Monday 28 September 2015

CAT at Ho Chi Minh - Day 1

Teks: Murni Zuriati 

Pecah rekod! Paling ramai dalam sejarah pelancongan STG. Pelancongan percuma ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2015 melibatkan seramai 206 warga STG yang diterbangkan melalui 4 penerbangan MAS berbeza.  

CAT sendiri membawa 60 delegasi kali ini dan kami berada dalam penerbangan ke 4 iaitu pada jam 9 pagi, 14 September 2015.  Kami pernah ke HCMC sebelum ini pada tahun 2012.  Ketika itu, STG hanya membawa 26 org delegasi. Kini kami kembali ke sana bersama hampir 10 kali ganda peserta!! Alhamdulillah....!

Kami tiba di HCMC pada jam 10 pagi (waktu Vietnam).  Waktu HCMC lewat 1 jam berbanding Malaysia. 

Setibanya kami di sana, kami di bawa  melawat ke Notre Dame Cathedral Church.  Gereja dengan senibina Perancis ini dibina pada tahun 1880 kini berfungsi sebagai Pejabat Pendaftaran HCMC.  









Bersebelahan dengan gereja ini pula ialah Pejabat Pos Buu Dien yang sudahpun berusia lebih 100 tahun namun masih beroperasi hingga kini.  Kami rasa bangunan ini sungguh unik kerana menjadi salah satu tarikan pelancong dan pada masa yang sama masih beroperasi seperti biasa. 













Setelah habis bergambar, kami dibawa untuk makan tengahari di Restoran 
Makanan memang super special and super delicious!  Best! 









Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Hard Rock Cafe since ramai yang suka buat collection HRC from everywhere they go.  Cik Mun dan Cikgu Apit?  Duduk atas bas je la tunggu.  Malas nak jalan sebab perut pun dah kenyang.  Hihi.. 

Selepas itu kami terus di bawa ke Equatorial Hotel untuk merehatkan diri.  Disambut dengan welcoming drinks macam 3 tahun lepas juga.  Rindunya nak ke sini.  Rayf really loved this hotel when we were in HCMC 3 years ago. 




Malam baru kami keluar semula untuk makan malam.  Another special menu set for us.  Alhamdulillah.  Lagi-lagi makan ramai-ramai.  Meriah dan jadi lebih berselera 









No comments:

Post a Comment