kebanggaan Malaysia.  Setibanya di tingkat restoran, kami terus dibawa ke meja kami yang ditempah bersebelahan tingkap agar kami boleh menikmati pemandangan malam Kuala Lumpur yang sungguh indah.  

Sebelum makan, saya mengambil peluang menyampaikan hadiah yang saya janjikan untuk rakan kongsi yang berjaya mencapai pangkat tertinggi, CDM pada tahun 2015 ini, iaitu sebuah I-Phone 6!  Semoga hadiah ini akan memberi semangat untuk beliau lebih berjaya di masa akan datang bersama CAT dan STG.  


CDM Siti Fathimah with her gold I-Phone 6





1st CDM couple of CAT berlatar belakangkan KLCC


Selepas makan malam, kami ke tingkat bawah untuk ke 'Observation Platform' melihat pemandangan malam Kuala Lumpur dengan teropong yang disediakan di sini.  


3rd CDM of CAT, CDM Naura Auni with her beloved husband
at Observation Platform  of KL Tower


4th CAT CDM, with her husband and one of her kids, Aisya.  


Fridge magnet 




We headed home with huge energy that night.  We believe that we could achieve more success in the future.  We will utilize  different strength of each of us to fly higher and higher.  Insyaallah... 

Terima kasih Allah untuk nikmat ukhwah dan kemewahan rezeki ini.