Tuesday 14 April 2015

CDM CAT DI KRABI : DAY 1

Teks: Murni Zuriati


We were busy and exhausted after the Jelajah #OnlinePreneur.  We really need a short break just to recharge our energy.  Destinasi pilihan kami, CDM CAT, ialah Krabi!!!  Tengok gambar-gambar pemandangan di Krabi yang sangat cantik, membuat kami rasa teruja nak melawat dan lihat sendiri bumi Allah ini.  

Kami buat tempahan penerbangan dan hotel sendiri dan nekad sahaja untuk pergi sendiri tanpa bantuan tourist guide since kami pergi hanya untuk bersantai.  But as usual, we just want 5 star treatment for ourselves.

Kami ambil penerbangan pertama Malaysia Airlines (MAS) pada 8 April 2015 iaitu pada jam 8.45 pagi.  Layanan dalam MAS, semestinya terbaik.  Feel like home.  Penerbangan hanya memgambil masa  1 jam 10 minit sahaja namun  kami sempat dihidangkan dengan sarapan yang sangat sedap.




Sesampainya kami di lapangan terbang, terus ada kaunter simkad dengan kadar 300 baht ataupun RM 35 untuk unlimited internet (which is the most important for us yang berbisnes sentiasa dihujung jari). Apa lagi, kami terus beli memandangkan harganya yg jauh lebih murah berbanding 'roaming'. 

Rupanya, selepas mengambil bagasi, banyak lagi kaunter simkad dengan harga 200 baht sahaja.😁😁  so, kawan-kawan yang pergi lepas ini jangan terburu-buru ya. 

Di lapangan terbang itu juga ada kaunter untuk pakej aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Krabi.  Kami memilih Sea Eagle Tour dan Alhamdulillah, memang sangat tepat pilihan kami.  Layanan 5 star sepertimana yang kami inginkan.  Totally recommended! 


                             


Bertambah teruja bila kami di bawa ke van yang sungguh selesa!  Berbeza dari van yang pernah kami guna ketika di Bali ataupun Bandung sebelum ini.  Siap boleh berdiri dalam tu. 




Perjalanan ke hotel melalui pantai yang indah dan kami menjadi semakin teruja.  Kami menetap di Anyavee Tubkaek Beach Resort yang terletak lebih kurang 45 minit dari lapangan terbang.  Sengaja kami pilih hotel ni untuk percutian yang lebih privacy berbanding jika kami menetap di Ao Nang Beach yang lebih meriah. 

Setibanya di pintu masuk hotel, kami menjerit kegembiraan sebab hotel ni memang cantik, mewah dan seperti digambarkan dalam internet!!!  We were so excited! 


Pineapple juice as welcoming drink

Kami tiba jam 10 pagi dan waktu check-in ialah jam 12 tengahari.  So, we decided to take a walk around the beautiful hotel.  Kemudian, bersantai di pantai persendirian hotel yang sungguh tenang. 




Kami makan tengahari di hotel.  The food were so delicious!  Alhamdulillah kerana hotel ini menyediakan halal food.  So, tak susah la hal makan kami di Krabi. 


Tom Kha Gai (Tomyam Santan)

Udang dan sotong gorend tepung

Mango with Sticky Rice


Jam 2 petang, kami keluar untuk melawat bandar atau pekan Krabi.  Seriously, nothing to see.  Next time tak pergi pekan pun takpe.  Kalau nak shopping souvenir, pergi ke kedai-kedai di sepanjang Ao Nang Beach je.  Memang happening! 


Semua beli air mineral.  Panas sangat!!


Kami sightseeing sekitar bandar Krabi dan pantai Nopara Thara.  Cantik tapi singgah sekejap je sebab cuaca panas sampai 44 darjah celcius.  Rasanya ni la tempat shooting cerita Bikers Kental yang ada Zizan Razak tu. 




Akhir sekali, kami makan lagi.  Kami dibawa ke restoran tepi sungai untuk makan malam.  Masakan di sini pun sangat sedap!    


Steam Fish with Lemon


Soft Shell Crab


Prawn in Green Curry and Kailan with Salted Fish

Siput gunggung..
Kami tak order pun tapi dapat menu ni for free sempena ulangtahun restoran ni yg ke 2 tahun.

Hari pertama yang mengujakan... Rehat di bilik yang romantik, selesa dan wangi ala-ala spa.  Terima kasih Ya Allah.